5:36 p.m
apartment
siap-siap pergi masjid.
assalamualaikum and hello lads!

"aku benci betul tengok budak pakai tudung labuh tu.""hek eleh, dah tahu alim tu, beragaklah sikit. tak payah nak pandang slack bagai."
itu ayat yang pernah aku dengar dari member-member aku sendiri. nak marah diorang ke? ha, jangan judge lagi sebelum korang dengar cerita yang sebenarnya.
aku perasan, kalau yang alim, berkawannya dengan yang alim je. kalau persatuan agama islam tu, budak-budak tu jelah yang masuk. kalau makan, makan sesama diorang je.

aku tak kisah benda tu. tapi masalahnya, ada certain manusia yang bertudung labuh ni terlalu memandang rendah dekat orang yang tak 'alim'.
SILAP GILA DEKAT SITU. mentang-mentang diorang tak pakai tudung, senang hati korang pandang serong dekat dia. mentang-mentang diorang tak join usrah, terus korang menjeling dekat orang macam ni.
manalah budak-budak tak 'alim' ni tak pandang rendah dekat yang bertudung labuh juga. manalah diorang berminat nak join persatuan agama semua tu.
sepatutnya, korang bergaul dengan semua orang. jangan ada batas. jangan memilih. aku pun memilih. sebab apa, sebab jadi macam ni lah. berkawan dengan tu, yang tu pula lari sebab apa, sebab aku tak hot. kawan aku dipulaukan sebab dia tak bertudung labuh.

macam tu je. mudahnya manusia judge orang lain.
wahai perempuan bertudung labuh, korang kena ingat. kita semua dulu sama je jahil macam yang lain. kita bukan keluar-keluar terus alim dah.
aku dulu pun jahil. stokin tak pakai. lengan baju aku senseng (betul ke ejaan ni?). tapi disebabkan akak-akak senior masa dekat mrsm dulu yang tak memilih dalam bab menarik adik-adiknya ke arah kebaikan, aku mula berubah.
tapi masa aku masuk u, aku jadi pelik. kenapa mesti perangai macam ni? cubalah berkawan dulu, cubalah kenal dia dulu. at the same time, carilah kesempatan untuk ajak dia ke jalan ALLAH.
perempuan ni hati dia rapuh. senang je dia nak berubah. tapi sangat senang dia nak berubah jadi jahil semula.
ini pergi tarik yang bertudung labuh juga. tak salah. aku tak cakap salah. cuma dari segi perspektif kita dalam memandang ke arah perempuan yang tak menutup aurat ni, buat kita jadi manusia yang tak berhati perut.
aku pernah terjumpa seorang perempuan yang sangat seksi. aku ingatkan bukan Islam. tapi muka dia memang Melayu. hati aku dah kutuk macam-macam.

teruknya perempuan ni. terpesong betul.
masa sibuk ushar dia, aku ternampak dia pegang satu buku. aku tenung lama-lama buku apa yang dia baca. and akhirnya aku nampak masa dia sibuk belek muka depan.
HIDAYAH MILIK ALLAH.
masha-ALLAH, sedangkan aku pun tak baca buku tu. rasa macam hina sangat sebab dah kutuk dia bukan-bukan.
tengok, jangan suka judge orang melalui personaliti luaran dia.

