Festival Belia Putrajaya 2014!!

Apakah Festival Belia Putrajaya?

Festival Belia Putrajaya 2014 bertujuan untuk mempamerkan bakat kolektif belia dan mencetuskan inspirasi melalui pelbagai bengkel, aktiviti, dan acara. Ia diusul, dirancang, dan dilaksanakan hasil kerjasama para belia dari semua negeri dan pelbagai latar belakang. Ia juga berfungsi sebagai batu loncatan untuk memberi inspirasi kepada belia di seluruh negara untuk bermimpi lebih besar dan menggerakkan idea mereka. Dari belia, untuk belia.


wah, macam menarik je ni! 

banyak aktiviti yang akan diadakan. terdapat 4 zon iaitu utara, selatan, timur dan barat. dan setiap zon tu ada aktiviti dia sendiri. meh kita tengok sikit apa aktiviti yang ada dekat festival tu :D

 Setiap malam di festival ini, pengunjung boleh menikmati filem-filem tempatan di bawah langit berbintang. Jangan lupa untuk menyaksikan tayangan perdana Mencari Nu-Santara, sebuah dokumentari muzik mengenai pengaruh muzik nusantara dalam muzik kontemporari hari ini.

Larian bertemakan Zombie yang dipenuhi dengan zombi menakutkan dan pelbagai halangan! Registrasi Zombie Run.


Belon permainan yang bersesuaian untuk semua lapisan belia yang interaktif dan menyeronokan!

Pameran dan jualan barang elektrik, komputer dan telefon bimbit.

Pameran dan jualan 4x4 serta aktiviti-aktiviti toyride, eyeball dan cabutan bertuah.


Carian untuk pemain terbaik di Malaysia dalam DotA2 dan Counter-Strike: Global Offensive (CS: ​​GO), di mana pasukan yang layak akan bertanding untuk membawa pulang hadiah utama.

Pertandingan menguji kelajuan motosikal yang diubah suai.

Majlis pernikahan beramai-ramai sebanyak 80 pasangan pada hari Sabtu serta perarakan pengantin bersama kereta berhias dan Karnival Raja Sehari

Kejohanan Motorcross sempena Festival Belia Putrajaya 2014.

Impian setiap pencinta buku, dengan pelbagai buku terlaris pada harga terendah!

Ingin tahu apa yang akan terjadi apabila anda menggabungkan peperangan bantal dan belon air? Pastinya huru-hara yang menjamin keseronokan tak terhingga! Tapi jangan risau, keselamatan anda pasti terjamin. Peperangan Bantal akan menyaksikan dua buah pasukan dengan 50 orang sepasukan berentap selama 10 minit dalam pertarungan bantal dan belon air.


Aktiviti-aktiviti keilmuan dan kerohanian seperti nasyid, tilawah, kompang, pidato, solat hajat, bacaan Yassin, doa selamat serta kawad kreatif. Aktiviti yang menarik adalah khutbah khas sempena Festival Belia Putrajaya yang diadakan di Masjid Tuanku Mizan.


dan banyak lagi! korang jangan tak pergi pula. umi aku share tadi pasal big bad wolf, terus aku tengok dekat mana lokasi dia. 

info :

tempat : Persiaran Perdana Putrajaya
tarikh : 23.24.25 Mei 2014
masa : 10 pagi - 10 malam

untuk makluman lanjut, sila tengok di sini >>>> Festival Belia Putrajaya 2014





post signature

Share:

0 comments

hello dear :) x salah pun baca sambil komen kan.