Nafasku Hanya Untuk Dia S.E -bab 15-


BAB 15

Ainul sangat teruja. Mirza memberitahunya supaya berpakaian kasual sahaja, dan dia juga ada ternampak tadi suaminya hanya mengenakan sepasang jeans hijau berserta kemeja T biru. Kacak sungguh lelaki itu. Mirza sentiasa nampak tampan di matanya. Dia mengeluarkan jeans hitam yang sentiasa tersimpan elok di dalam almari baju. Kemudian, dia mencapai pula kemeja berwarna putih. 

Wajah dipandang sejenak di cermin dan kepala dilitupkan dengan selendang berwarna ungu bercorak bunga gelap. Ayahnya sudah menunggu di tangga yang paling bawah sekali. 


"Apa ayah rasa?" tanya Ainul, sambil memusing-musingkan badannya.


"Kamu buat ayah terasa macam nak ulang balik masa silam je dan ubah cara ayah layan kamu dulu."

Dia dapat melihat air mata yang bertakung di tubir mata Encik Amran. "Ayah, janganlah macam ni." Terus Ainul menerpa ayahnya. Lengannya disangkut di leher lelaki tua itu sebelum dia memeluk erat ayahnya. "Janganlah risau ye. Ainul bahagia sangat sekarang."

"Dia layan kamu baik ke?" tanya Encik Amran.

Ainul teringat kembali aksi manis mereka berdua pagi tadi membuatkan pipinya menghangat merah. "Ainul bahagia, ayah. Mirza sempurna sangat. Terima kasih sebab sanggup tengok-tengokkan budak-budak tu," katanya.

"Allah, cucu ayah juga kan."

Mirza keluar dari bilik dengan wajah gelisah. "Abang dah cuba tidurkan diorang, tapi abang rasa coklat panas tu lagi buat diorang makin aktif pula." Ainul mengerling pada ayahnya yang sedang merenung tajam ke arah Mirza, membuatkan dia tergelak kecil.

Rafael Lazzini

"I'll see you later, dad." Ainul mencium tangan ayahnya sebelum mengikuti suaminya keluar dari muka pintu hadapan.

"Kenapa dengan ayah?" Mirza bertanya ketika dia menyelak pintu untuk isterinya. 

"Ayah tak suka abang atau percayakan abang sejak pagi haritu masa abang lari dan tinggalkan Ainul." Ainul mencium pipi Mirza lalu berjalan ke kereta mereka. "Kita nak pergi mana ni?"

"Kan abang dah kata, surprise. I'm never going to live that down, am I?" tanya Mirza.

"Tinggalkan sayang?" Mirza menganggukkan kepala. "Nope, it is the first time that father was wrong. You'll be living it down for years to come."

Ainul membetulkan selendangnya yang terkelepet di bahagian hadapan. Mirza menghidupkan enjin kereta. 

"Sayang nampak cantik sangat. Ini baju abang ke yang sayang pakai ni?" soal Mirza.

"Ha'a. Ingatkan abang tak kisah."

"Abang tak kisah pun. You look amazing and hot." Mirza mula memandu keretanya keluar ke jalan raya. Ainul tidak tahu ke mana hala tuju mereka, dan dia sukakan perasaan ini, membuatkan dia tertanya-tanya destinasi mereka sebentar nanti.

"Abang ni misteri betullah." Ainul memusingkan cincin kahwinnya, tersenyum akan keselesaan cincin itu yang tersarung di jari manisnya.

"Okaylah, abang bagi klu."

"Oh, main teka-teka ya. Sayang dah sedia."

"Ada several couple yang pergi dating dekat situ," mula Mirza.

"Abang, orang couple merata tempat diorang pergi. Kita pernah pergi ice rink dulu, kat situpun ada orang dating juga kan." Keadaan ketika itu sangat gelap, jadi Ainul tidak dapat melihat sebarang bangunan yang boleh menunjukkan ke mana mereka pergi. Tangan Mirza mencapai tangannya.

