Daun Kari Satukan Ummi dan Abah

5:15 p.m
apartment murni
love is in the air...

assalamualaikum and hello lads!

memandangkan aku dah terlalu kering idea nak bercerita (sedihnya hidup). aku nak bercerita tentang kisah cinta ummi and abah aku pula. nak baca, baca. tak nak baca tak apa. ini sekadar personal blog. ^^,

masa muda-muda.. hehe


mula-mula aku tak tahu sangat kisah cinta antara ummi dengan arwah abah aku. but then, one day aku tergerak hati nak bertanya. and ummi aku pun berceritalah. simple je. takde complicated macam kisah cinta dalam novel and drama Melayu tu. ^^,

masa tu ummi aku masih belajar lagi. so, ummi aku tak selalu ada dekat rumah. asrama kan. 


abah aku pula masa tu kerja dekat airport. abah aku duduk dekat rumah sewa. dekat sangat dengan rumah atuk aku a.k.a ayah kepada ummi aku. abah aku ni orang Kedah. aku tak tahulah semua orang Kedah ataupun family aku je. family abah aku sangat suka makan kari. 


kari ataupun dipanggil gulai. abah aku memang power masak kari ni. hehe. lagipun dekat rumah sewa tu ramai orang bujang kan. kenalah masak juga. 

bila nak masak kari, kena ada apa? daun kari kan. dekat rumah sewa memang takdelah masa nak tanam daun kari tu. at the same time, atuk aku sangat suka bercucuk tanam. so, adalah macam-macam jenis tanaman. 

so abah aku pun kalau nak masak kari je, pergilah minta daun kari dekat rumah atuk aku. tapi masa tu tak bersua muka dengan ummi aku lagi. hehe. 

and then, satu hari ummi aku yang bagi daun kari tu dekat abah aku. aku rasa masa tu memang abah aku jatuh cinta pandang pertama rasanya. tiba-tiba makin rajin pula abah aku minta daun kari. teehee. 


tapi masa tu ummi aku tak berkenan sangat dengan abah. sebab ummi aku dah minat orang lain. (crush)

nak buat macam mana, abah aku awal-awal lagi dah rapat dengan keluarga ummi aku and saudara-mara aku yang lain. kebetulan, member satu rumah sewa abah aku pun ada pak cik aku yang at the end berkahwin dengan sepupu ummi aku. dekat rupanya jodoh.

bila dengan keluarga dah memang rapat, senanglah nak masuk line. lepastu aku tak berapa tahu sangat. yang aku tahu, bila abah aku bercerita dekat mak tuk aku, mak tuk aku suruh cepat-cepat masuk meminang. nanti karang terlambat, susah. 

so, ummi and abah aku pun bertunang. aku tanya ummi aku, bila masa ummi aku jatuh cinta dengan abah. ummi kata masa tengah bertunang tu lah. ummi nampak keikhlasan abah aku. abah memang baik. peramah dengan semua orang. sebab tu ALLAH ambil abah cepat-cepat agaknya. tak nak diselubungi dengan dosa yang boleh mencemar. hmm..

ummi aku sambung diploma dekat UiTM dungun. sangat jauh dengan rumah atuk aku masa tu. tapi rajin juga abah aku bawa family atuk aku ke sana melawat ummi aku. ye lah, tunang dah lah jauh di mata. 

tanggal 30 Disember 1990, abah and ummi aku berkahwin. tapi since ummi tak grad lagi, so terpaksa berjauhan lagi. sedih, sedih tapi nak buat macam mana. pelajaran kena diutamakan juga. 

then, lahirlah kitorang. muahahaha. the end. simple je kan.  

  

 

semuanya 5 orang.

okay, adios. nak pergi jogging.





post signature

Share:

4 comments

  1. Oo sebegitu the story of daun kari, singgah sini ade jugak cerita cinta daun kari abah n ummi kak amy hmm serupa cerpen haha XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe.. simple je kan. akak pun x tanya banyak mana pasal daun kari tu. >.<

      tapi tengoklah, even benda kecil macam tu pun boleh menghubungkan dua hati. ^^,

      Delete
  2. Cinta daun kari... Haha soo sweet

    ReplyDelete

hello dear :) x salah pun baca sambil komen kan.