Aku Gagal, Malas Dah Lah!

9:38 p.m
apartment
akhirnya, habis POM!

assalamualaikum and hello lads!

siapa kat sini yang tak pernah gagal? mesti semua pernah kan. tak gagal dalam pelajaran, gagal dalam percintaan, gagal dalam menyelesaikan masalah, gagal dalam perkahwinan, gagal dalam hidup.

tapi aku tak nak cerita yang berat-berat. aku cuma nak sentuh pasal pelajaran je. 

kalau korang nak tahu, aku masa dekat MRSM dulu, aku sentiasa cemerlang. dapat dekan setiap sem. tak pernah miss. and finally, dapat jadi pelajar terbaik SPM 2009. alhamdulillah.

tapi masuk je universiti, semua dah berubah. hatta satu sem pun aku tak pernah dapat dekan. 

kenapa?

aku nak tahu apa rasanya bila ada dekat bawah ni. risiko gila kan? 

memang sangat berisiko tinggi. tapi aku tak adalah jatuh menjunam. sekarang ni masih lagi bergelar pelajar tajaan JPA. syukur.

pernah satu sem, aku gagal dua subjek. teruk sangat. sedih aku jadinya. nasib baik ada member sama. aku dah risau, apalah perasaan ummi kalau tahu result aku macam ni. sangat berbeza dengan dekat MRSM dulu.
 
 

tapi gagal tu buat aku jatuh tak nak bangun ke? TAK. kita gagal tak semestinya kita terus gagal.

aku dengan member sama-sama belajar balik. aku belajar dengan lecturer lain pula. hari-hari aku fahamkan apa yang aku dah belajar. bila ada assignment, cuba buat sendiri. tak nak copy paste je tak habis-habis.

and this is the final result.
 
 

see..kita boleh ubah apa yang kita tak mampu buat dulu tu. 

apa yang aku nak cakap cuma.

1. bila dah ada peluang kali kedua, jangan take for granted. USAHA kena ada. 

2. bila dah duduk dekat bawah ni, kita nampak dari semua sudut. 

semua sudut? maksudnya.

maksud aku. orang yang berjaya bukan main, asyik 4 flat je tak semuanya dapat kerja terus. memang betul orang kata,

apa yang kita dapat ni cuma nasib je.

lagi satu. orang 4 flat ni tak semuanya berkebolehan. diorang hanya pandai dekat atas kertas je. just dapat degree. tapi SKILLS ZERO. korang nak tahu samada korang ada skills ke tak, cubalah jadi budak intern dulu.

kalau korang boleh buat apa yang orang kerja buat, memang korang ada skills. tapi kalau takat tahu teori, kirim salam je lah.

member kepada member aku. dia memang pandai dalam pelajaran. bab mengambil hati lecturer, dialah nombor satu. dia juga MPP. 

tapi bila datang je masalah, dia menghilang. bila budak-budak dalam kesusahan, dia tiba-tiba tak wujud. 

ini ke budak pandai yang semua syarikat nakkan sangat tu?

cuba tengok inventor yang dah berjaya sekarang. diorang dulu gagal juga dalam study. sampai ada yang kena buang sekolah lagi. sekarang dialah CEO, member yang berjaya tu pekerja bawahan dia.

kenapa boleh jadi macam tu? 
 

1. sebab dia tentukan matlamat hidup dia sendiri
2. sebab dia ada faith dengan diri dia sendiri.

ala, aku mana sama dengan diorang. diorang memang power.

lecturer aku cakap. tak ada orang yang dilahirkan terus jadi leader. kita semua dididik untuk jadi seorang leader. 

sebab tu wujud kem kepimpinan bagai tu. kalau tak, dia tak buatlah. SO KALAU DIORANG BOLEH, KORANG PUN BOLEH! MALAYSIA BOLEH!! tiba-tiba..


p/s : apa aku merepek malam-malam ni -.-

post signature

Share:

16 comments

  1. Sy pun prnh gagal dkt matrik dulu, tp tu lah pmberi smngt untuk brjaya. hihi, alhamdulillah skrg tak lg mcm dulu :))

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah. baguslah kalau macam tu. kegagalan buat kita lebih bersemangat untuk naik ke atas.

      Delete
  2. Alhamdulillah Amy bangkit dari kegagalan. Jalan masih jauh lagi. Keep on going.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah. terima kasih sis ^^,

      Delete
  3. yup! straight A kid not leading them to be a millionaire

    ReplyDelete
  4. akak dulu pun pernah gagal... tp dapat belajar dari kesilapan... akak tak suka teori... tp akak suka praktikal... ada praktikal sebab dapat kerja...

    ReplyDelete
    Replies
    1. orang yang gagal akan terasa nikmatnya bila dah berjaya nanti. sebab dia dah pernah belajar dari kesilapan lalu.

      betul. kemahiran yang orang nak tengok. dari kemahiran lah kita boleh dapat pengetahuan kan.

      Delete
  5. Betul. Akak pun pernah gagal. Nak give up tu jgn cerita lahh. Stress jugk dik. Tapi, apa yg akak dapat harini, syukur Alhamdullilah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. syukur alhamdulillah. ALLAH akan tetap bagi nikmat tak ternilai satu hari nanti, cuma DIA nak tengok macam mana kita gapai kejayaan tu. ^^,

      Delete
  6. Orang yang berjaya ialah orang yang bijak mencari peluang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul. peluang yang ada jangan disia-siakan. ^^,

      Delete
  7. Usaha tangga kejayaan..all the best Amy

    ReplyDelete
  8. semua org akan merasia kegagalan...akak pun pernah gagal dalam interbiu baru2 ni mula2 tu frust sgt pastu kena redho...maybe ada hikmah di sebaliknya

    ReplyDelete
    Replies
    1. setiap yang berlaku pasti ada hikmah :) ALLAH je tahu apa terbaik untuk kita.

      Delete

hello dear :) x salah pun baca sambil komen kan.