Ke Raya Ke Kita -Part 1-

11:29 a.m
rumah manis rumah
baru balik dari Banting

assalamualaikum and hello lads!


alhamdulillah, semalam baru selamat sampai ke Shah Alam. Memandangkan tahun lepas dah beraya dekat sini, so tahun ni beraya di Telok Datok, Banting. rumah nenek baru aku.

kami bertolak ke sana pada hari Ahad malam. sebab berbuka puasa di luar rumah beramai-ramai. rumah nenek (emak kepada ummi) dengan rumah kami bercantum dan bersebelahan, so apa-apa, kalau barbeku ke majlis kenduri ke, buat dekat depan rumah ni je.





best sangat! dah lama tak berbuka bersama. cuma kali ni tak berapa seronok sebab atuk dah tak ada. sobs.


lepas dah buka ramai-ramai, barulah gerak pergi Banting. sampai-sampai je tolong apa yang patut then terus tertidur.

esok pagi sebelum solat sunat Raya, barulah sibuk nak gosok baju. haha. sebab semalam penat gila. merasalah beraya di masjid lain pula.

kalau korang ingat or baca post aku sebelum ni, tradisi keluarga belah ayah aku a bit different. lepas solat raya je, kami sarapan lemang and nasi arab kejap, then terus belah pergi beraya rumah saudara mara.

oh, lupa pula. sebelum pergi beraya, kenalah bersalam-salaman dulu. itupun berkurun tunggu. lol. sementara menunggu yang lain habis makan, kami sekeluarga bergambar dahulu. weee~
















letak dekat boot cik ayom je. hehe






sebenarnya baju kami tu berwarna TEAL. tapi entah kenapa, bila ambil gambar, dia jadi warna biru. so effing weird -.- lighting dia kot. entahlah. alih-alih ramai pula yang pakai baju warna ala-ala macam kitorang. adeh.

lepas ni kena pilih warna uniklah. baru lain dari orang lain. heeeee~

banyaklah juga rumah kami beraya. mostly memang aku tak kenal pun. tapi dah tahu flow dia macam mana. sebab tahun lepas pun beraya dekat rumah-rumah ni juga.




paling best bila beraya rumah pak long A'O. sebab apa, sebab ada kolam mandi!

haha, sepatutnya kolam tu jadi tempat ikan. last-last jadi tempat mandi pula. sudahnya, ayah aku pun terjun masuk dalam kolam tu. adeh, ayah siapalah tu. 

esoknya, barulah saudara mara beraya dekat rumah nenek Senah pula. so, barulah kemas and mop bagai dekat rumah tu. baru nak susun kuih raya. heee.. and mak teh dah start masak untuk tengah hari. mak teh kata diorang memang akan makan dekat rumah nenek kebiasaannya.

ha, kau! sekali datang memang ramai gila. tak terkejar aku. habis je basuh gelas, hidang, basuh, hidang balik, basuh hidang balik. tak berhenti. dah lah dah bersiap bagai nak balik Shah Alam.

last-last dekat pukul 3 petang baru balik rumah. syukur sampai ke rumah. patutnya balik lambat sikit tapi nenek aku tak berapa sihat. kesian nenek. siapa nak tolong nenek.








ummi kata bila atuk dah tak ada ni, lagi ramai saudara mara yang melawat.

okay, tu je buat masa ni.

adios~ :)
post signature

Share:

8 comments

  1. wah2 meriah ko... tema color kita sama laaaaaaa... haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. iye? hahaha. saya perasan juga mostly macam sama color je tahun ni. adeh. hehe

      Delete
  2. waaaah happening.. CT duduk rumah saja hahaha..
    tak meriah langsung tahun ni. tunggu orang saja mai rumah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. la.. ye ke. saya harini pun x buat apa2. ayah puasa. and mak cik pak cik semua balik kg masing-masing. maybe hujung mnggu baru beraya. huuu

      Delete
  3. Meriah.. ..
    Akak nk tangkap gambar pun malas. .hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe... saya fikir nak masuk blog je XP

      Delete

hello dear :) x salah pun baca sambil komen kan.