Cinta Matchmaker -Bab 21-

BAB 21

Alfie akan berbincang dengan Safrina malam ini juga. Kerana menyimpan amanat mengarut ayahandanya tidak mampu lagi ditanggung sendirian begitu lama. 'Kejujuran adalah kata kunci kita.' Kepercayaan Safrina padanya membuatkan dia menjadi seorang lelaki yang lebih sempurna. Takut hatinya tatkala si sahabat sanggup memikirkan dia boleh memaksa isterinya supaya mengandung...yang dia mampu mempergunakan wanita itu sesuka hatinya. Layakkah dia untuk menerima reputasi tersebut? Mungkin ya. Tidak ramai yang boleh berfikir sama sepertinya, kecuali mungkin Safrina sahaja.

Jam baru sahaja mencecah ke angka enam ketika dia melangkah masuk ke rumah di Mauritius. Bunyi Maria yang sedang memasak di dapur mendorongnya untuk ke situ dahulu.

"Harap-harap cukuplah makanan tu untuk dua orang," katanya, menangkap perhatian si wanita itu.

"Oh, dah balik rupanya kamu. Syukurlah. Mak cik ingatkan nak telefon je tadi."

"Telefon saya? Kenapa? Ada apa-apa masalah ke?" Alfie mengerling seketika di ruang dapur mengharapkan Safrina berjalan ke dalam ruang dapur ini. Isterinya tidak biasa dengan layanan Puan Maria dan seringkali merajinkan diri menghulurkan pertolongan dalam bab mengemas rumah.

"Safrina. Dari tadi duduk memerap je dalam bilik tak keluar-keluar."

Jantungnya bagaikan berhenti sesaat. "Dia sakit ke?" Alfie sudah mula bergerak naik ke tingkat atas.

Puan Maria mengekorinya dari belakang, kain lap berada di tangan. "Mak cik tak tahulah. Dia kata dia okay, tapi dia tak nak makan lepas tu mak cik ada dengar dia menangis tadi."

Alfie sudah melangkah dua tangga dalam satu masa dan berlari pantas ke kamar tidurnya. Pintu serta-merta terbuka dan dia dapat mendengar Safrina di dalam bilik mandi. Tangisan itu ibarat pisau yang menikam tepat ke dadanya. Apabila dia terdengar wanita itu melalut tidak tentu hala, dia fikirkan biarlah perkara ini hanya mereka berdua sahaja yang tahu tanpa sebarang penonton.

"Saya boleh uruskan benda ni," beritahunya pada Puan Maria, tegas.

Menutup puntu di belakangnya, Alfie melangkah setapak demi setapak ke muka pintu bilik mandi dan terjumpa Safrina yang sedang duduk dengan belakang tubuhnya di tub mandi, wajah itu dibenamkan di antara kedua lutut.

"Safrina?" Alfie pantas mencangkung di sebelah isterinya ketika dia memanggil nama wanita itu.

Tatkala wajah itu diangkat sahaja dengan mata yang sudah dikotori dengan air mata, sesuatu di dalam dirinya hancur berderai. Apakah yang telah terjadi dengan buah hatinya ini? Memikirkan yang perempuan adalah makhluk paling sensitif, tidak pernah sekali dia melihat isterinya berkelakuan seperti wanita lain sehinggalah kini. Bibir itu bergetar dan air mata baru mula bertakung kembali di tubir mata bundar itu.

"Sayang, kenapa ni?" Dia mula menarik isterinya ke dalam pelukan tetapi Safrina menolak sentuhan itu.

"Benda tu t..tak menjadi," lirih suara Safrina.

"Apa yang tak jadi?" Alfie mula berlutut dan meletakkan kedua belah tangannya di atas bahu wanita itu supaya Safrina tidak boleh berpaling darinya.

Safrina mencapai kotak di kakinya, dan dilayang-layangkannya di hadapan mata lelaki itu. "Nilah."

