Cinta Matchmaker -bab 20-



BAB 20

Ridwan, peguam peribadi Alfie, duduk bertentangan dengannya sambil melayang-layangkan sehelai kertas di udara. "Teruk betul perangai ayahanda kau."

"Aku belum lahir lagi pun dah tahu pasal tu."

"Selama hayat aku jadi peguam, tak pernah lagi aku jumpa wasiat macam ni. Wasiat dia membuatkan kau rasa ragu-ragu andai kata dia ada lagi rahsia tersembunyi di sebalik ayat yang dia cuba sampaikan tu."

Bukanlah bicara yang ingin didengari oleh Alfie ketika ini. "There has to be something."

Ridwan mencampakkan lambakan kertas tersebut ke atas meja. "Aku dah tengok. Aku rasa ayahanda kau memang dah boleh agak kau akan kahwin sekejap je, lepas tu cerai."

Menceritakan segala-galanya kepada peguamnya memang tidak boleh dielak sejak dari awal lagi. "Habis hancur lebur rancangan aku."

"Melainkan kalau kau cari doktor licik yang boleh jack up Safrina punya rekod kesihatan, cakap yang dia tak boleh mengandung..oh, lupakan jelah apa yang aku cakap."

Alfie menggelengkan kepalanya. "Safrina pun ada pergi LA jumpa doktor dia minggu ni untuk ambil pil."

Ridwan mengetuk-ngetuk permukaan meja. "Maknanya kau memang dah bersama dengan dialah. I didn't think you'd hold out."

"Lagi bagus aku mengalah daripada berpura-pura yang aku tak berminat." Alfie tidak sabar untuk menunggu penerbangannya malam nanti supaya dia dapat pulang ke rumah dan bersama dengan isterinya semula. Sungguh dia rindukan Safrina. Apabila dia berbual dengan wanita itu melalui telefon tempoh hari, suara isterinya bagaikan resah sahaja. Seolah-olah bagaikan ada sesuatu yang tidak kena. Dia sudah bertanya, tetapi Safrina memang pandai mengelat. 

"Kau tahu tak... ada satu lagi benda yang kau tak consider."

"Apa dia?"

Ridwan memandang tepat wajah sahabatnya. "Bagi dia mengandung."

"Bahagian mana bila aku cakap dia pergi ambil pil yang kau tak faham?"

"You need two forms of birth control that first month."

Alfie mula berdiri dan mundar-mandir. "Ya Allah, Wan. Kau bergurau dengan aku je kan?"

"Perempuan kan pandai trick lelaki into unwanted pregnancies for centuries. Diorang semua nakkan hak yang sama."

"Stop. Aku tahu kau rasa yang aku ni teruk, tapi aku tak adalah melampau sampai macam tu sekali."

Memanglah peguamnya selalu berfikiran sebegitu, yang mana mungkin satu perkara yang bagus ketika di dalam bilik pembicaraan, tetapi bukanlah dalam situasi seperti ini.

"Dah memang tugas aku untuk cari cara yang legal untuk dapatkan apa yang kau nak. Ini cuma cadangan je. Kau pun apa salahnya tanya dekat isteri kau tu."

"Tanya dia kalau dia nak mengandung ke tak?"

"Apa salahnya? Dia pun dah memang ada harga sendiri kan masa korang berjumpa dulu."

Rahang Alfie mula terasa sakit. Ridwan sedang bermain dengan api di saat ini. "Dia bukannya pelacur, Wan."

"Kau bayar dia sepuluh juta dollar untuk dia jadi isteri kau selama setahun dan kau pun dah tidur bersama dengan dia."

Alfie sudah berada di atas meja dekat dengan lelaki itu dengan jantung yang berdetak pantas. Sambil mencengkam erat penjuru meja, dia memandang tepat ke arah Ridwan. "Don't go there."

"Whoa, dude, back off. Aku tak perasan pula yang kau memang ada hati dekat dia. Aku minta maaf." Wajah Ridwan sudah berubah pucat.

Ketika Alfie berundur semula, dia tertanya-tanya jika dia ingin mencari peguam baru. Sesuatu di dalam kata-kata Ridwan mengenai Safrina seolah-olah wanita itu adalah perempuan murahan membuatkan dia menjadi berang.

"Aku rasa cukuplah buat masa sekarang." Alfie perlu keluar dari pejabat itu sebelum dia mula membelasah sesiapa sahaja yang mengganggunya.

Ridwan membetulkan tali lehernya ketika dia berdiri. "Kalau betullah dia sayang kau sama macam sayang kau pada dia, dia mungkin akan bersetuju untuk hamilkan zuriat kau. Women are emotional that way."

Di manakah Alfie pernah mendengarnya sebelum ini?

Mungkin.



post signature

Tags:

Share:

4 comments

  1. Ahh rindunya ngan citer ni..thanks kak amy lepas ni rajinkan tangan tuk entry seterusnya ^.^

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe. no biggie. :)

      insya-ALLAH tengoklah macam mana ye. ^^,

      Delete

hello dear :) x salah pun baca sambil komen kan.