Nafasku Hanya Untuk Dia S.E -bab 16-

 
 
BAB 16

Mirza suka setiap kali Ainul berada di dalam pelukannya. Kaki si isteri sudah berada bersebelahan dengan kedua-dua pahanya. Dia berharap sangat agar mereka berada di rumah ketika ini. Kedinginan malam sudah mula merangkak di dalam kereta. Pergi menonton wayang pastinya lebih seronok pada musim panas. Selepas ini, dia akan berfikir panjang apabila dia ingin membawa isterinya keluar. Seronoknya andai dapat mengajak Ainul menonton filem di dalam bangunan ataupun restoran. Senyuman Ainul menangkap pandangannya seolah-olah dia tidak pernah melihat salji sebelum ini.

Dalam masa beberapa hari lagi Tahun Baru akan menjelma, dan tidak sabar rasanya dia menantikan hari itu. Dia akan menghabiskan masanya bersama dengan anak-anak dan juga Ainul. Kebiasaannya seharian dia bekerja di pejabat. Tidak lagi akan dibiarkan kerja mengambil alih kehidupannya. Dia mempunyai ramai sahabat dan keluarga di dunia ini, dan dia mahu memastikan mereka berada di carta teratas dalam hatinya.

Mirza mengerling di luar kereta dan ternampak salji yang pertama mula jatuh ke Bumi. "Dah saljilah sayang," katanya.

"Ainul tahu. Ainul tak kisah pun pasal movie ni, abang. Apa yang penting, ini adalah date yang paling best Ainul pernah pergi." Ainul memegang wajah suaminya dan mula menghadiahkan sebuah ciuman di bibir itu. "I think this has been good for us."

"In what way?"

"Kita habiskan masa sama-sama. Kita dah bersatu balik. Dengan kehidupan dan anak-anak sampai buat kita lupa kita ni siapa. Date ni mengingatkan Ainul betapa pentingnya untuk kita luangkan masa bersama-sama."

Mirza bersetuju sepenuhnya dengan apa yang wanita itu katakan. Mereka perlu belajar untuk mengisi masa berdua-duaan. Terdapat ketukan di tingkap kereta mereka.

Ainul tergelak kecil dan bergerak ke tepi dari riba suaminya. Mirza membuka pintu merenung lelaki yang menjual bertih jagung dan susu kocak tadi.

"Sorry to spoil your date, but we're shutting early. We'll give you a discount for the next time you come. The snow doesn't look like it'll let up, and we don't want to risk any danger to you."

"No problems." Mirza mencapai dan mengambil tiket diskaun dari lelaki muda itu. "Thank you for this."

"Have a great Christmas and you too, Miss." Lelaki itu kemudiannya bererdar untuk ke kereta seterusnya.

"Rasanya baiklah kita bergerak sekarang. Sejuk sangat dah ni. Kita sampai rumah nanti, boleh terus habiskan kerja-kerja yang asyik tertangguh tu kalau abang nak?" tanya Ainul.

"Tak payahlah balik rumah dulu. Nanti bila jalan dah clear, abang nak spend masa sikit lagi dengan sayang dulu." Mirza tidak mahu masa mereka bersendirian untuk berakhir di situ sahaja.

"Okay. Pinjam telefon abang kejap, Ainul nak bagitahu dengan ayah yang kita akan sampai rumah lama sikit and kita selamat dekat sini."

Mirza menyerahkan telefon bimbitnya. Dia lalu keluar dari kereta untuk bergerak ke tempat duduk pemandu sementara Ainul memanjat di antara kedua-dua kerusi tersebut.

Mirza masuk, menghidupkan enjin dan memastikan penghaba dipasang. 

Ainul menyerahkan semula telefon. "Kenapa kita tak gerak lagi?" soalnya.

"Abang nak bagi orang lain gerak dulu."

"This was amazing. Ayah kata anak-anak kita elok je. Diorang dah tidur pun."

"Lagi berapa hari diorang sekolah?" tanya Mirza.

"Tak ada dah. Diorang cuti sampailah masuk Tahun Baru. Kenapa?"