itu je aku nak cakap.
adios~

awak..memang betol apa kate awak..saye stuju sgt..mmg tak boleh nilai orang from their cover je..sy pon pnah niat nak pakai proper labuhkan tdung sume..tpi sy bru sdar betape perlunye kita kuat dri sifat riak n ujub.kkdg boleh buat kn kite rse kte lebih dr org laen.sy tak mo jd cmtu..so ape2 pun mulekan dri hti dlu..sy pnah lalu kawan2 tdung labuh kekdg seolah2 mmndang slack kat kte yg bese2 ni..
ReplyDeletehmm...betul. biarlah kita berubah kerana ALLAH. bukan sebab nak menunjuk-nunjuk dekat orang lain. even pakwe sendiri sekalipun. kalau berubah macam tu memang tak kekal lama.
Deletetapi kalau awak dah try berubah nak pakai tudung labuh, baguslah. ^^, bukan mudah, manusia akan selalu mengata. tapi biarkan je. asalkan ALLAH suka. heee...
Hmm.. apa2 pun dontt judge seseorang by its cover... kene bersangka baik selalu dgn org walaupun dia ni jahat atau baik sekalipun. huhu...
ReplyDeleteassalamualaikum unnie~ Aisyah tagged unnie dalam ga ni.. harap unnie dapat joinkan diri.. ^__^
http://mydreamhigh123.blogspot.com/2014/07/ga-cik-anita-saya-nak-menang-baju-free.html
indeed. sebab kita senang menghakimi lah, manusia boleh terus membenci kita even dia tak kenal kita pun kan.
Deleteinsya-ALLAH, nanti saya join. ^^,
Kat uni mmg mcm tu. Orang bertudung labuh dan tak bertudung labuh sama sahaja. Kkdng akk tak suka pandangan mereka yg bertudung labuh. Bukan semua. Yer, kkdng akak malu jugak. Wuwuwu. Tapi, bila pergi masjid je, dorang selalu pandang lain macam kat akak. Ingat nak istiqamah nk g surau, alih2 solat dlm bilik je.
ReplyDeleteTapi, walau mcam mana baik pun kita, kita mesti akan judge orang. first impression. even dalam hati je. dah kenal, dah paham, barulah slow2 perasaan jahat tu berkurang. hehe.
paham tak? hahah
tu la... sebab pandangan manusia macam ni buat kita rasa rendah diri pula. saya dulu pun segan nak pakai handsock sebab kat sini sorang pun tak pakai. tapi fikir balik, kenapalah nak ikut orang. kita pun tak kan ke mana.
Deletefirst impression ni yang susah. sedangkan ALLAH pun tak mudah judge kita, inikan kita hamba yang biasa-biasa je.
saya faham apa yang akak cuba sampaikan tu. thanks for the sharing anyway. ^^,
(takpe, perempuan lebih elok kalau solat dekat rumah je ^^,)
this is so deeeppp! mata membulat sekejap. hahaha. sokong sangat sangat. yeappp bukan semuanya macam tu. ada sesetengah saja. mungkin mindset mereka dah macam tu. asalkan tak bertutup mesti jahat. apa yang leh buat, berfikir positif jelah. alahaiii, semoga dijauhkan dari sikap aceni
ReplyDeletehmm.. mudah-mudahan. kita memang takkan terlepas dari fikir bukan-bukan. tapi tu lah, kena ingat juga. kita pun bukan manusia sempurna kan. kita pun ada kesalahan sendiri. we have our own reason why we become like this.
DeleteSetuju sangat-sangat. Inilah lumrah kehidupan kita. Manusia cepat sangat menilai seseorang tanpa mengenali mereka dengan lebih dekat. And 1 lagi selalu buat spekulasi sndiri tnpa usul periksa. Tak elok macam tu kan? Semoga kita semua istiqamah dalam melakukan kebaikan dan membantu memperbetulkan orang lain. Menegur itu lebih baik dari menghina / tanpa buat apa-apa :)
ReplyDeletebetul. tak baik kita buat macam tu. insya-ALLAH, mudah-mudahan. setiap manusia mampu berubah kalau masyarakat sekeliling dia tak mudah menghukum dan menghina tanpa sebarang sebab yang kukuh.
Deletesetuju juga dengan entry ni.. lebih biak jangan buat penilaian dari pandangan pertama.. kalau kita tak kenal, kita tak tahu orang tu macam mana.. semoga kita semua tidak berfikiran yang sedemikian..
ReplyDeletepandangan pertama boleh membunuh. ceh ayat. tapi itu kenyataan. kalau kita buat macam tu selalu, nanti kita yang malu. yang kita tak suka tu lah yang akan tolong kita nanti.
Deleteinsya-ALLAH. mudah-mudahan.
Sokong....jangan sesekali kita memandang rendah pada yang lain....nanti sifat riak pula yang muncul...moga kita semua sentiasa merendah diri...kerana siapalah kita untuk menilai orang lain....kita pun bukan la sempurna sangat....peringatan buat diri akak sendiri juga...
ReplyDeletebetul. sama-samalah kita berusaha ke arah kebaikan. ^^,
Deletetak semua orang macam ni.. cuba mention sikit "tak semua yang bertudung labuh" hihi bukan apa, wawa ada jumpa sorang akak ni.. baik sangat.. cara dia menjaga adab dia, menegur orang lain.. boleh dikatakan perfect la.. lagipun dia friendly.. :)
ReplyDeleteEntry terbaru: Cara-cara membuat mc' flurry^^
kalau perasan, saya ada tulis 'ada certain perempuan bertudung labuh...' ^^,
