Nafasku Hanya Untuk Dia S.E -Bab 14-

BAB 14

Pagi keesokannya Mirza meninggalkan Ainul yang nyenyak terlena di atas katil, menghantar anak-anaknya ke sekolah, dan kemudian menelefon kedai barang kemas mengenai hadiahnya. Sudah lama dirancang perkara itu beberapa hari sebelumnya dan dia mahu segala-galanya menjadi istimewa bagi Ainul. Mirza tahu isterinya tidak suka jika disebut berkenaan barang kemas, tetapi dia berharap sangat agar rancangannya menjadi.

Dia meletakkan cerek ke atas dapur gas lalu pergi membuat panggilan kepada Suhairi. Alfie tidak mahu bercakap dengannya. Lelaki itu menghabiskan Tahun Barunya di dalam sebuah kabin yang hanya Tuhan sahaja tahu terletak di mana. Mirza tertanya-tanya apakah yang akan terjadi kepada Alfie seandainya Safrina hamil.

Akhirnya, Suhairi menjawab di saat deringan kesepuluh berbunyi. "Hello."

Mirza terdengar jeritan di belakang suara tersebut. "Aku boleh rasakan yang semuanya berjalan dengan baik."

"Lily bagitahu dekat budak-budak yang diorang balik awal harini nanti, dan aku rasa diorang dah tak sabar sangat nak atuk diorang datang. Kau pula apa cerita?" tanya Suhairi.

"Alhamdulillah. Makin bagus. Kitorang dah bincang baik-baik dan aku rasa cukup-cukuplah aku fikirkan pasal perkara yang dah lepas."

"Pasal ugutan tu ke?"

Mirza menganggukkan kepala kemudian dia tersedar yang kawannya itu tidak dapat melihatnya. "You could say I've been awakened."

"Baguslah kalau macam tu. Kau dah lama kot kahwin dengan Ainul. Kau sepatutnya dah kena sedar diri apa yang kau terlepas," Suhairi memberi nasihat.

"Kau tu dah sedar diri ke?" Mirza tidak pernah melihat suami sepupu isterinya itu berehat dari kerja yang bertimbun.

"Aku kadang-kadang tak cukup masa, tapi bila aku nak bersara nanti, barulah aku slow down sikit. Aku tak perlukan duit, aku cuma rasa seronok je bila dapat habiskan masa dengan kerja ni. Tapi kalau Dalily dengan anak-anak tak ada, kau pun takkan nampak aku dah sekarang. Syukurlah kau pun dah jumpa kebahagiaan yang kau cari."

Mirza terasa bahagia bercerita kepada kawanya mengenai keputusannya.

"Aku nak bawa Ainul pergi dating lah."

"Dating?"

"Yep, alah, the roses and flowers kind of date. Kitorang tak pernah sekali pun keluar berdua, dan aku ingat nak buat something special with her sebelum Tahun Baru. Haritu dia bawa aku skating. Aku suka sangat." Mirza tidak percaya dia sedang bertanyakan Suhairi tentang bagaimana mahu keluar berdua bersama dengan isterinya sendiri. Mengarut sungguh.

"Korang memang kahwin dalam tergesa-gesa pun. Wow, dah berjanggut aku tak pergi main skating. Aku ingat nak bawa Lily pergi sana jugalah nanti. Apa kata kau bawa Ainul pergi tengok filem."

"Filem?"

"Jangan nak sindir sangatlah. Aku tak maksudkan panggung wayang tu. I meant a drive-in. Kalau masa dia muda dulu dia jarang keluar, mesti dia tak pernah pergi drive-in movie theater. Bawalah dia ke sana and show her a good time in the back of your car."


Mirza mempertimbangkan cadangan tersebut dan memutuskan ia adalah satu idea yang bernas untuk mereka berdua. Dia tidak pasti jika mereka mempunyai masa yang terluang. Dengan Alfie dan Safrina yang jauh di pelusuk dunia, tiada sesiapa yang boleh diminta pertolongan untuk menjaga anak-anaknya. Mirza mematikan talian lantas menelefon bapa mertuanya pula.

"Wah. Apa yang ayah dah buat sampai menantu ayah ni telefon?" tanya Encik Amran.

"Tak ada apa-apa. Saya cuma nak tahu kalau-kalau ayah boleh jagakan anak-anak saya. Saya nak buat something special untuk Ainul, dan sebab tu lah nak minta tolong ayah tengokkan budak-budak tu."

