9:06 p.m
apartment murni
Push - Enrique Iglesias
assalamualaikum and hello lads!

ha, ada sesiapa ternanti-nanti x entry aku pergi Johor? muahaha... perasan sendiri.
disebabkan memang aku excited nak bercerita, aku pun cerita je lah dekat sini. xdelah gempak mana pun. most of the time, aku tak sempat nak capture gambar sebab busy hanging out dengan best friend and busy dengan open house.


okay, aku mulakan dengan pagi Jumaat. kami bergerak pukul 7.30 pagi sebab tiket tak beli lagi. hehe. member Johor kata tak payah beli awal-awal sebab tiket kat TBS tu berlambak. and dia suruh beli tiket bas dari kaunter Causeway Link Express.
sebab setakat ni, bas tu tak bawa apa-apa masalah. bawa pada kadar kelajuan yang ditetapkan. and tempat pun selesa.
kami sampai ke TBS dalam lebih kurang pukul 8 pagi macam tu. sampai je aku suruh member berhentikan aku dengan depan lobi tu, senang aku beli tiket then barulah cari parking.
tapi kaunter tutup pula. adeh, last-last parking dulu baru beli tiket. ingatkan nak beli pukul 9 pagi punya. tapi orang tu kata ada pukul 8.30 pagi punya. belek jam, eh, dah 8.20 pagi.
apalagi, aku tengok Azra, Azra tengok aku, kami pun setuju ambil yang tu punya. kelam kabut pergi tandas, cari sarapan semua. hahaha..



![]() |
comel je bas, ada smiley. hehe |
then, turun bawah kat balai pelepasan. lah, tak ramai rupanya. maklumlah, bas on the spot. 6 orang je dalam satu bas. muahahaha.. pilih lah tempat mana-mana nak duduk. boleh pula masa dah naik bas, aku tertinggal sarapan dekat kerusi. -.-
nasib baik perasan. kalau tak, kebulur aku dalam bas. T__T
akhirnya sampai di bus stop Seri Putri. tapi Azra ikut Syikin balik rumah, aku lak ikut Hana pergi jalan-jalan.
memang gitulah plannya. hari Jumaat aku spent masa dengan Hana. hari Sabtu pula dengan Syikin memandangkan open house Syikin jatuh pada hari Sabtu and aku pun kena balik dengan dia hari Ahad.
destinasi pertama kami ialah Johor Premium Outlets. Member aku kata tempat dia memang lawa. serious kena pergi. cuma barang dia mahal gila!








tapi kalau dah sampai sales tu, memang jatuh mendadak sungguhlah harganya. kawan aku kata lagi, bulan 3,6,9 and 12 selalunya confirm ada sales. oh...
korang ingat tak obsesi aku pasal jam tangan, ha, kat Vincci aku beli dua jam tangan. hehehe.. akhirnya aku ada 3 jam tangan! yeah!! pencapaian yang bagus untuk aku.
oh oh, member aku belikan minyak wangi Heartbreaker keluaran brand Victoria's Secret kau. ^^, aku tak tahu nak kasi hadiah apa dekat dia. sedihnya. dia suka hadiahkan aku macam-macam. thanks Hana :')

dah nak dekat Maghrib tu, kami singgah UTM, mandi-mandi semua. rehat kejap.


lepas tu makan-makan dekat Johnny's Restaurant. first time aku makan dekat Johnny's. selalu dengar orang cakap je pasal tempatnya. harga bolehlah untuk steamboat kan. rm15 sorang tak termasuk taxes.





malam sikit barulah gerak ke Bazar Karat. oh, samalah kiranya macam Uptown Damansara tu. eh, ye ke? aku rasa Damansara Uptown lagi best kot. heeeeee.. jangan marah.
sebenarnya Hana nak pergi Chaiwalla je. dia kata minuman kat situ sedap. so, aku pun join je lah, sebab dia lagi arif dengan tempat ni. pergh, ramai rupanya singgah dekat kedai dia. ala-ala Starbucks lah kiranya cuma murah sikit.


![]() |
gambar bukan hakmilik |
tempat dia sangat santai. nak ushar-ushar manusia sangat best. kami ler tu. heeeeeeeeeeeee...
esoknya barulah pergi ke rumah Syikin pula. siap tolong emak Syikin semua.
malamnya, dengan penat lelah, rancangan kami perlu diteruskan. pergi jalan-jalan dengan pakwe Syikin. hehe. aku suruh pakwe dia bawa kami ke tempat makan paling best dekat situ. dia kata beresss..
dah berjalan-jalan semua ke Kota Iskandar lah, Bukit Indah lah, akhirnya kami pergi dinner.
MURAH gila oi! deep fried chicken chop besar tapi harga rm5 je. fish and chips pun rm5. tu lagi besar! serious aku tak tipu.


