Susah Sangat Ke Nak Minta Maaf?!

11:02 a.m
apartment 
tak boleh jawab exam. sobs.

assalamualaikum and hello lads!
 

korang ada tak kawan yang SUSAH sangat nak minta maaf? 

apa yang menyebabkan diorang susah sangat nak minta maaf ye? macam orang selalu cakap, ada emas agaknya dalam mulut tu.

tak jatuh maruah pun kalau minta maaf dekat orang. 

ini dah lah tak minta maaf, lepastu tuduh orang lain pula. ni dah kenapa?
 

tak tahu ke dua ayat ni >>> terima kasih and minta maaf <<< dah boleh buat perasaan orang tu tenang sikit. kalau terlanggar, minta maaf. even kita tak sengaja pun. terima kasih even benda tu small matter je pun.

aku pernah bagi satu paper dekat member aku, tapi dia berterima kasih dekat orang lain. eh, aku tak mengharapkan ucapan tu. tapi terima kasih dekat orang lain pula, eh, tak nampak ke? ke pandang yang cantik je?


maaf lagi sangat penting. contoh macam Kiki tu. siapa ingat lagi dia? lepas peristiwa MH17, terus nama dia hilang. doesn't matter. 

even apa yang dia buat tak boleh nak dimaafkan sebab dia sangat biadap dengan orang tua and dia racist, tapi dia buat pengakuan mohon maaf.

cuba buat dekat orang lain. entah-entah orang tu tak minta maaf langsung pun. macam certain celebrities tu. pakat ni tuduh sana, sana tuduh sini. dua-dua tak nak mengaku salah. haish.

orang yang jadi mangsa tu maybe akan reda balik hati dia, tapi kena ingat, dia akan sentiasa makan hati. dia takkan percayakan kau dah. dia takkan berkawan dengan kau dah. dia dah hilang langsung rasa hormat dekat kau.

PLEASE. aku ulang sekali lagi. it's not that hard to ask for forgiveness. TAK JATUH MARUAH pun. lagi orang hormat kau kalau kau mengaku. 
 
ya, memang kesalahan tu takkan boleh ditebus. tapi sekurang-kurangnya sejuk sikit hati orang yang jadi mangsa tu. 

kesian kawan aku, menangis dia semalam. selalunya dia bertahan je. lama-lama dia break juga.

lepas tu kerja nak menjawab je. bila orang cakap, menyampuk. lepas tu bila tegur, marah. bukannya nak terima. aku cukup PANTANG dengan manusia macam ni.

aku orang tegur pun aku bising juga, tapi aku buat. sebab dia nampak kesalahan aku dekat mana and dia nak aku berubah. kalau tak, dia biarkan aku je sampai bila-bila dengan perangai buruk ni.
dah lah tak boleh nak minta maaf, pergi kutuk orang lain tak reti nak cakap sorry. eh..

ha, aku dah berapi, memang macam-macam aku cakap. takpe, ni salah satu cara aku hilangkan kemarahan. biarkan je aku. nanti aku sejuk balik.

p/s : aku bukan insan sempurna juga. tapi aku cuba belajar dari kesalahan aku sendiri. andai ada yang terasa, aku minta maaf.
post signature

Share:

7 comments

  1. magic words = im sorry thank you

    ReplyDelete
  2. memang ramai yang macam tu, susah sangat nak mintak maaf even dah terang lagi bersuluh salah sendiri kann??? hurmm....

    ReplyDelete
  3. even we ourselves ada masanya susah nak apologize....

    ReplyDelete
  4. Owh..tak ingat ade ke kawan yang susah mintak maaf. Sepanjang kerja alhamdulillah ok. Tapi, baru teringat ade sorang tu tiba2 dia cakap kasar dengan saya..n layan saya tak macam selalu. Tapi, saya buat baik je ngan dia macam biasa. Saya buat salah ke? Macam tak. Sekarang dah transfer tempat kerja, so takde contact dah. Pelik juga..

    ReplyDelete
  5. Stresss woooo jumpa orang mcm ni. Ego dia tinggi kot. hmm.

    ReplyDelete
  6. orang susah nak minta maaf tu memang EGO, so sempena syawal yg bakal tiba akan ingin minta minta maaf jika ada terguris hati yek. Seronok dapat kenal Amy J

    ReplyDelete
  7. Di bulan Ramadhan yang penuh kemuliaan. Saya memohon maaf diatas salah dan silap perkataan sepanjang komen di blog ini. Selamat Hari Raya Aidilfitri moga beroleh kebaikan sepanjang tahun dan selamat menghabiskan baki ramadahn dengan sepenuh usaha

    Nak kad raya :p

    ReplyDelete

hello dear :) x salah pun baca sambil komen kan.