Kita Tak Sedar Kita pun Sama

7:44 p.m
apartment murni
bersiap untuk ke kuliah

assalamualaikum and hello lads!


biasalah kita, bila time berkenalan dengan kawan-kawan baru, ada je benda yang kita nak tanya kan.

"awak duduk mana?"
"dulu sekolah dekat mana?"
"sekarang ni ambil kos apa?"

and so on. aku pun sama je. aku lagi banyak bertanya. ada pernah aku tanya kawan aku, menyampah ke bila aku tanya banyak-banyak? dia cakap, mula-mula dia tak selesa, sebab aku macam nak interrogate dia. hahaha. tapi lama-lama dia kata rasa selesa. seronok.


ye lah, siapa tak seronok kita rasa syok nak dengar cerita pasal dia. kita bukannya syok sendiri je cerita pasal diri sendiri. tapi kadang-kadang aku macam tak sedar diri juga bila bertanya. macam ada satu kawan aku ni, dia kata adik beradik dia 7 orang.

aku punyalah terkejut beruk. weh, ramainya adik beradik kau. mesti happening gila!

tapi tanpa aku sedar, aku pun adik beradik 7 orang. -.- nampak tak kat situ? aku tak sure lah ni aku je or ada orang lain pun experience sama dengan aku. kita nampak kisah orang tu macam kesian, hebat or whatnot. tapi sebenarnya kita punya kisah sama macam dia.

okaylah, aku bagi satu contoh lagi. ada member aku, ayah dia meninggal disebabkan kemalangan. aku dengar kesiannya, dia dah tak ada ayah. and tanpa aku sedar masa tu, aku pun sama juga. tak ada ayah. (sekarang dah ada, alhamdulillah). and arwah abah aku pun meninggal kemalangan jalan raya. 

apa yang menyebabkan kita jadi macam tu ye? aku pun masih tertanya-tanya sampai sekarang. 


kiranya sama jugalah dengan kutuk orang ni. kita sibuk cakap dia tu pengotor lah. dia tu panas baran lah. dia tu pelik sangat sampai tak ada orang nak kawan dengan dia. lepas tu duk canang-canang dekat orang lain.

tapi tak sedar, sendiri pun pengotor, sendiri pun panas baran, sendiri lagilah pelik tahap gaban. 

kalau ada yang berani, mesti ada yang terkena, "kau cakap dengan cermin ke sebenarnya?" in other words, duh, kau pun sama je. kenapa sibuk nak kutuk orang lain ni. 


sebab tu lah kita jangan sibuk cari kesalahan or kelemahan orang lain. even kita tak ada kelemahan tu, kita ada kelemahan sendiri. maybe kelemahan tu lagi buat orang menyampah dengan kita compare tu orang yang kita kutuk tu. 

kiranya dia cakap kita ni lambat siap. kalau siap berjam lamanya. siapa yang suka, aku pun tak suka menunggu orang ni.

tapi dia punya perangai pula, berlagak macam dia kenal semua orang. lepas tu bossy. ha, fikirlah. mana satu korang lagi tak suka. 

okay tu je, adios~
post signature

Share:

8 comments

  1. saya suka sangat tengok blog ni. Kemas dan menarik.
    Kita tak mampu halang orang untuk bercakap yang negatif pasal kita kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih :)

      yep, manusia memang macam tu lah sikapnya. kita buat apa-apa, memang ada je yang tak kena.

      Delete
  2. setuju.. kita selalu cakap macam tue, macam nie dekat orang, hakikatnya kita sama je macam dia ..

    part paling lawak : weh ramainya adik beradik ko, mesti happening giler .. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hmm.. betul. manusia kan. kita pun tak boleh nak buat apa.

      ^^,

      Delete
  3. Mula2 baca tu rasa cam sama la.. tapi Nurul adik beradik 8 orang, ayah pun dah meninggal.. cume bezanya, Nurul tak pengotor.. tak panas baran.. ! (Amboi Nurullll... hahaha)
    *Masuk blog ni kannn.. rasa cam nak main game jeee.. cute :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. oooo... lebih kurang sama la ni. tapi saya panas baran sikit orangnya. hehehe..

      ye ke? haha. i take that as a compliment. thanks :)

      Delete
  4. Ermmm...
    Camne nak jawab ea..
    Saye ikut orang..ikut tempat..ikut mood.
    Kalau orang yang nampak sombong saya slalunya takkan terus tegur tapi saya observe dulu. Lps observation, kalau die jenis 'masuk'.. Baru saya tegur..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la. kadang-kadang orang tu muka dia memang semualajadi tak reti senyum. tapi bila dah kenal, rupa-rupanya dia baik sangat.

      ada certain orng pula peramah, tapi bila dah kenal, dia suka tikam dari belakang. wajah tak menggambarkan personaliti

      Delete

hello dear :) x salah pun baca sambil komen kan.