![]() |
gambar bukan hak milik |

kedai dia biasa je. warna HIJAU. kedai lot tu. tapi aku tak suka satu je. kat luar ada banyak lipas. sebab dekat longkang kan -.- MENYAMPAHNYA!!!!!
patut ambil port dekat dalam, baru sedap sikit. adeh.
ha, kalau korang nak pergi situ, jangan lupa order chicken chop bersama bandung soda float. memang mantap! sos chicken chop tu sedap sangat bagi aku. orang lain aku tak tahu.
ni alamat dia : Kedai Angah D&C, No. 21, Jalan Padi 2, Bandar Baru Uda, Johor Bahru
lusa, barulah kami gerak balik. habis cerita. tak banyak pun.
okay, tu je.
adios~

bestnyaaa..belum berkesempatan lg nak pergi sana..
ReplyDeletetakpe. satu hari nanti dapat la tu g sana ^^, saya ni pun dah 22 tahun baru dapat jelajah Johor. hee
Deletefuyoooo pegi JPO tuuuu!!!! sy yg duk johor ni dan masa belaja dlu lalu situu byk2 kali ponn xpna jejak situ taww!hahahahahaha sadis btl -,-
ReplyDeletehehe. biasalah tu, bila kita orang negeri tu, memang berkurun nak g, tapi kalau dari negeri lain, semua tempat nak tengok. ^^,
Deletesaya orang shah alam dari kecil pun x pernah lagi jejak Masjid Negeri T_T
Wahh..besttnyaa..wanie yang orang Johor ni pun tak pernah sampai sana lagi..
ReplyDeletehehehe.. nanti ada masa g la sana :P
DeleteWaa.. jauh di Selatan :3
ReplyDeleteyeeee.. ^^,
Deletekak Amy pakai camera apa ek ? cantik lah gambar dia
ReplyDeleteakak pakai kamera hp je. hahahaha...
Deletesatu hp akak - Sony Ericsson Xperia Arc S
satu hp kawan akak - apa entah nama hp dia.
kamera fon sony mmg cantik =)
Deletekrungkrung suka kamera fon sony dgn iphone yg laen tak berapo gemar sangat heheheh
ha'a, akak dari dulu pakai sony. hehe..
Deleteiphone pun orang kata cantik sangat gambar dia an. ^^, tapi akak x mmpu beli iphone. heee
Akak pernah pergi bazar karat, and chicken chop murah tu. sedappp
ReplyDeletebetul!!!!!!!!!!!!! ^^,
DeleteWahh menarik... tak pernah lagi pergi ke JPO tu. Nice sharing Amy.. :)
ReplyDeletenanti jangan lupa singgah sana, memang cantik ^^,
DeleteOrait.. :) :)
Deletesuke blog ni, cantek! salam kenal ye! :D
ReplyDeleteterima kasih :') salam kenal juga ^^
Deletesebulan sekali kalau xde ppe, mmg akan gi JPO... window shopping je..kalau ad yg berkenan n ada duit mmg rembat aje bju2 kt sne..hikss! Seriouslyy jhonny tu sorg rm 15 jee ?????????
ReplyDeletewah, untunglah awak XP
Deletetu lah, haritu pun kebetulan memang ada duit. heeeeee...
kami beli yang set. satu set tu rm32.90. satu set tu untuk 2 orang. so sorang dalam rm15. tapi itu x campur tax. T_T
Kak Ros yang duduk JB ni pun tak pernah gi restoran Angah ni..hihi. memang murah tu, RM5 :)
ReplyDeletenanti jangan lupa g sana. insya-ALLAH memang berbaloi ^^,
DeleteKak Ros dulu ulang alik Kl ke JB, selalu naik bas KKKl.. :)
ReplyDeleteoh, ye ke? kawan pun ada recommend bas tu. insya-ALLAH balik dari Segamat minggu depan nnti naik KKKL ^^,
Deletelucky you! tak dapat lagi nak jejak kaki ke JPO
ReplyDeletenanti jangan lupa tau singgah sana. ^^,
Deletemakan steamboat bestnya.... yg tu paling meriah akak tengok... habis ke tak tu?
ReplyDeleteheeee.. kawan mengidam XP
Deletehabis, yeah! tapi sayur je x abes. besar sangat -.-
Wah, da pergi JPO..ni yang jeles ni..Cik Mimie tak berkesempatan lagi T_T
ReplyDeleteApa-apa pun Johor best kan ? Teeheee :)
ha, nanti jangan lupa g erk. hehe.
Deletealhamdulillah, setakat ni best la juga Johor. ^^
wow menaik ni..Saya xpergi lagi.. :(
ReplyDeletexpe, satu hari nanti dapat ler tu g sana ^^,
DeleteBilalah akak nak sampai JPO ni?
ReplyDeleteOwhh..makan Johny's ye..asben akk suka steamboat ni.
ada masa nanti sampailah tu. hehe.
Deletesaya x berapa suka, tapi kalau makan free, saya follow dengan rela.muahahaha
pergi x ajak
ReplyDeletealamak, sorry kak mimi. heee
Delete