Life As A Student - Business Information Student

10:42 a.m
rumah
terkenang masa lalu

assalamualaikum and hello lads!

kalau korang nak tahu, sebelum aku belajar di Uniten, aku dapat tawaran ke UTP (Universiti Teknologi Petronas). aku ingat lagi masa dekat MRSM, aku ada isi form, tapi dengan harapan yang sedikit. sebab aku tahu memang susah nak masuk UTP tu.

yes, memang sangat lawa tempat dia. kat atas sekali tu mostly office lecturer

penat explore satu library ni. 

yep, memang agak susah nak masuk UTP. sebab apa? sebab kena compete dengan beribu orang yang nak masuk belajar dekat situ juga. aku cerita sikit serba serbi flow dia.

sebelum kita ditentukan dapat tawaran belajar ke sana or tak, kita ada EduCamp. EduCamp ni adalah interview sebenarnya. memandangkan ramai sangat yang apply dekat situ, so dia terpaksa buat camp. aku dapat satu bilik dengan seorang student dari SBP. mesra orangnya. tapi aku dah lost contact. sedih. sobs~




tapi yang bagusnya, dia asingkan kami mengikut tempat pendidikan yang kami ambil.

kiranya, kalau kau belajar dekat SBP, so satu meja yang sama dengan kau semuanya budak SBP. aku of courselah dapat satu meja dengan budak MRSM. tercabar weyh tercabar. makin rendah diri aku rasa. dapat ke aku masuk UTP ni.

makan masalah juga nak tunggu masa untuk kita interview. mula-mula dia tanya sorang-sorang. lepas tu dia buat discussion berkumpulan pula. 

mak aih, soalannya, susah gila -.- aku dapat soalan pasal iklan (signboard/TV)

tapi satu benda yang aku belajar, kalau masa discussion ramai-ramai tu, TOLONGLAH jangan conquer satu perbualan tu. biarkan orang lain bercakap juga. yes, kita memang nak menonjolkan diri tapi kita kena ingat, as a leader, kita kena bagi orang lain untuk bagi pendapat diorang juga.


then, alhamdulillah, beberapa bulan kemudian, aku dapat tawaran. aku minta Chemical Engineering, tapi at the end, aku dapat Business Information System (BIS). tapi aku tolak tawaran tu sebab tak ada sponsor. kesianlah umi aku, dah lah mahal. IPTS kan. 

beberapa lama kemudian, masa aku PLKN dekat Perak, aku dapat lagi tawaran yang sama. kecuali kali ni MARA yang tanggung. syukur tak terhingga masa tu. 

disebabkan nama IPT yang terlalu gah, aku main terima je. <<<< Yep, mistakes over there ladies and gentleman

aku masuk lambat sikit daripada diorang (batch aku). so aku take time sikit masa nak berkenalan dengan diorang. member BIS and ICT tak ramai. ada foreigner. itu yang buat kelas jadi interesting. BEST gila. diorang peramah sangat. 

kadang-kadang kalau lecturer tak ada, terus diorang 

Hey guys, let's take a picture together! 



ha, betapa sportingnya semua sampai terus berebut nak bergambar ramai-ramai. 

aku dapat ramai kawan. mostly orang Kelantan. hahaha. kesian aku, even aku berdarah Kelantan juga, aku still tak faham apa yang diorang bualkan kadang-kadang. 

belajar BIS ni memang mencabar minat aku. aku sangat tak suka belajar pasal business. I can't help it. even aku seronok belajar pun, aku tak rasa nak menceburi bidang tu. it's all about business! belajar pasal Boeing lah, belajar pasal AXIATA and whatnot.

 

akhirnya, 5 bulan je aku belajar dekat situ and aku terus keluar. tapi susahlah juga aku nak keluar. aku merayu dekat umi aku, aku tak nak belajar dekat sana dah. as a mother, memang bisinglah umi aku. 

ha, dulu kau nak sangat belajar dekat situ. sekarang nak keluar pula.

yes, it was the biggest mistake i've ever had in my whole life.

nasib baiklah aku masuk UTP bulan 2. so, aku mengharapkan keputusan UPU pula. and alhamdulillah, aku ditawarkan ke UITM Dungun dalam pengajian Chemical Engineering.

yang tu, nanti aku cerita pula.



post signature

Share:

0 comments

hello dear :) x salah pun baca sambil komen kan.