Tradisi Raya Keluarga Aku

7:13 a.m
Rumah Syurga Dunia
kemas rumah. esok balik kampung.

Assalamualaikum and hello lads!



Mesti semua dah pakat fikir nak beraya kan. Of course. Siapa yang tak suka bila raya dah datang. Dapat makan kuih raya, dapat duit raya, dapat makan lemang. Lemang and ketupat ni boleh dapat bila-bila, tapi kalau mood raya tu tak ada, tak syok juga jadinya kan.

Harini aku nak bercerita pasal tradisi raya keluarga aku. Haritu member aku bagitahu, kalau raya pertama je, family lain akan datang rumah diorang dulu. Memandangkan rumah ayah dia sangat dekat dengan rumah nenek dia. 

Aku pula macam mana? Kalau family dekat Selangor, raya pertama je semua pergi solat raya. Yang tak boleh solat tu, kena pergi rumah nenek hidangkan mana yang patut sebelum semua pulang dari masjid. Nenek aku sangat rajin buat rendang ayam and kuah kacang. Kalau arwah atuk masih ada, ketupat wajib ada. Lemang pun kalau atuk rajin.

Then, dah makan-makan semua, barulah bersalam-salaman. Nenek tak bagi salam dulu selagi tak makan. Kalau tak, semua pakat lapar. Muka toye je. Hahaha.

Bila dah bersalam-salaman, pergi rumah saudara mara yang lain pula. Since rumah saudara mara belah atuk sangat ramai dekat area sini, so pergilah ramai-ramai.
 

Raya kedua pula, saudara dari Klang datang menziarahi. Saudara aku dari Klang akan datang satu family besar. Satu family besar tu ada lima family. Sekarang dah bertambah since abang dua pupu and kakak dua pupu aku dah berkahwin and dah beranak.

So, kalau dah raya kedua diorang datang Shah Alam, raya ketiga kami pula datang Klang. Weeee…

Tapi kalau beraya dekat Banting dulu, family ayah aku, kitorang lepas solat raya terus beraya dekat rumah saudara mara barulah malamnya bersalam-salaman antara keluarga. So, kalau korang datang raya rumah nenek aku, confirm tak ada yang menjawab salam. Hehe. ayah kata kadang-kadang 3 hari pun x cukup nak beraya dekat Banting tu sebab ramai sangat.

Ha, kalau korang pula macam mana cerita tradisinya? Entah-entah sama. Or entah-entah lain gila ke. Aku nak tahu juga ^^,

Okay tu je, makan kuih raya tu nanti jangan sampai lupa dunia ye. Untunglah siapa yang still dapat duit raya tu. ;)

Adios~



post signature

Share:

16 comments

  1. hye..syira jalan-jalan pagi terbang melayang ke blog anda sebelum pulang ke kampung :D
    maaf zahir batin !

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih. selamat hari raya juga :)

      Delete
  2. Ee bestnyaaa! >< Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin Kak Amy J <3
    Maafkan segala salah silap saya ya .. hhee Semoga terus istiqomah melakukan ibadat kepada Allah :D
    mm untungnyaaa siapa yg masih dapat duit raya tuuu :/ >< :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat hari raya dearie :)

      terima kasih. sama juga akak to awak. maafkan akak andai pernah terkasar bahasa dengan awak ye. ^^,

      tu la psl, untung sangat. hehehe

      Delete
  3. mkn kuih jgn lupa dunia hihi... setuju!

    ReplyDelete
  4. Salam Aidilfitri yang akan datang. :)

    ReplyDelete
  5. Amy! Mesti dh sabar nk raya kan, akak pun sama heeeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha'a, dah tak sabar sangat! hiiii ^^

      Delete
  6. ngeeee... x sbr2 nk blik kampung kat ganu (kampung aisyah).. hee.. apa2 pun..samat ari raya kak amy :D
    kosong2 yea kak :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. semoga perjalanan sis ke kampung dirahmati ALLAH. ^^, saya pernah g ganu kejap sebab saudara ada yang duduk situ. heee..

      selamat hari raya juga aisyah :)

      Delete
  7. Sy kalau pi mintak duit raya rumah ke rumah kena halau la jawabnya. Mengharap duit raya dari adik beradik ja lah, dh besar pnjg lah kata kan..hehehe

    Selamat hari raya amy. Kosong-kosong ye. Hehehe :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha. kalau macam tu, kena berlagak macam budak sekolah sikit. biar orang bagi, jangan diminta. heee...

      selamat hari raya juga. kosong2 :))

      Delete
  8. kalo sebelah akak kt PD pg pg ziarah kubur pastu berkumpul kt rumah nenek...pastu beraya la kt rumah sedara mara...sebelah suami lain lak cara diorg...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hmm.. kan. rupanya semua orang berlainan cara beraya. ingatkan sama je flow nya.

      Delete

hello dear :) x salah pun baca sambil komen kan.