Ha, Kan Dah Kena Tegur dengan Ummi

10:36 p.m
rumah. teehee.
lembapnya creative cloud ni.

assalamualaikum and hello lads!

alhamdulillah, selamat sampai di rumah. and tadi pun (1 jam lepas) aku baru tolong ummi masak untuk makan malam. masya-ALLAH, panas sungguh dunia sekarang ni.



but that's not the point. masa tengah sibuk masak Ayam Masak Padang, aku berceritalah dekat ummi yang member aku Atul mengamalkan gaya hidup yang sihat. Atul dah start makan makanan yang berkhasiat je. lepas tu ada buat smoothie lagi.

sebelum aku balik rumah, aku ada online kejap. aku ushar smoothie apa yang sedap untuk diminum. adalah aku jumpa benda yang menarik. tapi bahan dia aku tak berapa kenal sangat. and baru first time dengar. sedih. sobs~

then, aku cakap dekat ummi apa Kale tu? ummi aku cakaplah and masa tu ummi aku tanya. 

kenapa susah payah sangat nak cari Kale tu? makan ikut sunnah kan lagi bagus. yang pergi ikut style mat saleh tu nak buat apa.




dush! terkena sebiji dekat den. muahaha.

lepas tu ummi tambah lagi :

daripada duduk buat smoothie tu, apa kata

  • rendam 21 biji kismis dalam air masak, lepas tu bangun tidur keesokannya terus minum air kismis tadi. and kismis tu kita makan.
  • bila keluar makan je, cuba minta air barli. 
  • madu pun bagus juga. minum sekali dengan air masak. 
  • jus kurma pun sama banyak kebaikan dia
  • daripada makan buah yang mahal, cuba makan buah zaitun ke buah kurma ke.

ha, terkena lagi. okay ummi, akan kuamalkan apa yang ummi cakap tu. hehe. betul juga ummi cakap, daripada aku membazir duit beli yang mahal, apa yang ummi aku sarankan ni lagi bagus kan. ^^,

madu asli susah nak cari, aku rasa kat Cameron Highlands berlambak lah. ummi kata cubalah cari dekat farmasi. aku cakaplah mahal. ummi kata, mahal pun bukan makan sekali teguk terus habis. kita makan sikit-sikit je pun. satu sudu sehari.


okay, betul juga ummi cakap. apa salahnya. biarlah mahal sikit, sekurang-kurangnya benda tu bawa kebaikan untuk kesihatan kita. bukan tubuh badan je, otak pun sihat. kita jadi cergas and bersemangat untuk menjalani hari kita yang seterusnya. ceh.

okay tu je.

adios~


post signature

Share:

6 comments

  1. hehe mesti sentapp kak Amy kan ^^ Betol tu, better ikut sunnah nabi.. kesihatan terjaga, dan paling penting dapat pahala ,kan ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha. tahu takpe. yep, pahala tu yang penting sekali. ^^

      Delete
  2. ikut sunnah nabi, badan sihat pahala pun dapat. saya suka minum barli. sodaappp ~~ :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya tak pernah lagi try minum air barli. adik kata sedap. tapi nampaknya memang kena try minum barli lah lepas ni ^^

      Delete

hello dear :) x salah pun baca sambil komen kan.