Ha, Dah Nak Dekat Dah Tu -JODOH-

5:27 p.m
apartment murni
menari lagu Hindi

assalamualaikum and hello lads!

aduh. mentang-mentang harini tak ada post, makin merudum ranking aku. haha, takpelah. tak penting mana pun benda tu untuk aku. 

orang kata selalunya masa tengah duduk sibuk beraya, orang tua mesti akan tanya

ha, bila nak kahwinnya?

ha, calon dah ada ke?

ha, takkan tak ada mana-mana 'kawan'?

aku tunggulah (lol) juga kot-kot ada orang nak bertanya soalan tu. sebab aku dah get ready untuk tersengih-sengih sahaja tanpa membalas apa-apa kepada persoalan tersebut.

tapi tahun ni lain pula ceritanya.

bila masa mak bapak duk perkenalkan diri, 

ni anak saya yang sulung. dah belajar dekat UNITEN, budak letrik bla bla bla...

diorang pandang aku, aku senyum and diorang kata

ha, ni bila-bila je dapat kad kahwin ni. 

tak pun, masa ayah aku duk mengajak datang rumah, diorang pandang and diorang kata

ha, ni pun dah nak dekat dah ni. bolehlah nanti akak datang rumah kau, Jo (ayah aku).

eh. -.-

kalau sebelum ni, aku bersedia untuk tersengih, ini apa pula reaksi aku nak bagi? T_T

mak cik, saya calon tak ada lagilah. mana pula dah nak dekat majlis kahwinnya. sobs. 

sedih i sedih. 

okaylah, tu je. nak sambung menari. 

adios~
post signature

Share:

41 comments

  1. Sama lah. Asal ada org dtg rumah je mesti tanya pasal kahwin padahal kita ni muda lagi. *cewahh perasan muda jap. Org tua2 mcm tu lah, suka menyakat. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha. of kos, kita masih muda. saya baru 22 tahun. sobs T_T

      bila menyakat dengan cara baru, xtahu nak bg reaksi apa. heh

      Delete
  2. hihihihihii..Macam mana nak respond tu...Mmg dh dekat kot.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. entahlah. ALLAH je yang tahu bila dah sampai masa jodoh tu. ^^,

      Delete
  3. hahahaha biasa laaa.. umo2 macam kite nihh. memang salu kene sakat jelaa,, xpe.. inshaaALLAH ade je jodoh tuu.. cuma kite je xpasan ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. insya-ALLAH. mudah-mudahan adalah. dah jealous ni tengok housemate semua ada pakwe. sobs.

      Delete
  4. Akak pulak ada soalan pemes tahun ni. Nanti akk update blog. hehe

    ReplyDelete
  5. Biasa la tu.. Orang tua2.. Kita kena buat tak tahu aja laa.. Hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Buat taktau je.
      Orang tua mmg cenggitu.
      Buat dono je..

      Delete
    2. haha. sebab tu saya cuma mampu tersengih sahaja.

      tapi kalini terpaksa poker face sebab tak terjangka akan keluar ayat macam tu. -.-

      Delete
  6. Akak kawen umo 24 kalau x silap.
    Kalau orang dulu kata dah lewat.
    Tapi, orang sekarang kata awal sangat.
    Hehe..
    7thn kawen anak dah tiga.
    Tu pun merancang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah, kalau zaman dulu, 16 tahun pun dah kahwin kan kak.

      alhamdulillah, anak tiga tu saya kira memang dah cukup bagus. dah lah tiga-tiga lelaki kan kak. hero semua. perghh. ^^,

      Delete
    2. Akak ni pulak..suma sebok tanya bila nak tambah lagi kot dapat gurl.
      Kot tak dapat cemane?

      Delete
    3. takpe kak. macam orang kata, rezeki tu di tangan Tuhan. ^^,

      kurang-kurangnya dah ada anak kan. manusia, ada je yang dia nampak kelemahannya di mana-mana.

      kakak kepada kawan adik saya, 7 orang anak, tujuh2 tu hero. huuu. memang haru sungguh rumahnya.

      ummi saya pun, 3 perempuan, lepas tu baru lelaki. mak cik pula, 3 hero, dah dekat 6 tahun, gugur sekali, baru dapat perempuan.

      Delete
  7. hahahha nasib baik aku dah terlepas dugaan mokcik2 ni... yeyyy !!

    tapi yang tak sedap... depa tanya pasai anak plak dah T___T

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha. biasalah kan orang tua. bila dah tu, ini pula ditanya. bila dah ni, tu pula disoalnya.

      Delete
  8. calon dah ada keeeee ? hihihi jangan lupa ajak blogger lain kalau jadi :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak ada lagi. T___T

      insya-ALLAH, kalau ada rezeki berjodoh dekat dunia ni, saya ajak semua blogger ^^,

      Delete
  9. haa.. tunggu kad kawin jo ni.. alhamdulillah.. nanti adalah yg masuk meminang tu.. payah nak jawab tu.. buek pekak jo yang.. hihihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha.. wallahua'lam. nanti kalau ada kenduri kahwinnya, saya jemput akak. kompem ^^,

      Delete
  10. Hahahaha..Soklan yang sama diajukan pada Cik Mimie sebab kat umah tu tggl Cik Mimie je belum kawin lagi..so, dgn pasaan mls nk lyn soklan tu Cik Mimie juz jwb "ha, tggu la 2 tahun lagi insyaallah"..hihihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha. terbaiklah jawapan cik mimie! lepas ni saya nak buat macam tu jugala ^^,

      Delete
  11. Nanti jemput we all makan kenduri yer ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. insya-ALLAH, nanti saya jemput ya ^^,

      Delete
  12. Sama la smpi skunk ni naik bosan pn ade, xnk nmpk kuang hajo sengih je la....;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah. karang kita buat muka pelik kang, dikata tak sopan lak. hmmm

      Delete
  13. Dah 6 kali raya orang ulang ayat tu depan akak. .haha. sengih je, anggap tu doa.

    Mana tau kot Amy yg muda ni bertemu jodoh dulu? Usia bukan segalanya ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah, banyaknya kak! :O saya baru 2-3 kali kena.

      betul juga, itu maybe satu doa untuk mereka. :)

      entahlah kak. tengoklah macam mana rahsia yang ALLAH dah aturkan. ^^,

      Delete
  14. hahaha..sabo jela..dh jodoh x kemana

    ReplyDelete
  15. Mana tau jodoh awal. Hehehe mesti bulat mata amy masa tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe. insya-ALLAH. amin. jodoh awal pun bagus juga. xdelah penat dengar orang cakap2 dah. tapi nnti soklan lain lak keluar -.-

      Delete
  16. memang orang kan bertnaya bab jodoh, anak etc.. aduhai.. kita yang hadapi ni, boleh jadi stress kalau tak pandai handle kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul. kena pandai2 menjawab ler..

      Delete

hello dear :) x salah pun baca sambil komen kan.