Sabun Dettol Buat Kulit Aku Menggelupas

10:05 p.m
apartment
baru lepas g makan dekat Wong Solo

assalamualaikum and hello lads!

adoi. tension sungguh kadang-kadang kalau kulit yang terlalu sensitif macam aku ni. berkahwin dengan ubat je selalu. tapi nak buat macam mana.

aku dulu pakai sabun mandi Antabax. memang bagus. aku minat sabun tu. setakat ni tak memberi impak negatif dekat tubuh badan aku. but one day, orang asyik cakap sabun mandi Dettol sangat bagus. aku pun try lah pakai. 

tapi makin lama kulit aku jadi gatal pula. bila pantang je panas and berpeluh, mulalah aku gatal. berapa bulan dah aku kena. tadi baru tergerak hati nak tengok kat cermin. masha-ALLAH, dah warna ungu kulit aku. siap menggelupas pula tu. T___T 
 
gambar bukan hakmilik
sebelum pergi Wong Solo, aku pergi farmasi Allcare dekat Bangi sebelah Gulati's tu. aku memang suka pergi situ. sebab farmasi dia dimiliki dan dikendali oleh orang Islam. and pegawai farmasi pun sentiasa ada dekat situ. so, apa-apa masalah boleh terus tanya direct dekat dia.

aku tanya and akhirnya beliau menjawab. katanya. sabun mandi tu yang buat kulit aku jadi kering sangat. lagi-lagi sabun Dettol la, patutlah tak baik-baik kulit aku even dah letak ubat pun. 

then, aku tanya lagi. 
 
 
 
habistu gatal datang dari mana pula.

sambungnya, bila kulit dah kering sangat, tu yang berpeluh dia jadi gatal.

oh, begitu ceritanya. then, dia sarankan aku pakai Washlotion Eucerin. ubat tu pun sabun mandi juga. tapi sabun mandi yang memang khas untuk kulit sensitif. lotion dia pun ada. tapi dia kata lotion biasa pun boleh pakai juga. tak ada masalah.

gambar bukan hakmilik

aku akan try pakai. moga-moga sembuhlah kulit menggelupas ni. sedih sangat. pukul 3 pagi terbangun sebab gatal. sobs.

adios~

27 comments :

  1. SR tak boleh pakai sabun Dettol. Kulit jadi kering. Huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah kita. sobs. baru tahu harini. T__T

      Delete
  2. berarti dettol tu tak pantas ngan kulit akak laa. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. yep. tak semua orang ada masalah macam akak. maybe orang lain pakai okay je. ^^,

      Delete
  3. Dettol dia bunuh sekali kuman baik kat kulit..jadi kulit xde pertahanan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh, ye ke kak? baru saya tahu.. hmm, thanks for the info! ^^,

      Delete
    2. dulu saya juga pernah guna sabun detol...kesannya kulit jadi sangat kering dan kemudian gatal mula berlaku. maksudnya iklan membuat dakwaan palsu bahawa kulit kita terhindar dari kuman. kelembapan asli kulit kita membuatkan bakteria baik melawan bskteria jahat yg menumpang di kulit

      Delete
  4. awak duduk bangi ya? nanti bolehlah jumpa, akak duk sepang je kat bandar baru salak tinggi... tau kah? huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. yep. saya budak uniten bangi. hehehe. insya-ALLAH ada jodoh kita berjumpa. ^^,

      saya tahu bandar baru salak tinggi tu tapi tak pernah pergi lagi. heee..

      Delete
  5. UBAT PUN UBAT JUGA..NPE LETAK GAMBAR MAKANAN YG MENYELERAKAN TUUUUUU :D WAAA...

    ReplyDelete
    Replies
    1. heee.. sebab tadi pergi Wong Solo, so kenalah tunjuk gambar makanan. XP

      Delete
  6. Aaaa, susah ada kulit sensitif ni. Takpe dik. Selagi ada ubat, guna je okay syg :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpelah kak. nak buat macam mana. kulit macam ni buat kita jadi lebih berdisiplin. ^^,

      Delete
  7. Zumal pun kulit sensitif gak tapi masih ok bila guna dettol. Cuma produk pencuci muka je kena pilih betul2 sebab pernah guna beberapa produk dan muka jadi mengelupas... (Lebih suka produk wanita dr produk khas lelaki sebab produk utk wanita lebih lembut)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ikut jenis kulit lah kan. saya pun sama. sekarang ni pakai pencuci muka Taharah je. memang sangat bagus. beza kulit dulu dengan sekarang.

      Delete
  8. Warna ungu? Mutation? Kalau hijau jadi hulk hogan.

    ReplyDelete
  9. Dulu sampai sekarang suka dettol yang sabun buku tu. bau dia mcm oleh buat ketagih.

    cutenya mouse icon fault in our stars ni kan. xsabar nak tgk movie dia!

    ReplyDelete
    Replies
    1. bau dia memang wangi. tapi sayangnya saya x boleh pakai. sobs.

      hehe... awak dah baca ke buku dia? ^^,

      Delete
    2. belum! my friend recommend buku tu and tissue paper sekali. tp tengok trailer bestnya. tapi alang-alang keluar movie mesti tgk movie dulu..heheh

      Delete
    3. takpe. tengok je movie dulu. jangan lupa bawa tisu sekali. heee. ^^

      Delete
  10. Huhu bila gtal rasa nk garu kan kan ksn ..tu yg buat kulit makin teruk tu ..mog cepat sembuh Amy..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la pasal T___T terima kasih kak Lya ^^,

      Delete
  11. lohh...rupanya x semua kulit sesuai dengan dettol kan...nasib aik lah kulit akak JM ok..guna je sabun apa2 pun alhamdulillah ok...kalau dh jadi mcm tu tak perlu lah lagi guna dettol tu..kalau gatal mmg x menahan nak garuk je

    setengah org sensitif ngan makanan laut..makan je kulit gatal2 kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha, tu lah pasal. saya pun baru tahu. alhamdulillah, baguslah kalau kulit akak JM tak sensitif :)

      betul. saya dua tahun berpantang x makan makanan laut. alhamdulillah, sekarang makan memang dah x gatal. ^^

      Delete
  12. Sy pon kulit sensetif , slalu stress klu ttiba gatal tu dtg . G pakar kulit pon x sembuh2 . Klu gatal slalunye mandi kerap tp jarang pki sabun . Sbb klu pki kulit bertambah merah beruam .. huhu tension . Smpi skrng mandi just sabun sikit2 je . xtaw apa masalah kulit ni T_T

    ReplyDelete
    Replies
    1. aik susahnya kalau dah g pakar kulit tapi x sembuh juga. awak macam makcik saya kot. sensitif dengan sabun. cuba tanya pegawai farmasi. kadang-kadang diorang lagi better bab kasi ubat sebab diorang memang specific belajar ubat kan.

      Delete

hello dear ! thanks for dropping by. i'll make sure to reply asap !

My Instagram

Copyright © The Minimalist Traveler. Made with by OddThemes