10:14 p.m
rumah manis rumah
weee..
assalamualaikum and hello lads!
tepat jam 10 pagi tadi, aku, ummi, angah and wani bergerak ke Shah Alam. sebab apa? of course lah cari baju raya. heee...
ummi suruh gerak awal sebab nanti dekat Plaza Alam Sentral tu ramai gila orang. nanti susah nak parking. nasib baiklah masa sampai tu banyak kosong. syukur. tapi kedai pun banyak baru nak buka.
mula-mula pergi PKNS. puas meronda. ternampaklah geng lelaki bertenggek dekat tepi tunggu bini or aweks yang sedang shopping. haha. kesian. tapi nak buat macam mana kan. aku hanya mampu tumpang simpati.
setelah beberapa kedai kitorang ronda, akhirnya jumpa baju angah and wani. aku punya? belum lagi. cerewet pula aku ni.
aku pun tak sure nak jenis baju yang macam mana. tapi tema dah ada. warna turquoise. last-last bukan turquoise, teal pula jadinya. ummi pun dah pening kepala.
belek punya belek kedai, ada satu baju tu menarik sangat. tapi harganya.. RM349. ALLAH. baiklah aku pakai baju raya tahun lepas macam tu. simple je bajunya. plain. manik sikit dekat dada. sikit sangat. macam butang baju melayu tu.
tapi harga mak kau. aku bajet-bajet RM89 je ke.
puas pergi PKNS, pergi SACC pula. sama juga. -.- awat mahai benor eh.
last-last Plaza Alam Sentral jugalah ada baju yang aku nak. aku lebih prefer jubah compare to baju kurung. aku dah bertahun tak pakai baju kurung. pergi kuliah pun pakai skirt je...
enam jam habis beli 3 baju je. muahaha.. tengoklah bila perempuan shopping. adeh.
korang pernah tak jumpa baju simple tapi mahal gila? ada ke yang nak beli sebenarnya? -.- alang-alang dah mahal, baik aku beli baju Hatta Dolmat je.
okay, merepek je harini. tak tahu nak cerita apa.
adios~

hee.. org2 kaye bole la beli baju mahal2..huhu
ReplyDeleteyep. ^^, tapi lebih baik bersederhana kan.
DeletePernah terbeli satu.tapi jahitan n cutting dia cantik.kain pun sejuk je.sebab tu kot mahal
ReplyDeletekalau kualiti bagus takpelah. tapi nak beli banyak kali tu. heh. :P
Deletemintak maaf ler, takkan belinya kalau dah baju tu RM150 ke atas... hehehe... tu boleh dapat 2 pasang baju kurung biasa... mcm tudung kak paridah tu jugaklah... RM200 utk kepala je... huhu memang tak beli der...
ReplyDeletesama lah kita kak. tudung Fare.... tu memang mahai bebenor. pendek pula tu, tak mengikut syariah Islam. hmm..
Deleteowh lama tak singgah PKNS, PAS dan SACC serta Tasik dengan air tak brapa jernih tu. rindu plak
ReplyDeleteshah alam tu tempat jatuh lagi dikenang... membesar kat sana dari tahun 1983... masa tu tak ada giant, tak ada mydin, tak ada shell, tak ada petronas kat seksyen 18 tu... SACC, PAS semua tak dak... yg ada PKNS je haha... lagend sungguh..
Deletearz moha : singgahlah kalau ada masa. masih tetap lawa macam dulu. tapi air tak jernih tu, no comment. hehe ^^,
Deletekarya mahirah : wah..lama akak kat Sha Alam ye. samalah denga family saya. emak lahir je dekat Kelantan, tapi membesar dekat sini. so, saya pun membesar di sini juga. saudara mara semua orang Shah Alam. ^^
kadang kadang menyampah tengok harga baju raya. takde la cantik mana pun harga ratus2. kang ada jugak raya ni pakai t-shirt je sebab baju raya mahal sangat.
ReplyDeletetahu takpe. mahal gila. haish... kalau lawa sungguh tu, takpelah. boleh lah dimaafkan. hmm..
Deletepernah...mahal kan walaupun simple..ble tnya knp mahal alasannya sbb material kain yg bkualiti
ReplyDeletebetul betul. kualiti pun, tapi kalau harga macam nak beli perabot je, baik beli perabot terus. adeh.
DeleteWaaa bestnyerrr...shopping jgn tak shopping... akak dah siap tempah awal2 lg Amy..takut tak sempat nk jahit..
ReplyDeletehehe. nanti nak shopping lagi kat Masjid India kak. ^^,
Deletememang kena tempat awal kan. kalau tak, tak sempat ler nak pakai baju raya baru. hehe.
Betul laa tu. Lagi2 Jovian punya baju. haha
ReplyDeleteyep. memang hmmm..... tengok je la mampu.
Deleteyup, memang sekarang ni mahal tau.. kena pandai cari kedai, tawar menawar sikit..
ReplyDeletekan....tapi saya tak pandai tawar menawar.
Deletesaya : kak, ni harga berapa?
akak : ni rm50
saya : oh, tak boleh kurang lagi ke?
akak : tak bolehlah dik.
saya : okay.
sobs. T__T
Baju yang saya jumpa pun mahal2. Baru beli sepasang. Sebelum ni beli kat KL murah je baju cenggitu. RM70-90 sepasang.Ni...RM120 lepas diskaun. Tapi quality same :(
ReplyDeletetu la... hish, kalau dah lepas diskaun pun mahal juga, hmmm...macam-macam boleh beli dengan 120 tu kan.
DeleteBaju simple tp mahal banyak kat butik Dik oii..... Cikna xsuka yg mahal2 sebab pki pun utk 3@4 jam je.....;-)
ReplyDeletehahaha.. saya tak pergi kat butik pun kak. itupun mahal. sobs. tu la, kalau pakai lama takpelah. ini pakai time raya je. hm..
Deletepernah tau akak tengok baju kain mmmg x kualiti tapi letak harga mengalahkan harga butik..agaklah kan nak letak harga pun...org pandai dh sekarang..baik pegi beli kat butik jee ye dok
ReplyDelete