Mak Tok Dah Bagi Green Light .:Alhamdulillah:.

8:28 p.m
apartment
laparnyaaaa...

assalamualaikum and hello lads!
dapat juga update blog harini. maklumlah, duduk dekat rumah Jumaat, Sabtu and Ahad. nak buat apa mengadap laptop hari-hari. family yang kita kena pentingkan dulu kan.


masa hari Sabtu tu, aku tengah sibuk masak dengan ummi. selalunya time masak ni je dapat dengar isi hati ummi aku. hehehe. sebab ayah ada dekat atas, aku tanyalah satu soalan cepumas dekat ummi.

aku tanya

ummi, haritu mak tok datang, macam mana?

kalau korang nak tahu, mak tok adalah nenek aku merangkap emak kepada arwah abah aku. kalau nenek aku panggil mak tok. atuk aku panggil tok wan. and kebetulan haritu ada kenduri saudara dekat Pahang. pakcik aku tak bagi mak tok and tok wan aku pergi berdua je naik bas. bahaya.

lagipun tok wan aku dah tak berapa kuat ingatan dia. so, mak tok and tok wan pun naik bas ke Shah Alam dulu since semua anaknya ramai dekat Selangor ni. alang-alang dah menjenguk semua anak, mak tok aku sangat rajin nak tengok cucu-cucu dia ni. (kitorang ler).

masa ummi nak kahwin dengan ayah, mak tok tak berkenan sangat. emak kan. so, tu yang aku tanya.

ummi jawab.

alhamdulillah. okay sangat. (umi tergelak kecil). masa mula-mula tu awkward lah juga. ummi pun risau. mak tok asyik bersembang dengan ayah je. baru nak kenal, ayah panggillah mak tok, mak cik. lepas tu mak tok kata panggil mak long. lama-lama mak tok cakap susah sangat, panggil mak je lah.

sampai sudah melekat ayah aku panggil mak. masa bersembang and dinner tu, semuanya okay je. mak tok ada bersembang dengan nek su, mak tok kata ayah perangai sama macam arwah abah. sebab tu agaknya mak tok boleh terima.

panjang lagi perbualan. tapi yang paling pentingnya bila mak tok suruh rajin-rajinkan datang kampung. ha, itu yang paling syok nak dengar. masa aku duduk MRSM, dapat juga jumpa saudara mara dekat Kedah. lepas tu jarang sangat dah.


alhamdulillah. semua berjalan lancar. ALLAH memudahkan urusan. aku nak cerita lebih pun takut menangis sorang-sorang pula. hmmm.. 

minta maaflah, saja nak meluahkan perasaan dekat sini. keluarga sangat penting bagi aku. aku terkejut bila ada member yang tak kisah sangat pun pasal family dia. sampai malas nak balik rumah. kalau tak ada duit, tak ada transport takpelah. ini.....

family, itu je yang kita ada. kalau diorang tak ada, entah macam manalah kita dekat dunia ni. 

satu beza kawan dengan family.

family kutuk depan-depan, tapi puji kita dekat belakang.
kawan puji depan-depan, belakang kita ditikamnya sepuas hati.

okay tu je.

adios~


post signature

Share:

4 comments

  1. Ya,i agree kak amy! that's right the family should come first, then etc.

    ReplyDelete
  2. Ada juga kawan yang sangat baik..tapi, susah kott nak cari..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yep, memang ada. bila dah dapat tu, janganlah pergi buang dia macam tu kan. sebab kita takkan dapat dah kawan sebaik macam tu lepas ni.

      Delete

hello dear :) x salah pun baca sambil komen kan.