Aku Minat Hindustan, Tak Boleh?

2:45 p.m
apartment
sayu hati

assalamualaikum and hello lads!

ha, siapa-siapa minat Hindi dekat sini? sep (high five) sikit dengan aku!

kalau korang nak tahu, aku sejak dari 3 tahun dah minat dengan Hindustan ni. adeh. ini kenyataan. ummi aku yang cakap. kalau aku menangis je, bagi aku dengar lagu Hindustan, confirm aku terus senyap. ish, hebat penangan Hindustan ni dekat aku.

sampai ke besar aku tetap minat. tak pernah langsung minat aku ni berkurang. tengok, aku ada juga setia dengan benda lain okay. kan aku kata aku mudah bosan dengan something. tapi kalau aku dah suka, aku suka gila sampai bila-bila.

kadang-kadang aku terbayang macam manalah kalau suami aku tak suka Hindustan. waaa...sedihnya! mesti aku kena dengar senyap-senyap. dengar masa dia dah pergi kerja. T__T 

ummi aku siap cakap lagi. kalau nak tahu cerita Hindustan tu. tanya je aku. kalau ingat nama pelakon, tak ingat nama tajuk, tanya aku. ingat tajuk tak ingat nama pelakon, tanya aku. confirm aku boleh jawab. ummi aku pun pandai sarkastik tau. sobs.

tapi memang kenyataan pun. tengok ha, sampai nak buat novel pun aku kena dengar lagu Hindustan. nak ambil feel kononnya. kalau sedih ke happy ke, aku pasang lagu Hindustan untuk naikkan mood. lagu Melayu? aku tak berapa. lagu Kpop? erk..sorry. aku tak minat.

ini favorite aku buat masa sekarang. sang by Rahat Fateh Ali Khan. sedap sangat suara dia. dia selalu nyanyikan lagu mostly dalam cerita yang ada Shah Rukh Khan. Atif Aslam pun sedap suara dia. kalau perempuan, aku minat Shreya Goshal. fuuhhhh...meremang bulu roma.
 ingat yang berbadan besar ni tak boleh menyanyi ke?

habis tu, selawat, ayat-ayat al-Quran tak dengar ke? of courselah aku dengar. tapi takkan nak bercerita dekat sini pula. macam riak je. confirm aku boleh jadi bongkak kalau aku cakap pasal ni. so, better aku shut my mouth. eh, tak menaip di sini.

p/s : siapa minat Hindi dekat sini? tak ada. sobs T_T
post signature

Share:

12 comments

  1. minat la jugak.. dulu masa kecik2 suka dgr lagu hindi ni. Tp skang nak tengok cerita hindi ni mcm tak boleh dah sbb pakaian mereka tak syariah compliance hahaha... kang baru tengok, si Zulaikha cakap "mama, dia tak malukan? Pakai baju dalam je." Haaa nak jwb apa? hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha... ha, bab pemakaian tu memang saya setuju. dulu tak seksi pun. sekarang semua cerita nak jadi macam orang Barat punya. siap ada xxx scene lagi. haish.

      tapi compare to filem Melayu, daripada saya dapat dosa kutuk orang Melayu yang berkemban tu, baik saya tengok cerita Hindustan. (comparison antara Melayu dengan Hindi sahaja)

      Delete
    2. cerita melayu pun akak pilih jugak... tak semua boleh terima... huhu... tp klu adaptasi novel tu, insyaAllah layan...

      Delete
    3. hmm..betul. kita memang kena pandai pilih. lagi-lagi kalau anak pun nak tengok. sedangkan cerita kartun pun dah bahaya sekarang.hmm..

      Delete
  2. Eh, kite pon minat jugaaak hindustang ni...ahha! Akak minat citer2 hindustang yang ada family value jer, sgt touching ya! Memang nangis-nangis kau depan tv hahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wee... high five! ^^,

      betul. yang kalau melibatkan family tu, tengok banyak kali pun mesti nak nangis. Khabie Khushi Khabie Gham, Kal Ho Na Hoo... sobs.

      Delete
  3. Ada lahh! akak minat je, tapi tak fanatik sgt. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehehe...member lagi sorang. yeee....^^,

      Delete
  4. haha..meh sini sepp sikit! akak pun minat hindustan gak.tapi hindustan sekarang dah sexy mengalahkan mat saleh.paling minat shah rukh khan la..dia memang legend!

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeah, sep! ha'a, seksi sangat. adeh. ada satu tu pakai bikini je. hmmm.. teruk teruk..

      Delete
  5. Xbrape ade mase tengok tv.
    Tengok anak je. Ngee..

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpe sis. tengok anak lagi penting. saya kalau dah menghadap hindustan, apa yang terjadi dekat sekeliling pun saya boleh lupa. haish.

      Delete

hello dear :) x salah pun baca sambil komen kan.