Bila Ummi Dah Tanya : Bila Nak Kahwin?

8:17 p.m
apartment murni
keliru
assalamualaikum and hello lads!
well, aku dah lama tak menulis. ceh. sebab aku baru je masuk UNITEN balik. ergghh.. 
tapi bila dah masuk ni, aku tahu banyak benda dari kawan-kawan serumah aku. maklumlah, dah lama tak jumpa. perempuan, kalau dah bersembang, sampai pukul 2 pagi pun tak sedar. (kamilah tu).
then, bila tengok balik. oh, semua housemate aku dah ada pasangan masing-masing. honestly, i'm totally happy for them. ornag-orang yang diorang pilih tu memang sesuai sangat dengan diorang. aku percayakan naluri aku.
 
 
but when it comes to me, i'm speechless. aku still belum jumpa sesiapa. maybe tak ada lelaki yang suka aku kot. hahahaha. 
 
haritu aku ada bersembang dengan ummi aku. cerita pasal seorang cousin yang dah tak sabar nak kahwin. seronok aku bercerita pasal dia. nama perempuan tu siapa. kelas apa. nanti raya, cousin aku nak datang raya rumah dia. bla bla bla....
 
tapi tiba-tiba satu soalan dari ummi aku je dah buat aku senyap sampailah kitorang habis masak.
 
asyik cerita pasal orang lain je, along pula tak ada pakwe ke? bila nak kahwinnya?
 
hmmm... bila ummi dengan ayah aku tanya macam tu je, aku senyap. seriously, aku tak tahu nak cakap apa. bukannya aku tak mencari, tapi aku ada satu kelemahan yang aku tak boleh overcome sampai sekarang. memandangkan aku anak perempuan and cucu sulung, so ramailah bertanya. (susah jadi cucu perempuan sulung)
 
 
bila mak ayah je bertanya tak apalah. kita boleh mengelat. tapi bila saudara bau-bau bacang yang buka cerita pasal tu, malu lah juga. saya bukannya lawa macam anak-anak makcik tu. diorang senang je dapat. lelaki sekarang mana pandang personaliti dah, diorang pandang muka dulu. kalau muka tak lawa, diorang tak pandang dah. 
kalau ada lelaki yang tak macam tu, in case husband korang, aku tabik dengan dia. dia memang baik, dia tak mudah judge orang.
tapi takkanlah sebab housemate semua dah ada pasangan, aku nak sibuk ada pasangan juga. kawan aku tu, berapa belas kali dah couple, tapi asyik clash juga. tak ada maknanya kalau cepat-cepat cari. kalau dah jodoh, jumpalah juga satu hari.
aku selalu dengar, orang kata kita selalu berselisih dengan jodoh kita tu. tapi kalau ALLAH dah tetapkan belum masanya kita bertemu, so sampai sudah lah kita takkan bersua muka. betul ke erk? most of the time, aku percaya dengan kata-kata tu. 
 
 
senang cerita, aku suruh pak cik aku carikan je lah. ummi aku awal-awal dah undur diri. suruh aku cari sendiri. heh. moga-moga satu hari aku akan berjumpa dengan dia. itu je doa aku selama ni. 
 
adios~

Share:

8 comments

  1. kawin muda syok woo..hehe..jodoh kene cari..mcm rezeki juga..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kahwin muda memang syok. tapi tu lah, tanggungjawab saya masih banyak lagi. i have 6 other brothers and sisters. biarlah diorang dah besar sikit rasanya baru saya fikir soal ni.

      Delete
  2. Emak prihatin tu ... bukan apa, kadangkala kawin lewat ni banyak risikonya

    ReplyDelete
    Replies
    1. hmm.. tu la. tengoklah macam mana.

      Delete
  3. banyakkan berdoa. insyaallah Allah permudahkan.
    dan apa bila sampai masa dan ketika itulah waktu yang terbaik untuk berkahwin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. insya-ALLAH. hari-hari memang tak putus berdoa. mudah-mudahan. thanks :)

      Delete

hello dear :) x salah pun baca sambil komen kan.