Dia Sahabatku Dunia Akhirat

12:11 p.m
apartment
layan lagu raya sambil kemas bilik

assalamualaikum and hello lads!

siapa ada kawan baik dekat sini? angkat tangan sikit. heee...

mostly manusia yang hidup dekat dunia ni, semua ada best friend. tak satu, dua, tak dua, sepuluh. ramainya. tapi ada juga certain people yang tak ada langsung best friend.

best friend tu penting sangat ke Amelia?

entahlah. maybe ada yang kata

alah, tak ada best friend pun aku hidup je.

ada juga yang kata,

eh eh, tak ada best friend macam tak lengkap pula hidup aku ni.

bagi aku pula. best friend tu sangat penting untuk aku. aku mula-mula dulu memang tak percayakan istilah best friend ni. betul ke ada best friend yang betul-betul boleh memahami kita ni? betul ke dia takkan judge kita? betul ke dia akan sentiasa berada di samping kita?

semua persoalan tu bermain di minda aku. until i reached 16 years old. i met this one cute girl. sama sekolah dengan aku. kami memang dah lama duduk satu bilik (satu bilik 9 orang). tapi aku tak rasa pun nak rapat dengan dia.

entah macam mana, kami boleh jadi rapat gila! she really understands me. aku rasa seronok sangat. even one small stupid thing, i can tell her. 



sampailah aku masuk universiti, kami masih keep in touch. aku dapat UNITEN, dia dapat UTM Skudai. akhirnya aku nampak kenapa kami boleh serasi. 

1. kami 'kehilangan' ayah dengan cara yang berbeza. cuma konsep sahaja yang sama.

- so bila mak masing-masing nak berkahwin, kami boleh bercerita and berbincang. what should we do? what should not we do? what will happen in the future?

2. kami berdua anak sulung

- banyak tanggungjawab sebagai anak sulung ni. we have to sacrifice a lot. betul tak anak sulung? ^^, kalau nak beli apa-apa yang mahal, kena fikir banyak kali. takkan duit tu nak bazirkan untuk kita. adik-adik nanti macam mana...

banyak lagi persamaan. tapi takkan nak cerita banyak-banyak dekat sini.

sama banyak pun tak best juga kan. samalah macam pasangan masing-masing. kalau sama boleh berkongsi minat yang serupa. kalau berbeza minat, boleh belajar apa yang menarik dengan minat pasangan kita tu. 

1. aku logik, dia kreatif

- aku dilahirkan dalam keluarga yang kreatif. ummi aku sangat pandai melukis. arwah abah aku sangat pandai mengukir kayu dan hasilkan buaian or pagoda or whatnot. ayah aku graphic designer. pakcik aku ada bisnes landskap sendiri. mak cik aku pun bekerja dalam landscape design dekat MBSA.
and tengok, dapat best friend pun kreatif. dia budak architecture. hebat gila lukisan dia. aku jealous. family aku kreatif. tapi aku seorang tiba-tiba tak ada darah seni. sobs. aku cuma orang yang berfikiran logik.
2. aku minat Hindustan, dia minat Jepun
3. aku minat novel, dia minat komik

4. dia dah berpunya, aku single. sobs

ummi aku kata. selalunya kita pilih dia untuk jadi kawan kita sebab kita dapat rasa chemistry antara kita berdua. mula-mula berkawan memang tak nampak. lama-lama baru kita sedar, oh, sebab tulah dia sangat memahami kita. 

orang yang tak ada best friend mungkin dia rasa dia lebih selesa hidup tanpa kawan yang rapat dengan dia. sebab dia tak mudah percayakan seorang manusia yang mudah mungkir janji. 
kalau korang pula, macam mana ye?


post signature

Share:

8 comments

  1. Memang susah nak trust someone especially kawan lah, kawan yg memahami and concerned ngan kita alhamdulillah, but if kawan yg baik depan tapi blakang kita,kita x tahu sebab tu la bukan mudah tuk trust someone yg dipanggil kawan,urggh susah nak trust seseorang sebab tu lebih suka berseorang,kalau lah ada bestie one heart and soul hehe.....

    ReplyDelete
  2. Akak pun ada kawan baik dulu. Selama 3 tahun. Lepas 3 tahun, baru tahu perangai dia sebenarnya. Alih2 akak jumpa kawan baik masa duduk sebilik. Its like kami tak perlu cakap apa2, kami tahu apa yg ada dalam kepala otak. haha

    ReplyDelete
  3. orang selalu cakap ada kawan baik ni huntung. tapi CT rasa susah nak percaya orang. biarlah kekal sebagai hanya kawan. rapat tapi ada batasnya. sayang tapi ada hadnya. takut nanti terlebih sayang susah. bukan sekali dua kena tikam belakang. by those people yang kita panggil kawan baik. tp ada guideline dalam memilih kawan kan :D
    pilihlah kawan yang bila kita bersamanya.. dia mengingatkan kita kepada Allah.. dan sebaliknya. dah cukup dewasa da kita semua ni untuk menilai :D

    ReplyDelete
  4. Masa skolah dulu adalah. Kawan tu yang declare saya best friend die. Tapi, saya ni x reti jadi bff ni..sebab saya tak suka feeling bounded. Saya kawan sumeorang.

    ReplyDelete
  5. akak ada 2 best friend.kitorang tiga,tiga pun perangai berbeza, tapi somehow boleh ngam dan dah bertahun persahabatan kitorang terjalin.

    ReplyDelete
  6. Kawan baik ...huhuhu sekarang ni dab tak berkawan cam zaman bujang dulu2 dahh..tapi hingfa sekarang kak lya ada sorang kawan baik ..kawan sejak tadika lagi ..sampai ke tua berkaean sampai beranak pinak dahhh masih lg jumpa dan bertanya khabar ..alhamdulillah

    ReplyDelete
  7. memamng seronok kalau ada bestfriend...tapi agak sukar nk cari yg serai dan yg boleh kekal lama...kalau dah jumpa tu baik jaga ikatan perkenalan tu hingga ke akhir hayat :-)

    ReplyDelete

hello dear :) x salah pun baca sambil komen kan.