Cinta Matchmaker -bab 22-




BAB 22

Pada waktu malam, Safrina terjaga beberapa kali, kebiasaaannya dengan tangan berat Alfie yang memeluk pinggangnya ataupun jari-jemari kasar yang bermain-main di kulitnya. Tidurnya yang tidak menentu membuatkan dia terbangun dengan mata yang lebam berserta pening kepala yang teramat. Ditambah lagi dengan selera makan yang tidak menentu dan rasa malu terhadap Alfie yang menangkap perbuatannya yang sedang meratapi di dalam bilik air seolah-olah baru kehilangan suami.

Kemudian, barulah dia teringat akan kandungannya.

Satu poin untuk membuatkan dia menjadi lebih lelah.


Pundi yang sudah penuh memaksanya meloloskan diri dari pelukan Alfie dan katil yang hangat tersebut. Lelaki itu langsung tidak terkutik apabila dia merangkak turun dari katil mereka dan berjalan perlahan-lahan ke dalam bilik air.

Mesti ada di antara waktu malam tadi, Alfie telah membersihkan segala semak yang sudah dia lakukan. Kotak-kotak sudah tiada, ataupun dibuang mungkin. Baguslah, dia mengeluh lega. Dia tidak mahu lagi melihat itu semua di hadapan matanya selagi dia masih bernafas.

Di hadapan cermin, dia dapat melihat lingkaran hitam di bawah matanya, kesan mekap yang masih lagi bertempek di wajahnya. Rambut pun sudah seperti penyapu buruk sahaja. Baju tidur pun tidak sempat ditukar sebelum dia rebah di kamar beradu malam tadi.

Serabutnya.

Memaksa diri untuk tidak merenung lebih lama pantulan imejnya, Safrina mengambil beberapa ketika dengan membersihkan diri. Baru sahaja bayangan mengenainya dan bayi mereka bertandang, pantas diusir jauh-jauh fikiran tersebut.

Tiada lagi anggapan. Dia akan pastikan perhubungannya dengan lelaki itu akan berjalan dengan sempurna dan dia akan buat sebaik mungkin untuk memendam sahaja segala emosi yang bakal bertandang di dalam dirinya. Kandungan ini bukanlah apa yang mereka mahukan. Tetapi ia sudah pun terjadi. Safrina tahu dia tidak akan sesekali menyerahkan anak ini, atau lebih teruk, menggugurkan kandungannya. Dia adalah seorang perempuan dewasa yang bertanggungjawab, bukan lagi budak remaja yang tidak mempunyai sebarang pilihan.

Sakit kepala tadi semakin susut ketika dia melangkah keluar dari tempat mandi. Sedikit krim disapu pada wajah, gel di bawah mata, dan akhirnya dia terasa bagai menjadi manusia semula. Apabila dia meninggalkan bilik air dengan hanya memakai jubah mandi, dia menjangkakan Alfie masih lagi sedang di alam mimpi.

Malangnya tidak.

Masih dengan baju yang sudah keronyot, Alfie berdiri bersama sebuah dulang kecil yang dibawa dari dapur. Safrina ternampak air kopi, susu, dan juga jus berserta beberapa buah pinggan. Di atas pinggan yang terhidang tersebut terdapat biskut kering, roti bakar dan juga telur separuh masak.

"Apa ni?"

Alfie menarik lengannya dan membawa mereka ke sofa. Sebuah senyuman terukir di hujung bibir itu ketika suaminya duduk bertentangan dengannya. "Perempuan mengandung yang baru je masuk trimester pertama dia selalunya kena mulakan pagi diorang dengan makan makanan simple macam ni."Alfie mengulas fakta tersebut kepada Safrina yang sudah pun tahu mengenai hal itu.

"Dari mana awak belajar semua ni?"

"Malam tadi, masa sayang tidur, saya cubalah cari something daripada buang masa tengok saham syarikat. Saya bawakan kopi, decaf, tapi dalam artikel yang saya baca cakap awak mungkin tak nak rasanya air ni." Alfie menolak segelas susu di atas dulang kepada isterinya. "Tapi susu ni awak wajib minum sebab bagus untuk awak dan juga baby kita."

Mendengar perkataan baby sahaja sudah membuatkan matanya kembali berair. Setakat ini, dia teringin sangat ingin tahu apa yang bakal terjadi pada dirinya sebagai seorang ibu. Satu peristiwa yang telah merubah segala-galanya. "This is so sweet."

