Solat Jemaah, Eh?

10:47 p.m
apartment
hmmm...this is so weird.

assalamualaikum and hello lads!

memandangkan tadi bulan pernama, samalah dengan aku, so aku berkesempatan untuk melihat para jemaah menunaikan solat Isyak dan terawih.

aku duduk luar. awal-awal baca terjemahan al-Quran. lepas tu baca buku Hidup Penuh Erti. disebabkan aku keseorangan, aku tengoklah jemaah muslimah ni bersolat.
 

then, one thing caught my attention.

eh?

solat jemaah tapi kenapa safnya jauh benar? bukan kecil gapnya, besar yang amat. 5 orang dekat kiri sekali. 4 orang dekat tengah sana, 5 orang dekat kanan sekali. la, ini pertandingan nasyid ke?
 
 
 
okay, bersangka baik. maybe diorang tak tahu kot pasal saf ni. hmm...
 
untuk pengetahuan korang, ini antara apa yang aku belajar sepanjang aku bergelar pelajar MRSM.
 
1. saf kena rapat. 
 
kalau boleh bahu bersentuh bahu orang sebelah. biarkan SYAITAN tak dapat menyelit dekat tengah-tengah tu. jangan biarkan kosong dekat sebelah korang macam tu melainkan kalau sebelah tu dinding.
 

kalau tak, nanti SAF PUTUS! bila dah putus saf, terus korang tak dapat pahala jemaah, dapat pahal solat je. ha, kan dah sedih dekat situ. punyalah ikut imam, tapi pahala jemaah tak ada. berjemaah kan berganda-ganda pahalanya.
 
2. saf kanan ke kiri?
 
orang kata, lebih baik penuhkan belah kanan terlebih dahulu. betul. tapi kalau dah ramai sangat orang dekat belah kiri, biarlah kita yang bergerak ke kiri andai sebelah kita kosong. 
 
ustaz aku kata. kalau takut kita terbatal solat sebab gerak banyak kali punya pasal, kita gerak sikit-sikit. 
 
contoh : gerak ke kiri selangkah, berhenti. 5 saat, gerak ke kiri lagi. berhenti. 5 saat, gerak lagi. sampailah bersentuh bahu dengan orang sebelah kiri tu. 
 
3. dengar azan ke baca al-Quran?

ha. ni lagi satu yang menjadi habit orang yang rajin membaca al-Quran. baca al-Quran memang bagus. tak salah. lagi banyak dapat pahala. sebab isi masa dengan buat perkara yang bermanfaat.

TAPI kalau azan dah berkumandang je, automatically korang berhentikan baca al-Quran. hormati azan. jangan baca masa tu. lagi-lagi orang yang baca buku.
 

aku tahu esok nak exam. tapi azan tu berapa minit je la sangat. member aku kata, kalau korang baca buku masa tengah azan, 10x ganda apa yang korang baca akan keluar terus dari otak. ha, nak baca lagi masa azan?

4. tidur kaki menghadap kiblat

nak tidur tu aku tak tahulah boleh ke tidak dekat masjid or surau. tapi kalau dah penat sangat, boleh kot. better korang tanya ustaz atau ustazah. 

tapi apa yang aku tahu, KAKI jangan sesekali dihadapkan ke arah kiblat. nak tidur telentang ke, terbaring ke terbongkang macam katak mati ke tak kisah. asalkan kaki tak menghadap kiblat. okay!


5. azan jangan tidur

dah terang-terangan azan tu, kejutlah kawan yang tengah tidur. tak baik tau. kalau dia tak nak bangun juga, cakap kat dia. 

jangan sampai kau mati tak boleh mengucap nanti. 

sedangkan panggilan ALLAH pun dia tak hairan, dia nak ALLAH tolong dia masa menghembuskan nafas yang terakhir? NO WAY.

6. solat lambat sikitlah.

ha, aku PANTANG betul orang perangai macam ni. amboi solat lambat sikit ye. masuk syurga nak pula cepat-cepat. berdoa bukan main, minta dimakbulkan sepantas mungkin sebab dah terdesak sangat. 
 

tapi SOLAT, ada je alasan untuk lengah-lengahkan. 

aku nak tegur adik aku macam ni je.

korang nak masuk syurga cepat, senang je. solat awal waktu. makin awal korang solat, makin cepat masuk syurga

SOLAT kan amalan pertama yang akan dihisab. kalau solat pun entah ke mana, hmmmm...kirim salamlah pada bidadari syurga buat sementara waktu ya.

ha, lagi-lagi orang yang bekerja. oh, kerja ada due date, bukan main cepat dia buat. solat ada due date, last minute dia buat. lepas tu mengeluh. banyak kerjalah. kerja bertimbunlah. kerja macam tak pernah habislah.
 

dah menghadap ALLAH pun lambat. kan ALLAH tempat untuk kita minta permudahkan urusan. 

dalam erti kata lain,
 
kau kesempitan duit. kalau kau tak minta tolong aku cepat-cepat, ada aku nak bagi kau duit tu?
banyak lagi. kalau aku teringat, nanti aku akan sambung balik. 

okay, tu je. mudah-mudahan apa yang aku kongsikan dapat bagi manfaat dekat semua. kalau aku tersilap, mohon betulkan.

aku tidak mahu terkelu seribu bahasa nanti andai ALLAH bertanya, kenapa aku tak menegur manusia yang lain.

wallahua'lam.
post signature

Share:

9 comments

  1. nice entry.. tambah ilmu pengetahuan kat sini..

    ReplyDelete
  2. Akak kekadang frust jugak makcik2 ni taknak rapatkan saf. Nak tarik kang, orang tua. Hailaaaaa :3

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la pasal. kita kena terima yang orang lain muda ke tua ada tahap pengetahuan yang berbeza.

      kalau benda tu boleh bawa manfaat kat kita, apa salahnya kita cuba je.

      Delete
    2. Ye lah..makcik2 ni mmg slalu diri jarak2 n jarak tu jauh. Dah try mintak dekatkan saf tapi xde hasil. Ermmm..

      Delete
  3. Akak pun pernah tengok jemaah sekerat-sekerat ni dan tertanya-tanya mereka takkan tak tau kalau dah biasa pergi surau atau masjid? itu satu hal...

    Bab tidor dlm masjid atau surau tu boleh sebenarnya sbb rasulullah pun pernah tidor dalam masjid tapi dengan syarat tak ganggu jemaah nak solatlah. Ni kalau tido sampai berdengkur tu lebih baik balik tidor kat rumahlah. huhu... dah azan tu sila lah bangun nanti meninggal, jenazah berat nak diangkat.

    haaa lagi satu bab kesempitan duit tukan... dah tau sempit duit tapi kenapa tak solat n mengadu pada Allah... kalau nak harap duit tu jatuh dari langit mintak maaf lah.. Allah pun benci.. Ko ada tenaga, sihat walafiat, solatlah mintak rezeki.. ni mengadu domba pada org n mintak simpati org bg pinjam duit... ni pun paling akak tak suka... byk akak jumpa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hmmm tu la.

      oh, thanks for the information. saya memang tak pasti dalam hal ni. azan tu pun tersilap (entry saya). terlupa. haish.

      and yeah. my mistake. my bad. tersalah guna perumpaan. nanti saya tukar. terima kasih atas peringatan sis tu. ^^,

      Delete

hello dear :) x salah pun baca sambil komen kan.