My Life As A Student - Intern- Part 2

9:05 a.m
office
alone

assalamualaikum and hello everyone!

sebelum ni aku ringkaskan je dulu cerita pasal kehidupan aku sebagai seorang budak praktikal. kali ni, aku nak brief sikit apa yang seronoknya kerja dekat sini. aku bekerja di GSSB Cyberjaya. Kakitangan dia sikit je tapi memang havoc lah. 



pertama kali aku ada boss perempuan. aku risau sangat masa aku first time tahu tu. sebab apa yang aku dengar, boss perempuan ni selalunya cerewet. ada je yang tak kena. tapi bila aku start praktikal dekat sini, persepsi aku berubah. boss aku baik sangat. dia memang happy go lucky. dia tak suka stress bila kerja. 

susah aku nak tengok dia masam muka. setiap kerja yang dia bagi, dia bagi arahan dengan baik. dia tak tengking-tengking. sebab tulah staff kat sini semua suka dia. hormat apatah lagi. aku cukup hormat dengan boss aku ni.



aku ada kawan yang sama praktikal dengan aku. nama dia Jerome. berketurunan India. baik sangat. suka mengusik. dia antara orang yang banyak tolong aku. sebab sesungguhnya aku memang tak tahu apa-apa. nil. nada. zilch. 

then, ada abang-abang technician. semuanya mesra. ada yang panggil aku mimi lah, amelia, alia, mira, adoi macam-macam nama melekat dah. suka hatilah nak panggil apa. asalkan namanya dekat dengan nama aku. dah tegur pun, buat derk je. so, aku pun play along juga. 

masa minggu pertama aku x bawa laptop. sebab ingatkan banyak kerja dekat site. then, boss aku suruh bawa laptop sebab banyak kerja dekat office. so, aku pun bawa and memang banyak gila kerja pakai laptop. 

bila ada PPM je, aku follow abang Pejo and Jerome sekali. top up gas lah, replace lampu emergency exit yang baru, repair float light dekat rooftop, macam-macam lagilah. nak cerita kat sini memang tak larat. korang pun tak tahu jugakan. 

bila aku tak ada kerja, aku akan buat daily surveillance. check satu bangunan. mana yang lampu rosak ke, ada hairline crack ke... kalau ada, kena baikilah kerosakan tu. kalau tak ada, rondalah bangunan sebelah pula. kat sini ada empat bangunan kitorang jaga. banyak kau. apa-apa masalah, kitorang akan solve it. 

 






nasib baiklah dekat sini ada kafe. kalau tak, kat manalah aku nak cari makan. harga pun boleh tahan memandangkan kafe tu untuk budak kolej. yep, kat sini ada satu kolej yang kitorang jaga. kolej international untuk future cikgu. tapi lama-lama bosan juga makan kat situ. mana taknya, asyik makanan sama je. 

nasib baiklah boss aku baik. selalu belanja aku. hahaha.. kadang-kadang tak ada kerja tu, tengah hari boss bawalah aku pergi mana-mana kedai makan yang murah. aku belajar jalan-jalan Cyberjaya ni pun dari boss aku. 

okay, itu sahaja dulu. nanti aku sambung lagi. 

adios~
post signature

Share:

0 comments

hello dear :) x salah pun baca sambil komen kan.