Keluar Satu Family Tapi....

2:57 p.m
rumah 
bosan

assalamualaikum and hello lads!
sedih sangat harini. ada seorang blogger salah faham dengan apa yang aku maksudkan. haisy. kalau tak faham, tanya. jangan suka tuduh melulu. manusia, lagi-lagi orang Melayu, cepat je menuding jari. cepat je cari kesalahan orang lain. orang racist dengan kaum lain, aku racist dengan kaum sendiri. boleh?

this photo is not mine

okay, back to the story. haritu aku pergi dengan family ke Plaza Alam Sentral. dah bershopping bagai, kami pun decide untuk ke Ani Sup Utara. masa tengah tunggu makanan yang sudah diorder, aku ternampak satu family. 

this photo is not mine

family dia memang ramai. anak ada empat orang. mak and bapak. kalau diikutkan, nampak happening sangat. sebab keluarga ramai. but the problem is, semuanya sibuk dengan hal masing-masing. dari ke ayahnya sampai ke anak-anaknya. 

seorang dengan iPad, seorang dengan handphone, seorang dengan game, bla bla bla....

  


la... baik tak payah keluar macam tu. kita keluar sebab nak hang out dengan family. dah lah hari biasa, si anak-anak bersekolah, si mak ayah bekerja. kalau si emak surirumah, emak pun seorang diri je. kalau ada baby, sibuk dengan baby. 

apalah yang dah jadi dengan zaman sekarang ni. teknologi makin bagus. tapi sikap manusia yang makin mundur. kalau sayang sangat dengan gadget tu, kahwin je lah terus dengan gadget yang korang sayang. habis cerita. kalau family ajak keluar pun, tak payah keluar. keluar pun tak guna.

hargailah family yang kita ada. gadget hilang boleh ditukar ganti. cari lagi hebat pula tu. tapi family...kita nak cari dekat mana. family kita tak sama dengan family orang lain. diorang nampak macam bahagia, kita rasa family kita biasa-biasa je. 

this photo is not mine.
tapi cuba kita masuk dekat family orang lain, kita akan rasa beza sangat. rasa menyesal sangat sebab tinggalkan keluarga kita. memang kita kadang-kadang bergaduh dengan adik beradik, but that's normal. kita gaduh sikit, kita tahu sekelip mata mesti boleh berbaik. kalau kita susah nanti, diorang juga yang tolong kita. kalau kita mati nanti, diorang juga yang bersusah payah uruskan jenazah kita.


orang lain ada family dia juga, kenapa dia nak pentingkan korang lebih dari family dia. family dia dah banyak sacrifice everything for her/him. pertolongan seorang kawan dengan seorang adik/kakak/abang sangat berbeza. mulut diorang bising, tapi diorang tolong juga. 

kawan, dalam hati dia kita tak tahu. maybe ada yang tolong sebab ikhlas. maybe ada yang tolong sebab nak membodek je. we don't know nothing about them.

aku tak kata kawan jahat. aku cuma nak korang pentingkan family dulu no matter what. that's all. aku minta maaf pada yang terasa hati. aku bagi nasihat untuk diri aku juga. 

adios~




post signature

Share:

4 comments

  1. Saya pernah jumpa family mcm tu time kerja jadi waitress dulu. Huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. family macam ni ada kat mana-mana je kan. sedih tengok.

      Delete
  2. Nice sharing, memang betul sepatutnya kena bijak bahagikan masa dgn family sebab kita pun adalah hak keluarga kita. Kita berhak utk bahagia bersama keluarga . Saya singgah BW ..jemput singgah
    http://syerarahim.blogspot.com/ semoga bermanfaat .t.q

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu. kalau family tak ada nanti, kita pun terkontang-kanting.

      insya-ALLAH, nanti saya BW. ^^

      Delete

hello dear :) x salah pun baca sambil komen kan.