Aku Suka Yang Pakai Cermin Mata

5:41 p.m
apartment murni
alhamdulillah. dapat kelas.

assalamualaikum and hello lads!

aku tahu, semua orang mesti ada taste masing-masing kan. aku pun of course tak terkecuali. aku still ingat sampai sekarang taste aku dulu macam mana even sekarang dah berubah. 

tengok lama-lama, macam muka arwah pak cik aku pun ada

masa aku sekolah rendah dulu, aku minat gila dengan UNIC, lagi-lagi Hafiz Hamidun. hahaha. sampaikan aku nak cari lelaki macam dia. betapa obsesnya aku dulu. malunya. adeh. -.- and ciri-cirinya adalah

- tinggi
- suara sedap
- pakai cermin mata
- nama ada huruf F. (aku pun tak tahu kenapa.)

tapi biasalah, sekolah rendah mana nak cari sangat. aku sibuk kena kacau dengan seorang lelaki ni. so, kerja aku pun mengacau dia je. -.- rupa-rupanya 5 tahun kemudian, baru aku tahu dia suka aku. tapi biarlah, itu tak ada kena mengena.

nampaknya ciri-ciri yang aku nak tu berkekalan sampai ke tingkatan 5. and tanpa aku sangka, memang aku jumpa someone yang sebiji macam ciri-ciri dekat atas. well, bukan seorang, tapi dua sebenarnya. aku SERIOUSLY takut. 


apasal pula lah ada yang sama ni. makin lama aku sedar, aku sebenarnya kekal dengan ciri-ciri tu sebab aku yakin memang tak ada orang akan ada semua ciri yang aku nak tu. but look at how it turns out. hmm... so, aku pun sukalah salah seorang daripada mereka. sebab sorang lagi tu kerek. -.-

tapi sekejap je. sekarang bila dah masuk universiti, aku dah malas nak fikir pasal ciri-ciri ni. kalau aku suka, aku sukalah. overall, tak semestinya ciri-ciri yang kita nak tu sesuai dengan kita kan. apa yang aku nak sekarang ni cuma biarlah dia tu bertanggungjawab, jaga solat and hormat keluarga aku. 

kalau solat dia jaga, insya-ALLAH dia mampu jaga semua yang lain. 


lagipun macam housemate aku cakap

"amy, nanti kau tengoklah. orang yang kau suka mesti kau tak expect langsung. mesti tak sama dengan apa yang kau harapkan selama ni."

ye lah kot, sebab diorang lebih banyak pengalaman dalam hal ni, aku pun setuju je. hahaha.


okaylah, saje mengarut di petang hari.

adios~

p/s : korang ada ke kahwin dengan ciri-ciri yang memang korang nak ke?

post signature

Share:

2 comments

  1. Saya suka sangat la kalau baca entry soal hati ni haha by the way mestila kita nakkan seseorang yg kita harapkan

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe.. tapi tu la, kalau tak dapat someone yang kita nak, jangan sampai kita benci jodoh kita pula kan. ^^

      Delete

hello dear :) x salah pun baca sambil komen kan.