Spy Kawan Dekat Alamanda

5:27 p.m
apartment
alhamdulillah hujan. ^^,

 assalamualaikum and hello lads!


haritu aku, Atul, Syikin and Azra ada keluar pergi Alamanda. alkisahnya sebab nak jumpa special someone. cewah. masa tu tak ada apa-apa relationship antara lelaki tu dengan member aku. tapi dari cara dia cakap, mamat tu memang suka dia juga.




member kata mamat tu nak belanja tengok wayang dengan belanja makan. yelah, mamat tu kewangan dah stabil, memang boleh lah belanja kitorang. muahahaha. apalagi, kitorang pakat cari tempat best untuk dimakan.



Macam-macamlah kitorang cari. google blog orang juga. sebab nak tahu best ke tidak. jumpa pun tempat yang dicari akhirnya. adeh, aku dah lupa nama tempat tu.





then, si D ni pilih cerita Maleficent. apalagi, seronoklah kitorang. aku cerita apa pun tak kisah asalkan bukan cerita Melayu or cerita terlebih romantik. romantik-romantik tengok sendiri dekat rumahlah. 



masa tu dapat tahu bukan si D ni yang nak belanja makan. member aku yang nak bayar rupanya. laa... boleh pula macam tu. dia kata si D plan nak belanja wayang je. ooo..



bila dah bincang, tak nak lah duit member aku. dia pun student juga. kesian dia. 



akhirnya sampai dekat tempat wayang, kami pun berjumpalah dengan si D. D ni kebetulan outstation dekat Shah Alam. cepat-cepat dia datang ke situ semata-mata nak berjumpa dengan member aku.



lepas dah layan Maleficent, solat kejap. masa tu member aku cakap si D nak bawa dia somewhere kejap masa kitorang dah balik nanti. dia nak cakap something. dalam hati aku, uuuu... something smells fishy.



haha. aku pun cakaplah dekat dia. 

aku : ha, nanti kitorang spy kau pergi ke mana. entah-entah pergi Tomei tak?

B : ha'a, tak pun Habib Jewel. hahaha.

C : habislah kau A. ada orang tu nak lamar kau. haha



pakat kitorang kenakan dia. haha.


masa dah makan dekat Burger King (oh, si D yang belanja), kitorang pun beransur pulang. sebab masa tu dah pukul 9.30 malam. Alamanda tutup pukul 10. kesian pula diorang tak dapat nak berbincang.



tapi sebenarnya kitorang cepat-cepat naik atas and tunggu diorang keluar dari BK. nak tergelak habislah. tak pernah selama aku hidup spy orang ni. tunggu punya tunggu, akhirnya muncul dua manusia tu.



tengok-tengok. ah, sudah! diorang naik atas! kelam kabut kitorang masuk dalam Parksons. muahahaha. lepas beberapa minit kemudian, terus lost. tak jumpa dah diorang. ALLAH, macam mana ni.



kitorang pun buat keputusan untuk berjalan-jalan dekat atas tu sambil ushar sekeliling. 



ha, akhirnya jumpa! oh, si D ni nak belanja ais krim dekat Cream & Fudge tu. 



lamalah juga ushar. menyorok dekat butik muslimah. haha. mesti pelik je si promoter yang duduk dekat situ. ini nak beli tudung ke nak mengendap?



last-last malas tunggu, kitorang pun baliklah rumah sabar menanti cerita daripada member aku tu.



oh, dia dilamar (couple) dalam kereta je. otw ke jambatan Putrajaya. haha.



okay, the end. 


aku punya cerita cinta : pada suatu hari.... dah tu je, belum ketemu si pemilik hati. sobs


adios~



p/s : oh, dont worry. member aku tahu kitorang spy dia. aku dah bagitahu. no secrets between us okay.
post signature

Share:

14 comments

  1. Waa macam best je spy orang haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. best tapi sebab tak ada pengalaman, rasa macam hampir nak kantoi dah. hahaha

      Delete
  2. Bagus u olls ni teman kawan dating.hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahha... masa tu baru nk berkenalan..

      Delete
  3. wah jadi spy yer.. kelakar je dengar spy kawan sendiri,, tapi kawan tu tahu awak spy dia. eh. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha... eager sangat nak tahu mamat tu nak bawa member ke mana. dia terkejut la juga bila saya cerita dekat dia, tapi dia kata dia tak marah pun. cuma dia tak sangka je. ^^,

      Delete
  4. SELAMAT TUNGGU BERBUKA :) HEHE..

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat berbuka. dah terawih pun ni. ^^

      Delete
  5. Owh...bukan main ye semua.
    Ramai tak cik abang tu nak kene blanje ?
    Pokai lah die :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehehe... tak ramai pun, empat orang je. ^^, takpe, dia engineer :P

      Delete
  6. Bagus jugak spy kawan hehehe ..kita tak tahu niat sesorg kat kawan kita tu kan ..Elok jugak la camtu hehehehe tp jgn amalkan selalu ya Amy

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha... eh, takdelah selalu pun. sebab diorang baru first time keluar sama-sama. saya pun dah sound mamat tu awal-awal. make sure bawa balik kawan b4 midnite. kita pun risau gak. ^^,

      Delete
  7. kawan yang prihatin ni.
    Semoga ketemu idaman hati, tapi cinta selepas nikah. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha. moga-moga. saya pun berharap macam tu juga. andai kata jodoh saya macam tu, saya terima. ALLAH sahaja YANG TAHU SEGALA-GALANYA..

      Delete

hello dear :) x salah pun baca sambil komen kan.