Alfie mengambil masa beberapa saat untuk menyedari apa yang sedang dipegang oleh Safrina. Beberapa paket kondom sudah dibuang merata tempat di dalam bilik mandi tersebut seolah-olah Safrina sedang bertarung dengan lateks. Beberapa kotak yang lain berada di atas kaunter bersebelahan dengan tub mandi.

"Saya tak faham apa awak maksudkan sebenarnya."

Safrina mengangkat kotak yang lain dan mencampakkannya ke dalam tong sampah yang berada jauh di penjuru bilik itu. "They didn't work!" jeritnya. Dia mencapai beberapa paket lagi, membalingnya, dan tidak mengena.

Didn't work? Apa yang Safrina cakap ni?

Safrina membenamkan wajahnya ke atas lutut sekali lagi. "Saya mengandung."

Oh, tidak! Jantung dia hari ini sudah berapa kali agaknya berhenti secara tiba-tiba. Alfie cuba menenangkan dirinya...untuk apa, dia tidak tahu. Rasa menyampah tidak pula hadir, simpati... tidak, perasaan itu langsung tidak wujud. Terkejut! Ya, dia sudah semestinya terkejut. Perkara terakhir yang dia fikirkan ketika dia pulang ke rumah ini selepas temu janji dengan peguamnya membicarakan mengenai warisnya adalah mendengar si isteri sementaranya ini mengatakan bahawa mereka berdua bakal memiliki zuriat bersama. 

Allah, patutlah Safrina sedih sampai sebegini rupa.

Alfie memeluk erat isterinya.

"It's okay," pujuk Alfie perlahan.

Esakan itu semakin kuat, sungguh menyedihkan hatinya, seakan-akan dia sudah meletakkan wanita itu di situasi yang merbahaya. "Insya-Allah, semuanya akan jadi okay."

Dan sudah semestinya.

Apa jua yang berlaku.

Apa jua yang terjadi.

"Shh.."

"Saya tak minta pun benda ni jadi." Safrina tersedu di sebalik kata-katanya itu.

"Saya tahu." Dia memang tahu. Tanpa sebarang syak lagi, dia tahu Safrina tidak akan sesekali merancang perkara ini.

Troian...sudah pastinya! Kalau bukan untuk menjadi Permaisuri di negaranya ini.

Daisy...mungkin tidak, tetapi wanita itu langsung tidak ada sifat keibuan dalam dirinya.

Tetapi Safrina...oh tidak. Isterinya terlau baik untuk dipermainkan, terlalu naif untuk dianiaya di dalam penipuan ini. Lagipun, kejujuran adalah kata kunci mereka berdua.

Alfie mula membongkok dan mengangkat Safrina jauh dari peperangan wanita itu dengan kondom tersebut. Tuhan, bagaimana pula dia boleh ada kotak sebanyak ini? Oh, ya. Pasti sahaja Troian yang melakukannya. Sudah ditegah berulang kali, jangan sesekali pernah masuk ke dalam biliknya. Tahulah dia itu bukan beragama Islam, tapi ini bukan caranya untuk menjadikannya kambing hitam. Perempuan..kalau akal sudah diletak ke mana.

Di dalam bilik tidur, dia membiarkan Safrina di atas ribanya dan merangkak ke atas permukaan lembut kamar beradu mereka. Esakan kecil isterinya tadi sudah bertukar menjadi sedu sehingga akhirnya dia terasa wanita itu bertenang di dadanya.

Dia akan pastikan semuanya berjalan dengan lancar. 



post signature

4 comments :

  1. tak sempat lagi nak baca novel kat sini. sibuk :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. xpe. nanti dah ada masa, baca lah. take your time. :)

      Delete
  2. best 3x lepas ni nak panjang sikit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. thank u. sori ye pendek. nanti akan diusahakan. ^^

      Delete

hello dear ! thanks for dropping by. i'll make sure to reply asap !

My Instagram

Copyright © The Minimalist Traveler. Made with by OddThemes