Dinner di Volcano Shabu-Shabu, Cyberjaya

5:12 p.m
apartment murni
excited beli kek birthday dekat kawan

assalamualaikum and hello lads!

apa khabar semua? jarang aku bertanya khabar. tapi kalau mampu baca cerita aku ni, aku harap korang semua sihat je selalu. takpe, kalau sakit maknanya ALLAH nampak kita kan. kita diuji dengan cara macam tu. so, jangan merungut okay. bersyukur. ALLAH nak tolong kita hapuskan dosa-dosa kecil tanpa kita sedar kita dah buat.

gambar bukan hakmilik

okay, back to the story, masa aku minggu terakhir dekat GSSB Cyberjaya, boss aku bawalah aku pergi makan-makan dekat satu tempat ni. alhamdulillah, rezeki. bukan senang nak dapat makan besar macam ni kan. tapi dia bukan bawa aku sorang je. 

adalah Encik Salman, Abang Zul, Abang Pejo and Rudi. yang lain tak dapat datang, sebab masalah transport and masalah keluarga.

Volcano Shabu-Shabu. nama bukan main gah kan. hehe. tapi bagi aku tempat dia memang lawa. sangat cozy. sangat ekslusif. aku tak ingat restoran ni duduk dekat tingkat berapa. tapi yang pasti dia terletak di Shaftbury Camerata Cyberjaya. Dekat sangat dengan bangunan yang bernama T.... tu. aku bukan saja tak bagi mana company. nama dia memang T.... 

harga makanan boleh tahanlah. lagipun steamboat, mana ada orang makan sorang-sorang. mesti makan ramai-ramai kan. tapi aku ada selitkan sikit menu dia. nanti korang cuba cek kot-kot lah mahal ke murah ke affordable ke. 

pelayan dia okay. tak bongkak. melayan karenah yang macam-macam ni. tapi ada sorang tu cakap Kedah. kesian boss aku tak faham apa yang dia cakap. hehe. 
















post signature

Share:

2 comments

  1. Baru kejap td pergi kedai Stationary dekat Shafbury terlalu pulak depan kedai nie.. Balik office terus google hahaha. nak berbuka dekat sini la sekali.. =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha apa lagi. try la pergi sana. not bad lah rasa dia. hehehe. kalau makan dengan member2 syok la..

      Delete

hello dear :) x salah pun baca sambil komen kan.