Cetirizine Buat Aku Mimpi Ngeri

11:54 a.m
rumah mak cik
menghafal Data Comm

assalamualaikum and hello lads!

kalau korang nak tahu, aku ada satu alergi. aku alergi dengan besi and air kotor. sampaikan doktor kata kalau nak kahwin, kena kahwin dengan lelaki kaya. sebab kalau lelaki kaya boleh minta emas tulen. lol. -.-
 

benda ni berlaku masa dekat MRSM, sakit aku makin melarat pula. badan asyik keluar tompok merah je. kalau setakat tompok merah aku tak kisah, tapi gatalnya....macam nak tampar je satu badan aku ni. 

lepas tu asyik meremang bulu roma. aku kalau tengok cerita darah keluar banyak tak apa, kalau tengok bintik-bintik kecil ni aku meremang. geli. eii.. 

so, tanya pada doktor. doktor suruh aku pakai satu ubat ni. aku tak ingat apa nama ubatnya. tapi warna kuning. comel je. side effect dia? aku asyik mengantuk. so doktor suruh aku makan waktu malam je.
then, masa dah masuk U, aku start pakai Simtec pula. Simtec ni sangat bagus untuk orang yang ada allergic. aku pakai je confirm terus hilang (tak adalah sekelip mata) gatal tu. gatal kepala ke gatal badan ke gatal hidung ke.

kalau tak ada Simtec, pegawai farmasi akan bagi Cetirizine ni. diorang ni macam family aku rasa. Cetirizine pun okay juga. 

tapi disebabkan dah bertahun aku pakai, sampaikan makan pun dah tak rasa mengantuk, so aku tanyakan pada pegawai farmasi. tak apa ke aku makan ubat ni hari-hari? ada side effect ke?

pegawai tu kata tak ada. sebab ubat ni tak mengandungi steroid. tapi kalau boleh elakkan lah makan selalu. sebab ubat tu kan dadah. aku dulu hari-hari makan, lama-lama sekarang aku makan bila perlu je.

then, tak cukup puas hati, aku google juga ubat ni. cek side effect dia. salah satu side effect dia buat aku tergelak tak habis.

NIGHTMARES.

what! ada juga ubat yang boleh buat orang mimpi ngeri? -.-

patutlah aku asyik mimpi pelik je even dah baca doa banyak kali pun. bulan Ramadhan pun mimpi ngeri. padahal syaitan dah kena ikat. kata mimpi tu mainan syaitan. ini mainan minda ni.

entah-entah ada ubat lain yang boleh buat mimpi ngeri juga tak? hmm...
post signature

Share:

12 comments

  1. Replies
    1. nigtmares tu berlaku b4 baca wikipedia. so nak kata mindset tu tak juga. napelah nak mindset suh mimpi ngeri tiap kali tidur. sobs.

      Delete
  2. saya pun senasib ngan awak..xley pki benda2 besi ni..even brooch;/

    ReplyDelete
    Replies
    1. hmm.. sedih kan. tapi nak buat macam mana. dulu siap letak tisu lagi dekat atas brooch takut leher gatal. adeh.

      Delete
  3. Ada jugak side effects dia gitu. First time akak dengor ni. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun first time dengar masa buka wiki tu. hehehe.

      Delete
  4. hmmm taktau nak komen apa. kalau alergik macam ni susah jugak kan. tak pa mesti ada hikmah disebalik ujian ini

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah. takpe. sakit-sakit macam ni buat saya lagi disiplin. mandi kena awal, tak boleh makan benda pelik2 and so on.. ^^,

      Delete
  5. owh ..xpernah pulak patient report ada nightmares. nanti akak nak tanyalah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe... entah-entah saya je yang selalu kena. sobs. T__T

      Delete
  6. ubat kuning tu rasanya piriton.ada ja allergik macam ni,sy pun sllu jd, allergik habuk T_T

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye ke? oh, thanks for the information! ^^,

      adik saya pun alergi habuk. kesian saya tengok.

      Delete

hello dear :) x salah pun baca sambil komen kan.