Irfan Suruh Ummi Beli Ayah dekat Giant

8:04 p.m
rumah
masak apa malam ni. hmm...

assalamualaikum and hello lads! 

sebelum aku tunggu ummi aku pergi masak dekat dapur, aku nak berkongsi satu cerita. 

untuk pengetahuan semua, aku sudah kehilangan abah aku selama 8 tahun. serba sedikit mengenai kejadian tersebut. arwah abah, arwah ashu and nenek aku pergi menunaikan umrah di Mekah. masa tu bulan Ramadhan. setiap tahun, nenek aku akan bawa dua orang ahli keluarga dia pergi menunaikan umrah. 



dah ditakdirkan oleh ALLAH, mereka berdua terpilih untuk ke sana. memandangkan bulan Ramadhan masa tu, ummi aku setia pangkah tarikh di kalendar, tunggu bila abah aku nak pulang. tapi ALLAH lebih mengetahui, aku bangun je pagi tu, ummi aku menangis tak berhenti. pak cik and mak cik aku pun mengalirkan air mata. 

my little baby brother
aku tahu something bad dah terjadi dekat sana. sedih memang sedih, tapi nak buat macam mana. we can't defeat death. biarpun tak dapat tengok arwah abah and arwah ashu buat kali terakhir, sekurang-kurangnya mereka ditempatkan di tempat yang mulia pada hari yang mulia dengan niat yang mulia. mudah-mudahan.

masa tu Irfan baru je masuk 1 tahun. clearly, dia tak faham apa-apa pun. sabar ummi aku jaga kami semua. kadang-kadang ummi ada tanya dia, ini siapa? (sambil tunjuk gambar arwah abah). dia senyap je. aku nampak reaksi muka dia. dia tahu tapi dia tak nak sebut.



sampailah ke satu hari. dia tanya soalan drastik dekat ummi.

irfan   : ummi, dekat Giant ada barang apa je?
ummi  : dekat Giant ada macam-macam barang. ada sayur, ada tv, ada mainan irfan.
irfan   : kita boleh beli apa-apa je dekat sana?
ummi  : ye sayang.
irfan   : kalau macam tu ummi belilah ayah satu dekat Giant. irfan nak.

terkedu. sebenarnya aku tak tahu pasal ni. ummi aku tak pernah sebut pun. ayah tiri aku yang cerita dekat aku. sedih aku. kesian dia, nak sangat dapat kasih sayang dari seorang ayah. masa sebelum ummi aku nak kahwin tu, macam-macam aku fikir. aku takut. aku risau. aku happy. i have to make the right decision. 

tapi alhamdulillah, Irfan dapat apa yang dia nak. ayah aku baik sangat. dia selalu ingatkan irfan jaga solat. suruh irfan doakan arwah abah and arwah ashu dekat sana. 

setiap tindakan yang kita buat, kita kena tanggung risiko dia. kalau satu benda tu bawa kebaikan untuk family, biarlah kita buat keputusan yang sewajarnya. orang akan sentiasa cakap belakang pasal kita. itu manusia. lumrah. tapi selagi kita mengikut apa yang diorang cakap, sampai bila kita tak ke mana.

p/s : banyak dugaan sepanjang hidup ni. tapi biarlah ALLAH sahaja yang tahu. 



post signature

Share:

6 comments

  1. Sedih baca cerita awak Amy..

    Moga hari mendatang lebih membahagiakan awak yer..

    Segalanya telah ditentukanNya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. insya-ALLAH. mudah-mudahan.

      terima kasih :)

      Delete
  2. Al-Fatihah untuk arwah ayah awak..

    ReplyDelete
  3. Al Fatihah untuk ayah awk. tak semua ayah tiri jahat dan awk bertuah masih diberi kesempatan untuk ada ayah lagi even ayah tiri :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yep, tak semuanya jahat. thanks :)

      Delete

hello dear :) x salah pun baca sambil komen kan.