Iklan Dove Buat Aku Menangis

6:32 p.m
apartment murni
layan Hindi + siapkan CM

assalamualaikum and hello lads!

ala, siapalah yang tak pernah dengar pasal Dove kan? Dove tu yang buat syampu dengan sabun mandi bagai tu. tak tahu juga? -.- 

half of us mesti ada yang sangat suka pakai Dove ni. aku pun tak terkecuali. (eh, dah macam promote pula). tapi bukan tu ceritanya. masa aku duduk scrolling dashboard dekat Tumblr, aku terjumpa satu iklan yang orang share. 

diorang cakap diorang menangis bila tengok iklan tu. and diorang sangat kagum dengan Dove. kenapa diorang kagum sangat? apa yang menyebabkan sampai semua manusia mengalirkan air mata ni? so, aku decide untuk tengok sekali.




yes, SERIOUS. iklan ni buat aku menangis. sobs~ 

menurut mereka, hanya segelintir je yang rasa diorang cantik. majoriti antara kita ada masalah dari segi self-esteem. apa yang kita pandang diri kita sangat berbeza dengan orang lain. kadang-kadang kita terlalu taksub dengan flaws kita sampai buat kita jadi rendah diri.


yes, aku pernah rasa macam tu. so, aku pun try buat dekat kawan aku. dia kata ni soalan trap ke apa ni?

aku cuma nak tengok apa yang dia nampak dekat aku. and dia cakaplah. bla bla bla...

satu benda yang aku nampak, dia tak perasan langsung segala kelemahan yang aku asyik tatap dekat cermin selama ni. hmm... kita manusia ni, disebabkan low self-esteem lah, kita jadi tak yakin dengan kita sendiri kan. 

korang kena ingat juga, bukan perempuan je yang ada masalah ni. LELAKI PUN SAMA. kalau tak, takkanlah boleh muncul pencuci muka lelaki bagai kan. kita rasa macam diorang cool je, tak ada masalah. no, we are wrong. 

and oh, sebanyak-banyak jenama yang aku pernah dengar, setakat ni Dove sahaja yang mengagungkan semua manusia dari pelbagai jenis saiz. tengoklah model yang diorang cari. ada yang gemuk, kurus, tinggi, pendek, hitam, putih, cacat pun ada.

aku kagum, aku kagum.

see... maybe tak semua orang jahat. yang jahat tu pun sebab ada yang pernah aniaya dia. contohnya macam Regina and Maleficent. tiba-tiba. nampak karut tapi itu kenyataan. kalau kita asyik ikut sangat kata-kata hinaan manusia, sampai bila kita tak boleh move on.

and satu lagi, satu benda yang memang sangat obvious. 

I do not trust people who don’t love themselves and yet tell me, ‘I love you.’ There is an African saying which is: Be careful when a naked person offers you a shirt.


aku tak percaya mula-mula, tapi sekarang aku pegang dengan janji tu.

post signature

Share:

13 comments

  1. "satu benda yang aku nampak, dia tak perasan langsung segala kelemahan yang aku asyik tatap dekat cermin selama ni."
    Tau tak nape saya quote ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saye pernah bace 1 buku yang ada relation dengan self-esteem jugak. The book said (ayat lebih kurang)..imagine kalau kita ambil gambar ramai-ramai, bile kite dapat gambar tu..sape yang kita tengok dulu?

      Delete
    2. Heheh..cuba jawab dulu..taknak bagi jawapan dulu takmo bias..

      Delete
    3. Okey..
      Kite tengok diri kita dulu kan? Kita semua akan pentingkan appearance kita. Kita x pedulikan appearance orang lain pun.

      Delete
    4. So, in conclusion.. Kite x perlu risau ape orang pikir tentang kite..sebab..sebenarnye org x peduli pun. Sekarang macamane? More confident kan?

      Delete
    5. hmmm... betul juga kan. kita terlalu sibuk sangat cari kelemahan kita sendiri and sebab kita dah tetapkan dalam fikiran yang semua orang perfect. tak perlu nak tengok-tengok dah. hakikatnya....

      thanks a lot for the great advice. i'll bear that in mind. :)

      Delete
  2. Nice entry. Setuju sgt dengan entry ni. sy selalu ja ada masalah low self-esteem ni dan selalu je fikir negatif pasal diri sendiri. Lepas ni kena be positive lah. Alwayss~~ Hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. thank you. :) biasalah kan. saya pun selalu sangat.

      tapi betul. saya pernah buat sekali and berulang kali sekarang. saya cakap depan cermin.

      "Yes, I'm beautiful. biar orang nak kata apa pun, I know who I am."

      and kata-kata 'azimat' tu lah yang membuatkan saya rasa yakin dengan diri sendiri. cuba lah try. ^^. bila kita rasa kita tak cantik, serta-merta orang akan nampak macam tu juga.

      Delete
    2. http://drshikinzainal.blogspot.com/2014/05/tips-to-build-confidence.html

      Delete
  3. Btl tu rmau antara kita ni suke sgt xyakin diri anggap diri sndiri xcntik, buruk..nk kulit putih aje, pdhal kulit hitam pun cntik je:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yep, indeed. :)

      kawan saya ni sangat suka lelaki berkulit gelap. dia kata nampak comel sangat. ada pula yang suka lelaki Melayu mata sepet. ada yang suka freckles.

      diorang rasa benda tu teruk, tapi sebenarnya ada yang suka dengan dia just the way they are. ^^

      Delete
  4. Yes, everyone..please realize that u r more beautiful than u think.

    ReplyDelete

hello dear :) x salah pun baca sambil komen kan.