Cinta Matchmaker -bab 23-



BAB 23

 Wow, kejujuran ini membuatkan Safrina terharu. Buat seketika, Alfie menampakkan seperti seorang lelaki yang mudah untuk terluka dan kecewa sama seperti orang lain. Bukan lagi membuatkan Safrina benci, tetapi lebih bertambah rasa sayang kepada suaminya.

Dia menelan air liur memikirkan tentang cinta yang berlegar-legar di dalam mindanya. Dari mana pulalah datangnya perkataan cinta itu? Ah, kandungan ini sudah menjadikannya lebih emosi dan hampir nanar.



"Kalau awak nak jawapan, awak kena ambil risiko dengan soalannya. Satu benda je yang awak boleh harap dari saya adalah kejujuran."

Coklat mata itu bertemu dengan matanya. "Awak nak baby kita ni?"

Jantungnya menendang kuat dadanya. "Awak tak nak ke? Awak nak saya gugurkan kandungan ni?" Hatinya mula luruh, badan sudah menggeletar tetapi dia tidak mampu membaca riak wajah Alfie dan tidak pasti apa yang sedang difikirkan oleh lelaki itu? Adakah Alfie hanya bertanya sekadar untuk tahu tentang ke mana ingatannya pergi, ataupun lelaki itu tidak mengingini langsung anak mereka yang masih belum lahir ini?

"Saya akan jawab soalan-soalan awak bila awak dah jawab soalan saya."

Adil. "Saya cuma bayangkan macam mana je bila baby ni dah ada nanti."

Bahu Alfie jatuh. Adakah itu satu kelegaan, ataupun kekecewaan? "Alfie?"

Alfie tersenyum. "I'm happy to hear that."

"Ye ke?"

"Iya sayang. Saya tahu semua ni berlaku cepat sangat. Kita pun tak boleh jangka benda ni akan terjadi, tapi..."

"Tapi?"

Alfie bergerak bangun dari kerusi dan mula berbicara. "Ini apa yang saya nampak. Kita bukan budak-budak lagi. Sepuluh tahun lalu, mungkin apa yang saya fikirkan berbeza, awak pun sama, rasanya." Alfie menunggu anggukan dari isterinya sebelum menyambung. "Bila dua orang manusia, yang bukan lagi budak kecil, dapat tahu yang diorang mengandung, diorang akan teruskan dan tunggu je kedatangan bayi tu sampai dia lahir ke dunia. Bonusnya dekat sini bila kita dah berkahwin."

Ya Allah. Lelaki ini sudah jauh ke hadapan.

"Kita tak merancang untuk teruskan perkahwinan ni pun."

Alfie kaku sebentar dan berjalan untuk duduk di sudut kerusi yang diduduki oleh isterinya. "Saya tahu. Dan mungkin betul apa awak cakap. Saya rasa kehadiran baby ni merubah segala-galanya. Tapi sampailah kita berdua tahu apa yang kita mahukan, apa kata kita cuba je teruskan perkahwinan ni perlahan-lahan."

"How does that look?"

"Saya suka sangat dengan keadaan kita sekarang ni, Safrina. Saya seronok bila balik rumah je, awak dah ada. Sampailah salah seorang daripada kita nak ubah benda tu, apa kata kita sambung je kehidupan kita macam yang kita tengah buat ni." Pandangan redup itu mencari mata si isteri.

"Dan kalau dalam masa setahun tu dah habis? Kalau baby ni dah lahir?"

"The year doesn't have to change."

Dia tahu itu, tetapi mendengarkan sahaja lelaki itu mengucapkannya bagaikan menyimbah air sejuk ke wajahnya.

"Awak tak suka dengan apa yang saya cakap tadi," kata Alfie, melihatkan reaksi yang terbias di wajah mulus itu.

"Tak. Ini apa yang kita janji bersama."

Tangan Alfie mula merayap di lutut isterinya. "Awak nak lebih dari setahun ke?"

