Kita Kalau Berdoa Bukan Main

Kita ni.
Selalu sangat letak doa kat laman sosial.
“Ya Allah berikan aku jodoh yg baik”
“Ya Allah. Kabul kn doa aku”
“Ya Allah. Beri kan aku rezeki”

Bla.
Bla.
Bla.

Tapi kalau hanya berdoa je tak pernah jatuh kan lutut.
Tak pernah rukuk dan sujud.
Allah kabulkan tak permintaan tu?

Kalau aurat terdedah sana sini.
Tayang alur dada sana sini.
Allah kabulkan tak doa tu?

Kita ni.
Kalau berdoa tu.
Semua benda kita nak minta.
Tapi bila Allah minta.
Ada tak kita buat dan tunaikan?

Jangan lah pentingkan diri.
Jangan lah takde rasa malu pada Dia.
Sedangkan Dia cipta kita.
Sedangkan Dia bagi tumpang kita kat dunia Dia.
Sedangkan Dia yg beri nikmat pd kita.
Ada tak kita cuba untuk panjat syukur padaNya dengan melakukan apa yg Dia suruh tinggalkan apa yg Dia larang.
Ada tak kita jatuhkan lutut dan bersujud pada Nya memohon dan menunaikan apa yang Dia minta?

Allahurabbi..
Itu lah kita.
Cuma tahu meminta.
Tapi tidak tahu menghargai.
Setiap nafas yang sedang kita hirup dan hembus itu semua adalah nikmat dariNya.

Bersyukur lah.
Berterima kasih lah.
Lakukan lah apa yang Dia suruh.
Memang payah.
Tapi kena mujahadah.
Lawan lah sikit nafsu tu.

Jom sama sama berubah.




post signature

Share:

4 comments

  1. bernar tu amy J. Adab berdoa jugak kena jaga.

    ReplyDelete
  2. Betul. Kalau nak Allah makbulkan dia..ikut adab & patuhi syariatnya. Alah kalau dalam ABPBH tu pun, semua artis pun dok bagi salam mase bagi ucapan..tapi, tengoklah dressing..terdedah sana sini..x cukup kain. Ikutlah sangat fesyen up to date lah kononnye. Mati nanti sume pakai kain kafan sama warna..

    ReplyDelete

hello dear :) x salah pun baca sambil komen kan.