"Inilah satu-satunya tempat yang akan abang bawa sayang pergi dating kalau abang tak lari dulu."

"Okay, Ainul rasa excited sangat sekarang ni. Malaslah nak teka."

Mereka hanya diam buat beberapat minit. Jemari Mirza masih bermain dengan jemari isterinya. Ainul merenung ke bawah tangan mereka berdua. Tangan lelaki itu lebih besar dari tangannya. Dia berasa gembira setiap kali Mirza membelainya. Tubuh besar suaminya membuatkan dia terasa selamat.

"Kita dah nak sampai dah. Sayang suka popcorn manis ke masin ke yang ada butter punya?" tanya Mirza.

"Kita nak pergi tengok wayang ke?"

"Taklah, kita pergi drive-in." Mirza berhenti, dan Ainul ternampak satu skrin besar di hadapannya.

"Ainul tak pernah lagi pergi tempat mcam ni," katanya.

"Abang tahu." Mirza mengundur supaya belakang keretanya menghadap skrin tersebut. Sebaik sahaja kereta sudah diparkir, dia mengeluarkan dompetnya. "Apa kata sayang baring-baring dekat belakang dulu. Nanti abang datang balik."

Ainul memanjat ke belakang dan menunggu Mirza datang kembali. 

Dia memerhatikan sekelilingnya dan terlihat beberapa pasangan yang sedang sibuk memarkir kereta mereka juga.Tempat itu tidaklah sibuk mana seperti yang dia jangkakan. Hari itu sangat sejuk, dan dia tahu satu masa nanti Mirza perlu menghidupkan juga kereta mereka andai kata haba di dalam kereta semakin menghilang.

Ainul tidak sedar sudah berapa lama dia menunggu sehinggalah Mirza muncul di belakang kereta. Suaminya menyerahkan sekotak bertih jagung dan segelas susu kocak. 

"Abang bersembang kejap dengan orang yang menjual tadi, katanya diorang terpaksa tutup awal sebab dalam berita ada cakap yang salji turun lebat kejap lagi. Mungkin ribut salji ni takkan habis sampailah masuk Tahun Baru." Mirza menutup pintu sambil menggosok-gosokkan kedua-dua belah tangannya.

"Sejuk sangat ke kat luar?"

"Sejuk sangat sayang. Abang perlukan sayang untuk panaskan abang." Mirza mencapai tangan si isteri lalu dipegang seeratnya. Ainul merapatkan tubuhnya dengan tubuh lelaki itu. 

"This is lovely," kata Ainul. 

"Kita tengoklah nanti beberapa jam kemudian bila ribut salji datang ataupun bila punggung kita dah membeku." usik Mirza.

"Ainul tak kisah. This is perfect." Ainul mengambil beberapa biji bertih dan dimasukkannya ke dalam mulut. 

"Kenapa abang pilih movies?"


Mirza mengalihkan bertih jagung dan minuman tersebut ke sudut belakang kereta. "Sebab, abang dapat buat macam ni." Mirza mendepangkan tangannya dan menarik si isteri ke atas riba. Ainul tergelak kecil ketika dia meletakkan kedua-dua kaki isterinya bersebelahan dengan kakinya. "Bermanja-manja dengan sayang." 

Mirza membenamkan jemarinya ke dalam selendang Ainul dan dirapatkan wajah mereka untuk dihadiahkan sebuah ciuman kepada wanita itu. Ainul menutup mata menikmati sentuhan manis dari bibir sang suami.

"Ainul tak pernah lagi buat macam ni."

"Eh, macam abang pernah buat je." Mirza mengusik lagi. "I'm pleased to be your first in everything, Mrs Mirza."

Mirza mengucup sekali lagi isterinya. Ainul tidak menolak. Ini adalah date mereka yang pertama. Sungguh tidak sabar dirinya untuk membuat aktiviti seperti ini sekali lagi.

post signature

Post a Comment

hello dear ! thanks for dropping by. i'll make sure to reply asap !

My Instagram

Copyright © The Minimalist Traveler. Made with by OddThemes