Gunday -Movie Review-

8:09 p.m
rumah
tak ada mood

assalamualaikum and hello lads!


aku baru je habis tengok cerita Gunday. so far, boleh tahan cerita dia. well, kalau Yash Raj Films dia punya producer, aku tak teragak-agak langsung untuk tengok. cerita dia setakat yang aku dah tengok, tak ada satu pun yang mengecewakan. cerita ni memang dah lama ada dekat pawagam, tapi aku baru tengok sebab baru keluar Bluray. teehee..

okay, back to the story. korang dah tengok ke belum? Gunday ni kalau tak silap selama aku faham apa yang diorang cakap, maksudnya ala-ala Gangster gitu. a bit different, and ada sedikit klise dalam cerita tu. and ada satu scene yang tak logik. 

sebelum aku bercerita lebih lanjut cerita dia pasal apa. aku nak tunjukkan dekat korang siapa pelakon-pelakon dia. 

ini adalah Ranveer Singh. dah banyak dia berlakon. and aku sangat suka dia. Dia berlakon sebagai Bikram. 

ini pula Arjun Kapoor. Aku rasa dia ni pelakon baru sebab aku tak pernah nampak dia sebelum ni. Dia pula berlakon sebagai Bala.

korang pernah dengar lagu Exotic tak? dia ni lah penyanyinya. ha... Priyanka Chopra
 

SPOILER ALERT!

okay, pelakon dia korang dah tahu, aku cerita pula kisah dia. filem ini menceritakan tentang dua orang budak lelaki yang datang dari Bangladesh. for your information, India dengan Pakistan dah lama berperang. aku tak sure sebab apa sebab aku malas nak baca Sejarah. 

so, dia orang berdua termasuklah yang lain ditempatkan ke Refugee Camp. ada polis yang memerhatikan sepanjang masa kelakuan diorang. makanan tak diberi. bagi pun roti je, itupun main campak macam tu dekat diorang. kalau ada yang dah mati, mayat tu dibuang dalam tanah macam tu je beramai-ramai. 

sampailah satu masa, seorang lelaki dewasa ni nak tolong diorang. si Bala and Bikram dihidangkan dengan makanan yang sedap. tapi it always comes with a price. kalau diorang nak makan sedap macam tu lagi, diorang kena berkhidmat untuk lelaki tu je.

apa perkhidmatan diorang? kena bagi pistol dekat orang jahat. disebabkan si guard ni tak periksa budak-budak, sebab tulah diorang berjaya lari dari masalah tu.

sampailah satu hari, diorang terpaksa dipisahkan. tapi diorang tak nak. diorang dah selalu bersama. so, diaorang nekad nak melarikan diri. naik train. and they manage to escape. 

ini baru introduction. haha. lepas kerja dekat satu kedai, diorang curi arang batu dari train. and sampai ke besar diorang kaya sebab jual arang batu dekat orang yang memerlukan. kiranya diorang macam supplier lah. 

bila dah kaya, diorang nak conquer satu Calcutta pula. so, diorang kuasai satu black market dekat Calcutta tu. dengan jual benda lain selain arang batu. diorang even bina sekolah and hospital untuk orang awam. 
aku rasa dah macam Robin Hood pula. haha. 


tapi, sayangnya sebab satu perempuan ni, diorang macam makin jauh sikit. (yes, dekat sinilah klise nya) and tanpa diorang jangka, perempuan tu sebenarnya......teehee..

a smile of an irresistible woman is as dangerous as a bullet from a gun

aku sangat kagum dengan persahabatan diorang. disebabkan diorang dah lama berkawan, diorang dah macam adik beradik. ada je yang cuba buat diorang bergaduh. tapi diorang lebih percayakan hubungan diorang tu compare to others. and tak ada sesiapa pun yang boleh memisahkan diorang.

ending dia, tak mengecewakan and mengecewakan. kalau nak tahu apa jadi, korang kena layan filem ni okay ^^,

apa yang tak logik bagi aku, kenapa si polis ni suka hati tembak diorang. diorang tak bersenjata kot. daripada selama ni cerita crime scene yang aku tengok, polis tak dibenarkan tembak orang tu kalau dia tak bersenjata. well, melainkan kalau polis tu pun dua kali lima je jahatnya. hmm...

p/s : cerita dia ada bosan sikit sampai membuatkan aku tekan forward berulang kali. maybe sebab aku tak ada mood kot. scene gaduh dia pun nampak ada yang tak real gila. compare to Chennai Express, cerita dia buat aku seram nak tengok Shah Rukh Khan bergaduh. 

meh, aku tunjuk sikit trailer dia and lagu yang paling aku suka :D


\

post signature

Share:

1 comments

  1. alaaaa... tak minat Ranveer Sigh.. :(
    tapi sebab Amy punya review ni rasa nak tengok la plak movie ni... hehehehehe.. nak tgk Priyanka Chopra je... :)

    ReplyDelete

hello dear :) x salah pun baca sambil komen kan.