Nak Cakap English Tapi....

8:57 p.m
apartment murni
harini balik rumah, yeah. harini balik rumah, yeah.

assalamualaikum and hello lads! salam Jumaat semua :) 

sebenarnya topik yang aku nak cerita ni tak adalah hangat mana. tapi aku sangat confident semua orang ada masalah ni kan. kecuali yang memang dah power cakap English or yang berlagak macam dia dah cukup power sampai cakap Melayu pun dia tak nak..


so, biar aku ceritakan pengalaman aku dulu. 

aku memang tak reti cakap English. kalau bab writing, itu aku pandai. sebab masa tu boleh aku edit apa yang patut. 

everybody love me. wait, macam salah je. everybody loves me. ha, baru sedap sikit bunyinya. 

see, aku boleh ubah sebab aku sedang menulis sekarang. tapi kalau bab bercakap, aku lemah sikit. lagi-lagi kalau kena sepenuhnya ber-speaking. kalau ada orang suruh aku full cakap English, sampai sudah korang takkan dengar aku cakap English. believe me.

tapi dari segi writing tu, macam mana aku boleh pandai sikit. lol. masa aku dekat MRSM dulu, aku sangat suka baca buku Chicken Soup tu. tak kisahlah cerita apa pun. tapi baca bukan sebarang baca, mana ayat yang sedang untuk dibuat dalam essay nanti, aku salin and aku ingat. 


yes, itu selama ni kerja yang aku buat. sebab essay English boleh buat cerita. so aku pun seronoklah bercerita. muahahaha. 

ada sampai dua orang pelatih dari oversea datang mengajar kitorang English. aku nak sangat bersembang dengan diorang tapi tu lah, aku segan. aku takut tersalah cakap.

takut salah cakap tu lah yang membuatkan kita yang bernama manusia ni terus tak nak bersuara. 

so, macam mana aku latih diri aku? aku tak sure lah berkesan untuk orang lain ke tak.



1. MOVIES and TV SHOW

- aku sangat banyak layan movie and tv show English. tapi layan bukan sebarang layan. masa tu juga kita belajar cakap. ala-ala miming lah kiranya. mula perlahan-lahan. lama-lama aku perhatikan dia punya grammar bagai tu pula. 


apa yang bagusnya bila aku try bercakap juga? sebab masa aku cuba bercakap, automatically ayat tu akan keluar dengan sebegitu sahaja. sebab kita dah pernah dengar kan. so, kita confident sikit nak bercakap. 

yes, itu sangat berkesan untuk aku. orang lain, aku tak sure.

2. BUKU


buku lagi banyak membantu. rumah aku sangat banyak English novel milik ummi aku. seriously banyak. boleh dibuat mini library. tapi masa tu aku tak ambil kisah sangat. sebab aku tahu diorang punya English lagi up sikit dari kita.

tapi nak tak nak, belajar lah. baca sikit-sikit, kalau ada ayat yang tak faham, dictionary kan ada. highlight ayat yang tak faham, then ulang balik baca ayat tu. 

lama-lama sekarang aku melekat dengan novel Inggeris pula. tapi cerita Lisa Kleypas je aku baca. sebab ayat English dia aku boleh faham. 





3. DISCOVERY KIDS - for children

- ha, yang ni aku nak bagi khas untuk budak-budak. minat tu kena kena dipupuk dalam diri anak-anak/adik-adik masa diorang kecil lagi. bagus juga bila dah ada Unifi, adik aku tu asyik menghadap DK je. -.-

mula-mula sakit hati juga sebab pagi petang siang malam dia duduk ulang cerita yang sama. (literally). satu hari kami dikejutkan dengan dia yang sangat smooth bila speaking dengan kitorang. yes, grammar dia sangat bagus. 

aku salute dengan DK. dia berjaya membuatkan adik aku tak malu bila nak bercakap English without any mistakes at all. and bila dia tak faham perkataan tu, he will ask. 

DK tak ajar cakap English je. dia ajar adik aku jadi orang yang kreatif. macam-macamlah dia buat. melukis (family aku memang ada bakat seni tapi aku je tak ada. sobs). buat something new out of something old. contohnya kotak tisu dijadikan laptop. muahahaha..



4. TUMBLR 

- apa yang bestnya dengan Tumblr ni? sebab aku berjumpa dengan kawan-kawan maya yang unbelievably sama fikiran dengan aku. sama masalah dengan aku. and since aku tak pernah berjumpa dengan diorang, so aku tegur.

masa tegur tu of course lah cakap English. ha, kat situ pun aku didik diri untuk speaking secara betul. sebab kalau tunggang terbalik, sungguh diorang baca pun tak berapa faham or tak faham langsung.


sebenarnya keinginan tu kena ada. kalau sampai sudah takut, sampai sudah kita tak ke mana. kita rasa macam benda ni tak berguna, tapi tengoklah masa interview and masa internship nanti and lagi-lagi masa kerja. 

kalau kerja dekat tempat Melayu je semua lainlah, kalau bekerja dekat tempat yang ramai gila mat saleh, macam mana? senyap je 24 jam. mahu kena pecat nanti sebab tak bergaul dengan orang. (kakak member aku kena)

okay, tu je. 


adios~  


post signature

Share:

6 comments

  1. Akak ponn ad problem yg sama cam ni, bila nk speaking aje ayat tak mau keluar tapi bila menulis insyAllah, boleh...
    Bila ada some of few member yang discuss something full speak in english, akak senyum aje...bukan tak faham tapi terkedu, "aku nak cakap tapi ayat tak datang-datang..hihi..." :) kena banyak berlatih lagi-tgk movie inggeris-bc novel inggeris-

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe. tak pe kak. biar kan manglish daripada tak bercakap langsung. kalau orang pertikaikan kenapa nak buat manglish ni. kita lawan balik.

      kita cakap dekat dia, manglish lagi bagus untuk didik kita bercakap dalam dua bahasa daripada kita tak bercakap langsung. kat situlah sebenarnya kita nak build our confidence kan.

      lepas ni akak kena try ye. ^^, chaiyok!.

      Delete
  2. Yeah :D Kita pun ada masalah juga. Tapi cara saya tengok movie, discovery yang khas untuk budak-budak -.- , buku. Saya faham orang cakap, tapi tak tahu nak balas macam mana. Sebab bila balas balik, orang tercenggang sebab tak faham xD *faint*

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha. xpe. saya pun layan Discovery juga. kalau tak, macam mana boleh tahu adik belajar dari situ kan. hahaha.

      orang tak faham, kita boleh explain balik. sekurang-kurangnya kita dah cukup yakin untuk bercakap English dengan orang. :) baguslah tu kiranya. hehe.

      Delete
  3. Pemikiran orang kita... cakap dikata belagak tapi seriously latih tu menjadikan kita lebih yakin. Speaking should'nt be any problem if you get used to it... but yours my weirdo, good! No wonder... reading is the answer.. ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul. lagi satu, kita manusia ni, bila orang dah sibuk mengata, janganlah putus asa pula. kalau benda tu bawa kebaikan, teruskan je. nanti kalau kita ikut sangat apa orang cakap, sampai bila kita tak ke mana.

      thank you. yes, reading is one of the answers that really really helps me a lot.

      Delete

hello dear :) x salah pun baca sambil komen kan.