Seronok Baca Kisah Cinta Manusia

9:48 p.m
apartment murni
mengushar tempat menarik di Sabah

assalamualaikum and hello lads!

salam Jumaat sekalian. para lelaki, jangan lupa tunaikan solat Jumaat nanti ya. 

okay, since kitorang (housemate) ada bercadang nak bercuti ke Sabah sem bila pun aku tak tahu, so aku pun pakatlah mengushar tempat-tempat menarik untuk dilawati dekat sana. 


masa tengah sibuk mengushar, of course lah homestay yang paling penting kita tengok selalunya kan. cantik ke tak tempatnya. ada banyak tak kemudahan dekat situ. bla bla bla... tapi sebenarnya, at the same time, aku cari blog orang yang bercerita pasal tempat yang ada dekat Sabah.

contohnya macam homestay. kita sibuk tengok homestay tu, tapi bila cek blog orang, ada lagi homestay yang harganya berpatutan. lepas tu lagi dekat dengan kawasan shopping ke. lol~ and then, orang tu cerita lagi tempat macam ni jangan pergilah sebab banyak samseng. contoh. 

see... pengalaman orang tu ada pentingnya sebenarnya. entah-entah nanti kita pun terkena benda yang sama, sekurang-kurangnya kita boleh elak kan. bayangkan kalau tak ada orang cerita yang tempat tu berhantu, sekali dengan semua orang yang pergi situ pun kena kacau. -.-

itu sebabnya aku sangat suka baca kisah pasal pengalaman orang lain. ada certain people yang tak suka bila kisah tu tak melibatkan langsung dia. dia lupa, maybe pengalaman orang lain tu akan berguna untuk dia satu hari nanti.

contohnya macam kisah kena ragut. kalau tak ada orang bercerita dia kena ragut and then apa yang dia buat untuk selamatkan diri. kita semua memang pandai, tapi kalau dah panik, kita memang tak tahu langsung nak buat apa. kadang-kadang masa tu lah teringat apa yang kita dengar or baca. ha, masa tu juga kita boleh apply. 



ataupun of course kisah cinta. ini lagi favourite aku. teehee.. i admit, i'm not one of those people yang terlalu banyak kisah cinta dia. tapi kenapa aku suka sangat baca? sebab sangat-sangat berguna untuk aku bagi nasihat dekat kawan-kawan aku yang ada pengalaman yang sama macam orang lain tu.

yes, orang rasa macam sia-sia. tapi nampaknya kawan-kawan aku rasa nasihat aku sangat berguna. lol~ novel cinta pun banyak bagi manfaat dekat aku. lagipun, aku ada dengar, orang yang tak pernah bercinta lah, orang yang paling bagus dalam  bagi nasihat pasal relationship. 

maybe dia dah selalu sangat tengok orang di sekeliling dia. kalau orang yang tengah sibuk bercinta tu, dia nak pandang orang lain buat apa kan. dia pandang boyfriend dia 24 jam lah. kalau ada masalah, lagilah tak pandang sesiapa. asyik fikir pasal dia je.

tapi kena ingat, pengalaman kita lagi ada kebaikannya. sebab macam orang cakap, pengalaman mematangkan fikiran kita. kalau certain pengalaman tu tak boleh buat kita berubah ke arah yang lebih baik, aku tak tahulah nak cakap macam mana.


contohnya, aku seorang kakak sulung. tapi perangai aku dulu macam gangster. ceh. selalu kacau adik-adik. selalu buat diorang menangis. kadang-kadang tak menjaga hati ummi dengan abah. tapi lepas abah meninggal dunia je, automatically aku berubah. aku tak jadi macam tu dah. 

mungkin ALLAH nak suruh aku berubah dengan cara macam tu. sedangkan nak cakap sikit dengan ummi pun, kena fikir dulu. ayat tu boleh buat ummi terasa hati ke. boleh buat ummi marah ke. percakapan, perlakuan kena sentiasa fikir pros and cons dia. 

so, kalau korang rasa pengalaman korang tu boleh bagi benefit dekat orang lain, kongsilah bersama. tak ada salahnya kan. kadang-kadang orang lain pun boleh tersenyum, tergelak bila baca cerita kita. there, see that. korang tak semena-mena dah buat orang happy. ^^,


okay tu je, adios~




post signature

Share:

0 comments

hello dear :) x salah pun baca sambil komen kan.