"Abang rasa nak bawa budak-budak tu pergi country fairs hujung minggu ni sebelum New Year. Makan makanan yang sedap-sedap, main dan bagi diorang berseronok sebelum masuk sekolah balik," Mirza menjelaskan.

"Macam seronok je bunyinya."
 
"Memang seronok pun sayang. First, abang nak bawa sayang pergi somewhere kejap."
 
Mirza memandu keluar dari kawasan tersebut dan membawa mereka ke dalam bandar. Sudah beberapa kali dia melalui tempat ini setiap kali dia pergi mesyuarat di situ. Dia tahu tempat itu pastinya sudah tutup, tetapi mereka masih lagi dapat keluar dari kereta.

Jaket yang berada di bonet kereta sudah tersedia untuk mereka.

"I'm excited again. Abang ni banyak sangatlah kejutan." Seusai empat puluh minit berlalu, Mirza tahu Ainul sudah tidak sabar. Dia mencapai tangan isterinya. Indahnya apa yang masa bersam-sama ini dapat dilakukan.

Mirza berhenti dan memarkir kereta. "Kita kena keluar," kata Mirza.

"Sejuk gilalah."

"Janganlah panik. Abang ada jaket sayang." Mirza melangkah keluar, menyambar jaket mereka dan membantu isterinya. Ainul meletakkan kedua-dua belah tangannya di dalam jaket. Mirza tergelak lantas mencapai tangan isterinya ketika mereka berjalan ke kawasan tasik tersebut. Gelap suasana tika itu, tetapi dia dapat melihat permukaan tasik sudah menjadi beku. Bercahaya tempat itu jadinya dengan sinaran bulan purnama. 

"Cantiknya tempat ni," puji Ainul.

"Bila abang lari dari sayang, abang pernah habiskan masa dekat sini, menikmati pemandangan yang ALLAH bagi dekat kita." Mirza membalas.

"Ainul tahu sebab apa. Memang cantik. Subhanallah." 

"Tempat ni dapat menenangkan fikiran abang. Jadi abang buat keputusan untuk kongsikan dengan sayang juga."

"Terima kasih." Ainul bersandar pada suaminya. Mirza pantas memeluk si isteri. Dia ternampak sebuah bangku di hujung jalan sana, dan dia mengiringi isterinya ke situ. Dia duduk di atas meja dan mengangkat Ainul supaya duduk di antara kedua-dua kakinya.

Mirza merangkul pinggang wanita kesayangannya itu. Dia melabuhkan dagunya di atas kepala Ainul. Mereka berdua bersantai sambil memerhatikan salji yang turun dan bulan yang memancarkan cahaya di kawasan tersebut.

"Ainul berharap sangat kita dapat duduk macam ni selama-lamanya," pinta Ainul.

"Kita tak boleh duduk sini, tapi kita boleh buat macam ni selagi kita masih bernafas."

"Abang janji?" 

"Tak ada tempat lain dah abang nak pergi melainkan dalam pelukan sayang je. Bila budak-budak dah besar pun, kita akan tetap bersama."

"Siapa yang boleh jangka kita dapat kehidupan macam ni kan. Ainul tak sangka kita mampu bertahan sampai sekarang."

"Sing for me, hummingbird."

"Huh?"

"Kita kat sini jadi tak ada sesiapa yang boleh dengar suara sayang melainkan abang seorang je," ulas Mirza. "Abang suka sangat dengar suara sayang yang merdu tu sambil abang menghayati pemandangan tasik dekat depan kita ni."

Ainul tidak bergerak atau membuat sebarang bunyi buat seketika. Apabila Mirza fikir yang isterinya tidak mahu menyanyi, dia ingin meminta maaf tetapi kemudian dia terdengar Ainul mengambil nafas dan melodi mula kedengaran dari mulut itu. Ainul mendendangkan lagu cinta, lagu cinta yang akan berkekalan sehingga ke syurga. Dia tahu ayat-ayat itu datang dari hati isterinya. Ainul suka membuat lirik sendiri dari lagu yang berputar di radio. Dia dapat mendengar keasyikan di dalam suara itu, cinta yang isterinya rasai dan sekali lagi ketakutan andai hubungan cinta itu tidak menjadi. Mirza memeluk erat wanitu itu di sepanjang nyanyian tersebut. Apa yang hilang hanyalah muzik. Ainul pandai bermain piano. Mirza memastikan isterinya pandai dalam kemahiran itu.
 
