Seronok Tengok Orang Tua Berjogging


8:00 p.m
apartment murni
lapar...

assalamualaikum and hello lads!

apa khabar semua? moga baik-baik je ye. ^^, kalau korang nak tahu, aku sangat suka berjogging. well, itupun kalau ada teman sekali. kalau jogging sorang-sorang tak seronok juga.


so, kebiasaannya, aku dengan member aku Atul, memang kalau ada kesempatan masa je, kitorang akan berjogging dekat tasik Uniten tu. tapi bukannya hari-hari. kalau kelas habis awal, kitorang habiskan masa dengan bersenam dekat situ. kalau kelas pack, memang tak lah.

tapi dalam banyak-banyak orang yang berjogging dekat mana-mana tempat yang aku pergi, aku sangat seronok tengok orang tua yang berjogging. yang sebaya atuk kita pula tu. bila tengok diorang, rasa malu pula.

mana taknya, mostly diorang yang memenuhi kawasan jogging macam ni. mana orang muda kita? tak ada masa langsung ke sampai tak sempat nak bersenam. maybe lah busy sangat. tapi jangan sampai dah tua, dah sakit, baru menyesal sebab tak bersenam.



sedangkan orang tua pun boleh ambil masa walau sekejap untuk beriadah, apalah salahnya kita pun buat juga benda yang sama. ada masa tu, ajak sekali satu family. bersenam keliling kawasan perumahan atau kawasan kampung pun jadilah kan.

aku pernah buat list tempat jogging. in case korang orang Putrajaya or Bangi, bolehlah pergi tempat-tempat macam ni. aku dengan Atul memang rajin meng explore tempat yang best. hehe. sambil lari, sambil cuci mata tengok keindahan alam. lagi-lagi waktu pagi....

ini linknya >>> Tempat Jogging Best (Putrajaya+Bangi)

p/s : kalau dah malas sangat, bersenam sambil online pun boleh. teehee.. 



post signature

Share:

2 comments

  1. Saya dah tengok pic
    TAMAN SAUJANA HIJAU, PRESINT 11 & KELAB TASIK PUTRAJAYA, PRESINT 8..
    Thanx for d great info..
    Tak pernah sampai sane lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama-sama..

      nanti pergilah. memang best. nak berkelah pun boleh. ^^,

      Delete

hello dear :) x salah pun baca sambil komen kan.