Suasana senyap sunyi di talian sebelah sana. "Mesti ayah sanggup tolong kan kalau Ainul yang minta."

"Kamu bukan anak perempuan ayah, Mirza."

"Tak, saya menantu ayah, dan saya sayangkan anak perempuan ayah. Saya nak buat sesuatu istimewa untuk dia. Tolonglah, jagakan anak-anak saya sekejap. Lagipun, Tahun Baru ni nanti ayah datang ke rumah kami kan, jadi saya nak pastikan semuanya berjalan lancar." Mirza memujuk lelaki tua itu dan tersedar dia sememangnya mahu rancangannya berjaya.

"Seriously? Kau bukan suka sangat dengan Tahun Baru ni. Takkanlah kau nak mulakan sekarang pula."

"Saya dah berubah, ayah. Bagilah saya peluang. Peluang yang sama anak ayah bagi pada saya."

"Kau tinggalkan dia sekali lagi, aku kejar kau dengan senapang aku," ugut Encik Amran.

"Ayah tak perlu nak kejar saya. Kalau saya tinggalkan dia sekali lagi, saya yang akan tembak diri saya sendiri. Is that a yes?" tanya Mirza.

Terdapat keluhan di sebalik desiran itu. "Bila?"

"Malam Jumaat. Rasanya macam bagus kalau saya bawa dia keluar malam tu."

"Nanti ayah datang. Kau nak ayah ambil diorang bawa ke rumah sini ke, atau kau nak ayah pergi duduk sana?"

Mirza berfikir buat seketika dan memutuskan supaya bapa mertuanya duduk di rumahnya sahaja. "Lepas tu bolehlah kita bincang untuk Tahun Baru nanti." 

Encik Amran bersetuju dan kemudian menutup telefon. Mirza tersenyum lalu membuat air teh untuk mengejutkan bintang hatinya di bilik atas.

Ainul masih lagi tidur. Dia meletakkan cawan tadi ke meja di sebelah katil dan kemudian memanjat katil. Di saat dia sudah berada di atas tubuh isterinya, wanita itu mula bergerak.

Mata Ainul terbuka. Dia menggeliat, dan senyumannya bercahaya berseri-seri.

"Selamat pagi hummingbird," kata Mirza.

"Selamat pagi. Pukul berapa sekarang?" tanya Ainul.

"Nak dekat pukul sepuluh dah."

"Apa?" Terduduk terus Ainul membuatkan dia hampir terhantuk kepala dengan suaminya. "Kenapa abang tak kejut? Ainul nak kena siapkan budak-budak tu, benda lain lagi."

Mirza menekan isterinya di dada, menolak isterinya supaya terbaring sekali lagi.

"Abang, janganlah. Ainul dah lambat sangat ni."

"Jangan risau, sayang. Sayang tak perlu risau apa-apa. Budak-budak dah ada dekat sekolah pun."

"Abang bawa diorang pergi sekolah?" Mirza menganggukkan kepala.

"Abang ingat tak bagi sarapan dekat diorang dulu?" tanya Ainul.

"Stop being a minx. Abang bagi diorang makan roti bakar dengan Cocoa Crunch. Abang rasa diorang tak sukalah, tapi diorang nampak seronok sangat bila dapat naik kereta ayahnya." Mirza merapatkan wajahnya dengan wajah Ainul lalu menghadiah sebuah ciuman di dahi si isteri.

"Kiranya, kita berdua je dalam rumah sekarang ni?"

"Ya sayang," jawab Mirza.

"Kita berdua sendirian dan abang baru nak kejut sayang." Ainul menarik tali leher suaminya dan mula mendekatkan tubuh lelaki itu kepadanya.

"Abang ada kerja sikit tadi. Lagi satu, abang ada kejutan untuk sayang malam Jumaat nanti."

"Kejutan? Ainul nak tengok sekarang boleh?"

"Stop tempting me."

Ainul mencebik. Mirza tergelak kecil.

"Well, kalau Ainul tak boleh tahu pasal kejutan tu, boleh tak kalau....Ainul nak benda lain?" Ainul mengangkat sebelah keningnya sambil tersengih nakal.

"Pandai sayang goda abang ya."

"Sebab tulah abang sayang Ainul kan."

Ainul menarik suaminya ke dalam pelukan dan Mirza hanya merelakan.


post signature

Post a Comment

hello dear ! thanks for dropping by. i'll make sure to reply asap !

My Instagram

Copyright © The Minimalist Traveler. Made with by OddThemes