Tell me do you remember
when you stole my heart..
When you used to say that
you say my name while praying
and are afraid of delaying
the prayers of love..
Those talks were just talks,
and somewhere, it was necessary
to drift away from those talks [as in, to break those promises.]

Mirza berharap untuk mendengar Ainul menyanyi di hadapan piano dan bermain muzik pada lagu yang dialunkan itu. Terkejut dirinya tika isterinya sangat berbakat di dalam bidang muzik tetapi tidak mahu meneruskannya. Beberapa minit kemudian, suara itu semakin hilang.

"Sedap sangat lagu tu, hummingbird. Terima kasih sebab nyanyikan untuk abang seorang." 

"Ainul tulis lagu masa abang jauhkan diri. Ainul tahu abang sayangkan Ainul, dan apa yang menakutkan Ainul bila abang akan larikan diri lagi dari kami. I wish I could forget those awful few days."

"Abang pun, sayang." Mirza mencium bahu isterinya.

Ainul menggigil, dan Mirza tahu kedinginan ini sudah menjadi satu masalah.

"Jomlah sayang. Kita balik rumah."

Mirza mencapai tangan isterinya lalu membawanya ke kereta. Ainul hanya merelakan.

_______________

Ainul terasa jantungnya berdetak kencang. Tatkala Mirza memintanya supaya menyanyi, ingin sahaja dia menunjukkan jiwa raganya kepada lelaki itu. Lagu yang dicipta khas untuk suaminya. Mirza menutup pintu keretanya, dan dia tahu dia sudah membuat perkara yang betul. Dia terasa bagai dia sudah mendapat suaminya kembali. Mirza mengambil tempat duduknya sendiri dan mula memandu pulang. Tiada sebarang perkataan yang keluar. Dia tahu Mirza tidak akan sesekali meninggalkannya sekali lagi.

Hanya dia satu-satunya perempuan yang akan mencintai suaminya kerana lelaki itu sendiri dan bukannya apa yang dimiliki oleh Mirza. Perjalanan itu terasa sangat singkat, tetapi dia tahu empat puluh minit yang sudah berlalu sangat bahagia padanya. Salji semakin menebal. Mereka berhenti di hadapan rumah. Mirza menutup pintu pagar kemudian membantunya keluar dari kereta.

"Jom."
 
Ayahnya sedang duduk di meja makan sambil membalut hadiah. Lelaki tua itu tersenyum di saat mereka berjalan mendekatinya. "Seronok dating?" tanya Encik Amran.
 
Ainul bersandar di muka pintu. "The best. Apa yang ayah buat tu?"
 
"Ayah tengah balut hadiah ayah ni. Korang mesti dah beli hadiah masing-masing untuk budak-budak tu, tapi ayah pun nak bagi diorang hadiah juga."  Encik Amran menampal riben di tengah-tengah kotak hadiah itu.

"Ayah," tegur Mirza.

"Mirza."

Ainul memerhatikan suaminya berjalan melepasi ayahnya untuk ke dapur. "Kamu berdua macam mana?" Encik Amran bertanya.

Ainul melabuhkan punggung di sebelah bapanya. Tinggal satu sahaja lagi hadiah yang perlu dibalut. Mirza menyerahkan secawan coklat panas kepada isterinya. "Abang nak masuk tidur dulu. Terima kasih sebab tengokkan anak-anak, ayah. Jumpa lagi esok pagi." Jari-jemari Mirza bermain-main di leher Ainul. Ainul tahu suaminya akan menunggunya di atas sebentar lagi.

"Korang berdua nampak bahagia," kata Encik Amran.

"Memang pun. Gembira sangat. Dia takkan tinggalkan Ainul lagi, ayah. Will you cut him some slack?" tegas Ainul meminta.

"I'll cut him some slack when I know he's not going to leave my daughter hanging around waiting for him to return. Kamu yang merana, Ainul. Ayah nampak betapa hancurnya hati kamu bila Mirza larikan diri. Ayah takkan sesekali bagi dia buat macam tu lagi." Encik Amran mengalihkan cermin matanya untuk memandang anak perempuannya itu. "Mudah sangat kamu maafkan dia. Ayah tak nak dia ambil kesempatan dengan sikap baik kamu ni."