Deletesaya pun bertudung labuh. jadi saya pun terasa mula-mula. lama-lama bila fikir, biarlah kita berkawan dengan yang orang kata 'tak alim' ni. kita selami hati dia, kenapa dia tak nak berubah lagi.
yes memang betul. tak semua bertudung labuh tu jahat. ramai kawan saya yang baik dengan saya. mesra, tak sombong langsung dengan semua orang.
saya cuma bercerita dari perspektif orang yang tak bertudung labuh je. kita tak boleh memandang terlalu tinggi dan terlalu rendah dekat orang lain kan. ^^
dulu mase belajar akak bertudung labuh.
ReplyDeletengeee...
dak SMAP la katakan ..
hehehe...saya pun dulu labuh gila. tapi dah singkat sikit sekarang, but still tutup dada semua.
Deletedah keje..tudung labuh dah hilang.
ReplyDeletebukan salah tudung tu. betul tak? Salah orangnye ...sebab akhlak tak selabuh tudungnya.
hmm..betul. diri kita yang susah nak istiqamah ni. kadang-kadang saya pun terpesong gak, tak pakai stokin bila keluar rumah. sobs.
Deleteade pengalaman dengan seorang cikgu bertudung labuh ni.
ReplyDeletemase tu akak sebagai doctor nak gi check students kelas dia.
kami dah ikut prosedur, dah inform Guru Besar - die yang taktau.
Bile nurse akak dating. Die peril segala bagai kuat2. Nasib akak xde kat situ, kalau tak..dah kene sound sebab akak jenis' sound direct'. Cume sekarang dah makin tue ni dah matured sikit . Dah malas nak layan orang2 macam ni. Buat abes air liur je. Bak kate Pakar akak, anggap je wayar dorang ni dah short. Everytime akak ingat pesanan die, akak gelak sorang2. Tak jadi marah.
typo *perli.
Deletehmm... macam tu lah jadinya kan kalau tak tahu pangkal cerita. kalau dah sedar and malu takpe juga. ini kalau orang tu dah sedar tapi still tak faham-faham bahasa juga. still tak insaf, haish..
Deletelol, wayar short. haha. macam tu saya fikir cara akak juga la. ^^,
betul tuh sgttt setuju...dlu akak pun bkn la baik sgt kan..jahil gak...pernah free hair n so on..tp xla akak memilih ken...semua akak berkawan sbb x semestinya yg tudung senteng,free hair nih jahil sgt,jht sgt yg tudung labuh very the nice person...nih akak bkn ckp semua la ade di antara yg btudung labuh nih lg teruk sikao diorg drp yg x bertudung..
ReplyDeleteyep. tak semua perempuan bertudung labuh macam tu. saya cuma bersuara untuk orang yang bersikap macam ni je. kiranya nak cakap, hati kita ni ALLAH je yang tahu. kita tak ada kuasa untuk menilai seseorang dari paras rupa dia or cara pemakaian dia je.
DeleteKadang-kadang yang tudung labuh tu bukan tak nak bertegur sapa. Pemalu agaknya. Biasalah perasaan riak tu. Orang bertudung labuh berstokin, berpurdah tak semestinya baik. Cuba kalau kak amy tegur diorang. Konfem diorang balas dgn ramah. Ana pun bukan baik sangat. Tapi ade berkawan dgn budak2 hijrah ni. Yg alim yg ade usrah tu ana berkawan je. Dgn syarat kita menyapa dulu.
ReplyDeleteManusia memang suka menilai seseorang dengan sekali pandang je.
pemalu boleh. memang perempuan digalakkan untuk bersikap malu. tapi malu sambil tundukkan pandangan tu berbeza dengan yang menjeling maut dekat kita.
Deletebetul. akak pernah tegur diorang. memang ada yang peramah. siap ajak datang rumah lagi buka sama-sama.
tapi tu lah, kita ni perempuan sama perempuan. apalah yang nak dimalukan even hanya untuk senyum. kalau lelaki tu lain cerita, memang kita kena sombong kan.
akak buat post ni untuk nasihatkan diri akak juga. maaf andai ada yang terasa.
Agreed :)
Deletebetul betul . kita suka menghakimi orang. sekali pandang,terus hukum orang tue macam nie, macam tue.. dan hidayah itu milik Allah
ReplyDeleteyep! bertuah siapa yang mendapat hidayah dari ALLAH kan. ^^,
DeleteMemang x baik menghukum orang, tapi bila batang hidung kita kene..kita tau rasenye..macam saya. Mungkin ramai yang xde experience.
Deleteorang yang tak ada experience yang senang menghakimi. dia tak pernah fikir dulu, entah-entah orang ni sombong sebab something. lelaki ni tak romantik maybe sebab dulu ex tunang dia cakap dia terlebih romantik. who knows...
DeleteTertarik dgn entri ni terus terasa nk komen sbb x semua bertudung labuh tu hatinya suci sbb hanya pakaian mrngikut syariat islam tp perangai dan akhlak ya ampun sbb pernah kenal org mcm ni. Kita yg pakai tudung singkat ni maksudnya x lah labuh sgt tp tutup apa yg perlu d tutup rasanya lebih ikhlas
ReplyDeletebetul. saya setuju. ada yang bertudung labuh, baiknya memang baik. x judge orang. tapi ada certain manusia bertudung labuh, perangainya..hmm...
Deletesetiap manusia dinilai dengan perwatakan. bukan dari luaran dahulu. tapi sifat manusia. first impression reflects everything inside kononnya.