
BAB 13
"Sebab abang tak selalu ada kebiasaannya." Mirza mengunjukkan ke arah rumah mereka, dan terdapat esakan di dalam suara itu. "Abang ada anak perempuan yang dah nak jadi anak dara pun, tapi abang tak kenal langsung dia. Ke mana abang selama ni, hummingbird? Abang ingatkan nak bagi sayang masa untuk sayang hidup berdikari, dan apa yang abang dapat cuma risiko yang abang mungkin akan kehilangan sayang sekali lagi."
Ainul merapatkan lagi jurang di antara mereka kemudian dia memeluk erat tubuh itu di saat Mirza mula menangis. Wajah suaminya terbenam di lehernya. Air mata itu mengalir ke bawah membuatkan dia terasa dingin sedikit. Ainul menutup matanya sambil memeluk erat lelaki yang dicintai sepenuh hati lebih dari segala-galanya. Ini kali kedua dia melihat suaminya sebegini rupa. Pertama kali, di saat ayah mertuanya meninggal dunia.
Suaminya, the wolf, sedang kemurungan. Dia tahu hanya masa sahaja yang mampu merawat luka itu. Terlalu sibuk Mirza menguruskan perniagaannya sehingga melupakan keluarga sendiri.
Mirza berundur sedikit. Ainul mengelap air mata yang jatuh mengalir di pipi suaminya. "Abang banyak habiskan masa dengan kerja abang tu. Abang sayangkan keluarga abang. Sekarang ni dah tiba masanya abang hargai masa dengan keluarga abang pula."
"Abang sama je macam lelaki tak guna dekat luar sana tu," lirihnya, melepaskan diri dari pelukan si isteri. Kenyataan itu berjaya membuatkan Ainul berang.
"Kenapa? Sebab abang menangis? Or are you going to start finding solace at the bottom of a bottle?" Ainul menyilangkan kedua-dua belah tangan di dada dan merenung tajam pada suaminya. "Abang bukannya lelaki yang lemah, dan abang tak sama langsung macam lelaki tak guna dekat luar sana tu."
"Macam mana sayang tahu?"
"Sebab abang pertahankan Ainul. Abang tak nak lepaskan Ainul sebab abang sayangkan Ainul. Lagi satu, abang menangis tak bermakna yang abang lemah. Abang cuma lemah kalau abang lari dari semua ni," jelas Ainul.
Air mata itu mula kering.
"Sekarang ni, apa kata abang masuk balik dalam rumah dan habiskan makanan abang, ataupun abang boleh ambil kereta dan pergi dari sini. Either way, Ainul nak masuk dalam makan dengan anak-anak." Ainul berpaling dan menghapuskan air mata yang mula bertakung di tubir matanya pula. Dia perlu kuat. Apa sahaja yang berlaku pada Mirza, suaminya itu perlu bertarung dengan masalah yang dihadapinya sendiri.

love it !
ReplyDeletethank you ^^,
DeleteHYE..Maaf ganggu,anda ditag :) jom kenal2
ReplyDeletehttp://syiralokman.blogspot.com/2014/05/the-liebster-award-blogger-hana-jalil.html
aww.. thank you. :)
Deletewah,sis ke tulis ni?boleh jadi novelis terkenal satu hari nanti..insyaAllah:)
ReplyDeleteyep. terima kasih banyak-banyak. insya-ALLAH, kalau ada rezeki :,)
Delete