"Ainul tahu dia pernah lukakan hati Ainul, dia pun sama. Permulaan cerita cinta kami mungkin tak sama dengan pasangan yang lain. Tapi kami dah banyak belajar sepanjang hidup bersama. Tolonglah, bagi dia peluang sekali lagi sama macam yang Ainul lakukan. Ainul tahu Mirza punya segala-galanya. Duit, bisnes, dan reputasi. Dia yang tolong satukan kita berdua semula, tapi ada satu lagi sikap dia yang ayah tak tahu. Ainul tahu. Dia nampak je macam licik dan bossy, tapi dia betul-betul sayangkan Ainul, ayah. Dia sayangkan Ainul dan budak-budak tu. Dia tengah belajar. Apa yang Ainul cuma tahu hanya bagi dia peluang sekali je lagi."

"Kamu ni mudah sangat maafkan orang," hanya itu sahaja balasan dari Encik Amran.

"Dan ayah tak cukup maafkan orang. Cut him some slack. Ainul nak tidur. Esok pagi kita jumpa lagi."

Encik Amran tersenyum pada anaknya, dan kemudian Ainul membawa diri ke tingkat atas. Mirza sedang menukar baju ketika dia masuk ke dalam bilik tidur.

Mirza hanya memakai baju pagoda berserta seluar bermuda sahaja. "Aik, bukan abang suka pakai seluar je ke?" Ainul hairan.

"Ayah sayang kan ada dekat rumah. Takkanlah abang nak pakai seluar je depan dia." Mirza menyerahkan gaun tidur berwarna hitam kepada isterinya. Sudah lama gaun itu tidak dipakai oleh isterinya sejak dia meninggalkan keluarganya."Pakai ni untuk abang boleh?"

Ainul mengambil gaun tersebut dari suaminya lalu berjalan ke bilik air. Selepas mandi seketika, dia mengeringkan badan dan menyarungkan gaun tersebut. Dia merenung pantulan imejnya di cermin. Cantik sungguh gaun ini. Lembut sangat bila menyentuh tubuhnya.

Sambil menghela nafas panjang, dia berjalan semula ke kamar mereka. Lampu sudah ditutup, dan Mirza sedang menanti di katil.

"Cantiknya sayang," Mirza memuji, ikhlas.

"Macam mana abang boleh nampak? Kan gelap ni."

"Abang akan sentiasa nampak sayang." Ainul tersenyum mendengar respons itu. Dia merangkak naik ke atas katil dan menarik selimut. Mirza mula baring. Ainul turut baring menghadap suaminya.

"Apa yang ayah sayang cakap tadi?" tanya Mirza.

"Yang Ainul ni mudah sangat maafkan orang. Patutnya sayang balas dendam dekat abang. Bla..bla..bla..."

"Apa yang sayang cakap?" Mirza membelai rambut yang melepasi bahu isterinya dan ke belakang tubuh itu.

"Yang ayah tak cukup memafkan. Ainul gembira dengan hubungan kita, abang. Ainul tak nak benda lain dah."

"Abang cintakan sayang." Mirza merapati, mencium dahi isterinya. "Boleh abang peluk sayang je malam ni?"

"Takkanlah tak boleh." Ainul mengerekot mendekati suaminya. Lengan Mirza mengelilingi tubuhnya. Dia menutup mata menikmati pelukan si suami yang dicintainya. Tiada apa yang ada di dunia ini mampu menghancurkan hatinya jika lelaki itu berada bersamanya.

Lena pantas sahaja hadir, dan Ainul sangat lega kerana dia yakin Mirza tidak akan ke mana-mana. 

Mirza mencintai isterinya, dan dia tahu isterinya berada di tempat di mana wanita itu ingin berada.

p/s : ceh, sebenarnya tu lagu Hindustan. hehe. >.<

post signature

2 comments :

hello dear ! thanks for dropping by. i'll make sure to reply asap !

My Instagram

Copyright © The Minimalist Traveler. Made with by OddThemes