"Sekarang ni, saya tak tahu apa yang saya nak. Saya baru dapat tahu yang saya mengandung. Saya akan jadi ibu untuk selama-lamanya. That's the only solid thing I know is going to happen. Yang lain tu semua masih jadi tanda tanya."

"Let me give you one more solid thing then." Alfie menepuk paha wanita itu. "Saya akan jadi ayah kepada anak ni. Saya takkan tinggalkan awak, ataupun anak kita. Ini janji saya."

Safrina tahu. Ayah yang tidak bertanggungjawab sangat tidak sesuai dengan perwatakan Alfie.

"Boleh saya tanya awak sesuatu?" Dia tahu dia akan membuatkan Alfie terdiam sejenak, tetapi dia perlu tahu juga apa yang bermain di fikiran suaminya.

"Tanya jelah."

"Awak nak ke lebih dari setahun?"

Alfie terdiam. Benar kata Safrina. Kemudian lelaki itu mengambil nafas sebelum bersuara. "Rasanya kita berhutang dengan anak kita untuk bagi masing-masing masa dalam meneruskan perkahwinan ni."

"Stay married for the baby?" Dah macam drama Melayu je.

Alfie tidak menjawab, sebaliknya dia bertanya. "Awak suka tak duduk sini dengan saya?"

Soalan bodoh apakah ini. Mestilah dia suka. "Tak adalah teruk mana pun duduk dengan awak."

Alfie ketawa. "So we push aside deadlines and contracts unless it does suck."

"Boleh ke?"

"Sayang, kita boleh buat apa je yang kita nak."

Safrina turut ketawa. Satu tawa yang benar-benar keluar dari mulutnya sejak dia dapat tahu mengenai kehamilan tersebut. "Until it sucks then. Saya rasa morning sickess lagi teruk."

Alfie pula tergelak kecil, sambil merapatkan lagi tubuhnya dengan wanita itu. "Mana boleh kira yang tu. Saya dengar nak bersalin lagi teruk tau."

"Yeah, well...benda tu pun tak boleh dikira juga okay. Nanti saya jadi gemuk. Itu memang paling tak syok."

Tangan Alfie sudah menjalar ke perut yang masih lagi kempis itu. "Sayang mesti nampak comel sangat dengan baby bump nanti."

"Ha, sekarang ni memanglah awak boleh cakap. Nanti lama-lama awak yang tak suka, percayalah cakap saya."

Tangan kasar itu semakin naik ke atas tubuhnya dan berakhir di belakang. "Nanti tempat lain pun besar juga, that won't suck," suara itu sudah berubah menjadi garau.

Safrina menggigit bibirnya. "It sucks that you know how to push my buttons."

Bibir Alfie semakin dekat dengan bibirnya, masih tidak bersentuh, tetapi sangat hampir. "I suck already?"

"I can handle it."

Alfie hanya mengucup sesaat bibir merah itu tetapi ia tidak mencukupi bagi Safrina. Dia mendepankan tubuhnya menginginkan lagi. Tetapi Alfie bergerak ke belakan sedikit. "Saya gembira sangat awak yang bawa zuriat saya," akui Alfie. "You're going to be a wonderful mother."

"Mana awak tahu?"

 "Saya tahulah." Alfie mengucup bibir itu sekali lagi, lama.

Ah, dunia ini tidaklah teruk mana pun.
post signature

Tags:

Share:

5 comments

  1. Assalamualaikum & Salam Perkenalan...
    Jom imarahkan Ramadhan dan jemout join GA saya ni ye:
    http://ummudd80.blogspot.com/2014/07/ihya-ramadhan-giveaway-by-ummudd80.html

    ReplyDelete
  2. salam ramadan =D
    jom singgah blog saya pulak =)
    done follow sini

    ReplyDelete
  3. Ermmm..ni cite kawen kontrak tapi ter'mengandung ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha'a, so cliche. i know. sebab tu post dekat sini je. cerita lain saya simpan dulu sampai dah siap. hehe.

      Delete

hello dear :) x salah pun baca sambil komen kan.