Kau Cakap Senanglah!

1:05 p.m
rumah pak cik
siapkan report praktikal. 

assalamualaikum and hello lads! 

benda ni dah lama bermain dalam kepala aku. gaya tajuk aku macam marah je kan. hehe. i'm in a good mood today. so, tak berniat nak marah sesiapa. cuma sekadar nak meluahkan apa yang aku faham daripada apa yang aku nak cakapkan ni.



selalu kita kena kan bila kita bagi nasihat dekat orang pasal something. contohnya dia tu hidup susah, dia kehilangan someone, dia tak dapat markah bagus dalam pelajaran and so on. tapi bila kita bagi nasihat sikit, nak bagi dia semangat, apa yang kita dapat mostly cuma :

KAU CAKAP SENANGLAH! BUKAN KAU YANG KENA.

aku pernah kena macam tu, aku pun pernah cakap dekat orang macam tu. admit it, semua orang pernah buat. then, lama-lama aku terfikir something. yes, memang ada betulnya kenapa orang tu cakap sangat senang.

1. Musibah tu tak terjadi dekat dia

- yep, dia tak pernah hadapi pun dugaan macam tu. dia cuma perhati apa yang dia nampak je. dia tak lalui. berbeza perasaan orang yang kena dengan orang yang tengok. 

aku kehilangan ayah. aku tahu apa maknanya kesunyian. aku faham apa maksudnya tanggungjawab. orang lain bertanggungjawab sebagai anak. anak yang boleh mengadu domba, anak yang boleh bermanja.


aku tak. aku anak sulung. aku tak boleh jadi macam tu. i've to be matured. i've to be responsible. i cannot cry and seem week in front of my mother and family.

sama macam orang hidup susah. aku tak boleh nak cakap apa-apa pasal diorang sebab aku dilahirkan dari keluarga yang sederhana. aku tak tahu apa rasanya bangun pukul 6 pagi semata-mata nak siapkan adik-adik, pergi cari rezeki dekat hutan sana, pergi menangkap ikan sampai ke subuh hari esoknya. 

2. Dia cakap memang senang

- kenapa dia cakap senang? sebab memang senang dia nak buat. memang senang dia boleh accomplish benda yang kita rasa susah. sebab tu lah musibah tu kena dekat kita. bukan kena dekat dia. ALLAH tahu dia boleh buat dengan semudah tu je.

tapi ALLAH tahu kita ada satu perasaan takut dalam diri. kita tak berani nak overcome that problem. kita takut nak ambil risiko. we are too coward sometimes. yes, we are. sebab tu ada masanya kita lari je dari masalah tu. sebab kita rasa yang kita tak mampu. but they, they know they can do it. 


contohnya macam situasi kawan aku and aku. 

dia dah ada boyfriend, and diorang nak berkahwin tahun depan. insya-ALLAH, mudah-mudahan. aku cakap dekat dia, aku jealous sangat. senang je dia dapat cinta dia. aku tak boleh. aku tak berani bercakap dengan lelaki. aku tengok lelaki sikit, aku dah tundukkan pandangan. macam mana aku nak mulakan perkenalan kalau aku macam ni?

kawan aku cakap,

 kau pergi je lah tegur. kalau kau tak tegur, sampai bila kau tak dapat.

yes, dia cakap memang senang sebab dia seorang yang peramah. dia senang nak berkawan dengan orang. sebab tu benda macam ni tak kena dekat dia. tapi dia kena dugaan yang aku rasa senang je bagi aku pula. 

aku tahu kadang-kadang aku cakap macam tak makes sense. but whatever, ini apa yang aku fikir. kalau rasa pendapat kita berbeza, what to do. i'm different, you're different. it's okay, it's good to be different.


itu je yang aku nak cakap. 

okay, adios~




post signature

Share:

6 comments

  1. salam.. sis, wawa tag sis dalam libster award.. jawab yerr

    http://duniamisskepeng.blogspot.com/2014/05/liebster-award.html

    ReplyDelete

hello dear :) x salah pun baca sambil komen kan.