Cinta Dia Yang Aku Cari .:SOAL HATI:.

11:53 p.m
apartment murni
meeting unicommserv dah habis

assalamualaikum and hello lads!

hati. satu-satunya benda yang aku susah nak didik sejak aku kenal erti cinta. 

Selepas beberapa bulan berada di Jordan,
Datang seorang senior dan bertanya.

"Sher nak cari apa sebenarnya dekat Jordan?"

"Maksud akak?" *muka cuak*

"Em. Maksudnya,selain daripada degree.

Apa lagi yang Sher nak? Kalau setakat nak degree,dekat Malaysia lagi bagus akak rasa.”

"Eheh. 

Saya nak cari orang yang boleh bawa jumpa Allah.”

..

Dah nak masuk setahun.

Lama.

Dan aku tak jumpa pun siapa.
Langsung tak jumpa.

Lepas tilik tilik.
Belek belek cermin.

Baru aku perasan—
Orang yang aku cari itu aku.

Yang membesar dengan tarbiyah Allah—
Itu aku.

Dan aku,kena bawa diri aku jumpa Allah.

Nak tak nak.
Susah tak susah.

Aku kena juga.

Kalau tak,takkanlah tuhan kata : 

'Tidakku ubah nasib sesuatu kaum melain mereka sendiri mengubahnya.'

Nak tak nak.

Aku kena jadi orang yang aku cari.

Sebab dekat akhirat nanti,
Semua korang korang,busy dengan hal sendiri.

Aku pun. 
..

dulu aku selalu mengharap cinta manusia. cemburu. iri hati. kawan-kawan dah berpunya. aku ni bilalah pula.
ada ke yang suka aku. kalau tak ada macam mana. mampu bertahankah cinta itu.

macam-macam perempuan boleh fikir bila dia dah start fikir pasal cinta kan.

tapi lama-lama, fikir balik, kenapalah cinta manusia yang selalu aku kejar. lupanya aku. lekanya aku dengan cinta dunia. ALLAH yang punya dekat dengan kita selalu, kita abaikan. 

dunia ni dah banyak kali kecewakan kita dengan onarnya. tapi kita masih nak kejar dia. ALLAH yang sentiasa ada di sisi, kita biarkan macam tu je. 

bila hati kecewa, bila hati ingin meminta, barulah nak ingat DIA. 

kisahdarisyurga:

Terkadang,sentiasa beritahu pada diri.
'Yakinlah,Tuhan punya rencana sendiri.'
Disaat perjalanan semakin jauh dan jauh pergi, Semakin aku kabur akan makna hidup ini. Semakin aku buta dan kelam apa sebab aku terciptakan dibumi.
Kaki sudah semakin penat. Kain ibarat kering untuk mengelap keringat.
Atau, Apa perlu aku berjalan lagi?
Iya,mana tahu ada sesuatu ada dihadapan lagi. Dan ianya bukan disini.
Iya, Aku perlu berjalan lagi.
'Tuhan,tuntuni langkahku dalam mengejar redhaMu. Aturi langkahku dalam menggapai cintaMu.
Hilangkan penat dari kakiku.
Kuatkan aku.’
- -
Dan aku,menyambung kembali perjalananku.
Bismillah.

masha-ALLAH, teruknya diri ini. sedangkan cinta DIA dulu yang sepatutnya aku kejar. sedangkan kita sendiri tahu ALLAH dah tetapkan siapa jodoh kita, bila kita akan meninggalkan dunia ini masa kita di luh mahfuz lagi. 

kita sibuk mencari cinta manusia seolah-olah kita takut untuk hidup bersendirian.

tapi kita lupa, kita kena sibuk cari cinta ALLAH sebab lepas ni kita akan hidup kekal abadi di SANA.

kali ini aku tekad, biarlah si lelaki memandang sahabat-sahabatku. biarlah tak ada siapa yang mengerling ke arahku. aku tahu ALLAH sedang menjagaku dari pandangan nakal manusia yang bernama LELAKI.

biarlah cinta ALLAH yang kucari terlebih dahulu. bila sampai masa jodoh itu datang, maka hadirlah ia. 

aku mengharapkan yang sama juga pada dia yang mungkin kenal ataupun tidak pernah bersua selama ini. sama-samalah kita menjaga hati. 


He’s praying for her.

She’s praying for him.

Little do they know, Allah sealed their fate with each other before they were even born.




post signature

Share:

12 comments

  1. yaa .. sedang berusaha untuk menjaga hati. belajar untuk cintakan ALLAH & rasul terlebih dahulu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. insya-ALLAH, sama-sama kita berusaha. :)

      Delete
  2. thanks amy for sharing..akak pun kadang-kadang marah dengan diri sendiri sebab dok kalut kejar cinta lelaki. Allah kan ada..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama-sama. takpe, jangan marah diri sendiri. kita manusia memang tak boleh lari dari rasa tu. tapi bila hati dah teringat ALLAH balik, berpalinglah mengadap DIA semula. insya-ALLAH. ^^,

      Delete
  3. bila diulang kembali, kenapa la dulu ni senang sangat mengikut hati dan perasaan..padahal itu bukan cinta..cinta monyet jer..habis pelajaran terganggu...masa pon xboleh diulang2 kembali..sebenarnya, xperlu bercinta ni..kalau dah sampai masa, kita akan bertemu dengan jodoh yang Allah dah tetapkan tu..rupa-rupanya jodoh tu dekat sangat..depan mata je...

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpelah kan kak. benda dah berlalu. yang lepas kita jadikan pengajaran. yang sekarang kita ubah jadikan satu kenangan yang indah. mudah-mudahan.

      jodoh dekat tu entahlah. kadang-kadang terfikir juga. "dekat sangat ke jodoh aku ni?" haha. wallahua'lam.

      Delete
    2. Pasni kena gtau anak2 la pulak. Mak nye dah lepas. Hihi. Jodoh kak irra dgn kawan baik..hihi siapa tahu kan..

      Delete
    3. hehe. wajib bgtau dekat anak-anak. saya pun seronok dengar kisah pasal mak ayah sendiri. ^^,

      oh, best friend. bestnya! saya tak ada best friend lelaki. so..... >.<

      Delete
  4. nice entry .. :)

    http://amal-salleh.blogspot.com/2014/06/giveaway-ramadhan.html

    ReplyDelete
  5. mashaAllah. nice sharing sista!
    jodoh pertemuan ajal maut semuanya rahsiaNya.
    I always remind myself that this is 1 of His test.
    lets chase His love! ramadhan pun just around d corner ni.hee

    ReplyDelete
    Replies
    1. thank you. ^^,

      indeed. semua yang DIA berikan kepada kita adalah satu ujian.
      kita diberi kenikmatan pun adalah ujian sebenarnya kan. nak tengok kita ni bersyukur ke tak.

      insya-ALLAH sama-samalah kita jalankan tanggungjawab. :) chaiyok!

      Delete

hello dear :) x salah pun baca sambil komen kan.