"That's me, Mr Sweet."

"Alfie..." mula Safrina.

"Tunggu." Alfie mencapai tangan Safrina dan dia melabuhkan punggung di sebelah isterinya pula. "Ada banyak sangat perkara yang perlu kita bincangkan, tapi sekarang biarlah kita lupakan sekejap. Awak kena makan dan saya pun dah elok sangat kena mandi ni." Ibu jarinya menekan perlahan tapak tangan Safrina ketika dia bersuara.

"Tapi.."

Alfie menutup mulut Safrina dengan jari telunjuknya. "Shh..."

Safrina hanya mampu menganggukkan kepala, menerima apa yang diminta oleh lelaki itu.

Alfie tersenyum dan berdiri. Tetapi sebelum dia beredar dari bilik tersebut, dia menghadiahkan sebuah ciuman kepada isterinya, lembut.

Mungkin semuanya akan berjalan dengan baik sahaja.

Satu jam kemudian, mereka berdua duduk bersantai di atas kerusi panjang di belakang beranda sambil memerhatikan lautan yang luas. Alfie hanya memakai seluar pendek bersama baju kemeja T ketat yang menampakkan dada sasa itu. Matahari semakin bersinar terik dan suhu pula hampir mencapai ke tahap tinggi.

Akuinya, idea Alfie mengenai sarapan tadi ternyata sangat berkesan kecuali kopi itu sahaja, yang mana Safrina tukarkannya dengan teh herba dan sekarang ini dia sedang duduk sambil menghirup air yang masih panas itu.

Semenjak mereka meninggalkan bilik tidur, tiada satu patah perkataan pun yang keluar mengenai bayi mereka. Tetapi kini diam itu semakin mengganggu hatinya pula.

"Jadi?" Safrina terdengar bicara Alfie.

"Jadi."

Satu senyuman resah bermain di bibir Safrina. Kedua-dua tangan digenggam erat di atas riba. "Saya tak minta pun benda ni terjadi." Ia adalah satu-satunya perkara yang ingin Safrina perlukan untuk Alfie memahami.

"Awak kan dah cakap semalam."

"Saya nak awak percayakan saya."

"Pandang saya, Safrina."

Safrina teragak-agak sebelum bertemu mata dengan suaminya. Di situ dia terjumpa renungan lembut dan senyuman yang manis. Senyuman yang sama ketika dia keluar dari bilik air tadi. "Saya tak pernah pun walau sesaat fikir yang awak dah rancang, nak ataupun jangka yang awak akan mengandungkan zuriat saya."

Satu keluhan berat terlepas di bibir. Dia merenggangkan jari jemarinya di atas paha dan membiarkan tekanan tadi berlalu pergi. "Bagus. Baguslah kalau macam tu."

Mengerling semula ke arah laut, Alfie berkata, "Awak pernah syak tak yang awak mengandung selama ni?"

Safrina menggelengkan kepalanya. "Tak. Saya langsung tak tahu." Safrina memberitahu Alfie mengenai pertemuannya dengan doktor, tentang bagaimana dia boleh tahu pasal kandungan tersebut.

"Dan doktor cakap kondom failed two percent of the time?"

"Yep. Saya ingatkan statistik tu untuk budak-budak remaja je, bukannya orang dewasa yang dah boleh fikir macam kita ni."

Mereka berdua tergelak kecil mendengar kata-kata Safrina itu. Kali ini kesunyian yang melanda bukan lagi membawa resah.

Apabila Safrina menjeling semula ke arah Alfie, wajah itu sudah berubah menjadi ekspresi yang menyedihkan.  "Apa yang awak tengah fikir tu?"

Alfie menggelengkan kepala. "Saya tengah cari jalan nak tanyakan awak sesuatu."

"Tanya je lah."

"Tapi macam mana kalau awak tak bagi jawapan yang saya nak dengar?"



post signature

Tags:

Share:

7 comments

  1. Waaa 👏 ade pun sambungan,pendek je tapi best thank you kak amy ^,^

    ReplyDelete
  2. x sbar nk tggu next entry....be strong ok safrina......

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah ada next entry... cuma saya x letak kat e-novel page tu. nanti saya letak ye ^^,

      Delete
  3. Hi,

    Baru terjumpa novel ni..... sampai disin aje ke.... atau sudah ada dipasaran?

    ReplyDelete

hello dear :) x salah pun baca sambil komen kan.