How Knowing Can Change Your Perspective

6:15 p.m
apartment murni
kejap lagi nak study
assalamualaikum and hello lads!
first of all, aku nak minta maaf sangat. sebab aku dah lama x blogwalking dekat blog-blog yang aku suka singgah. 
Cik Mimie, Norniwanie, kak CT Humairah, Dr Shikin, Mama Ka0ri, kak Sal Bee Yah, Ikhwan Yusuff, Mommy Irra, Kak Karya Mahirah, Krung Krung, Kak Ros Reeza, Kak JM, Cik Nadyya, kak Scha, abang Khir. sape lagi entah. ramai juga aku suka ushar blog rupanya. muahahahaha...  

petang ni aku nak cerita pasal perspektif kita dalam memandang sesuatu. kalini seseorang.

korang mesti pernah ada pengalaman macam ni.

eh, aku ingatkan dia sombong, rupanya dia peramah gilaaa. terus aku boleh ngam dengan dia.

aku ingatkan dia baik, sebenarnya dia pandai FAKE je!

and seangkatan dengannya. untuk pengetahuan semua, aku pernah lalui dua situasi ni.

nampak tak apa yang berlaku bila kita terlalu mudah pandang orang dan labelkan dia sebagai something something.

tengok dia tu tak suka senyum, kita kata dia sombong.

tengok dia tu senyum memanjang, kita kata dia gila.

tengok dia tak bercakap dengan lelaki langsung, kita kata dia terlebih pemalu.

tengok dia bercakap dengan lelaki je 24 jam, kita kata dia gatal.

betul ke apa yang fikir tu?

mungkin betul. tapi most of the time, mesti ada salah kat seseorang yang kita kenal. aku kenal dengan seorang junior ni. mula-mula tengok, aku tak berkenan dengan dia. sebab dia ni macam lagi rapat dengan lelaki je. aku sampai rasa dekat final year pun confirm tak bercakap dengan junior perempuan tu.

tapi one day, nak dijadikan cerita, aku dapat satu kumpulan dengan dia. and lama-lama kenal, oh, dia ni okay je rupanya dengan perempuan. memang macam tu fiilnya. memang gaya gitu bercakapnya. lembut je...

sebab ada certain perempuan, kalau jumpa lelaki, MESTI NAK BERCAKAP LEMAH LEMBUT KONON NAMPAK SOPAN DAN COMEL.

tapi hakikat...

ha, perspektif aku berubah dekat junior ni. 

satu kes pula. aku ingat minah ni baik sangat. dialah yang jadi mangsa dalam situasi sampai dia dibenci satu sekolah.

rupa-rupanya perangai dia yang teruk. dia sendiri yang menyebabkan orang satu sekolah benci dia (THIS STORY IS REAL). aku pun dah tahap nak benci dah ni...

so, nampak tak apa yang aku cuba sampaikan? jangan suka pandang orang sebelah mata. kenal dia dulu. x semestinya muka dia garang, hati dia jahat. tak semestinya muka sentiasa senyum, hati dia wangi...

yang penting, sama-sama kita bersangka baik..

okay tu je, adios.
 
post signature

Share:

22 comments

  1. Betull..setuju..jangan cepat sangat nak menilai..kalau orang tak kenal wanie, mungkin dia akan fikir wanie sombong sebab macam tak senyum..hakikatnya tak ye..takde apa yang perku disombongkan..jadi, kita kena kenal seseorang tu sebelum fikir apa-apa tentang dia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yep. tapi no matter how many times we tell others not to judge easily, manusia akan tetap buat benda yang sama. hmmm...

      Delete
  2. ehhh blog sy tersenarai. thanks.. rinduuuuuu Amy :)

    setujuuuuu sangat dengan entry ni. jgn cpt menilai org :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. rindu Cik Nadyya juga. hehehe... ^^

      Delete
  3. Kita mmg tak boleh menilai seseorang tu melalui perilaku semata2 kan.. klu org buat kita mcm tu, biarlah.. itu tandanya kita glamer hehee. Apa pun Allah maha mengasihani & bijaksana...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul. glamour? haha... ye la kan. sebab dia boleh nampak kita ni. memang xde kerja sungguh. hahaha.

      Delete
  4. Biasanya, apa yang kita nampak pada pandangan pertama tak semestinya mencerminkan diri orang tu..Sebab tu ada pepatah "tak kenal maka tak cinta :) "Ye dok? hehehe :)

    ReplyDelete
  5. I was once like that..
    Yess..when I was a student.
    Tapi kan awak..bila kerja dah tak sempat fikir sume tu kott..
    Sebab bz memanjang..
    Then, bila balik rumah nak layan anak2 suma memang tak fikir orang lain..
    Apa yang penting kita fikir tentang diri kita.
    Macam akak, akak slalu fikir pasal banyak sangat dosa yang akak dah buat, takut amal kebajikan yang ciput, dll..
    Sobsss..

    ReplyDelete
    Replies
    1. oooo, ye ke kak? baguslah kalau macam tu. agaknya sebab dah matang lagi kan...

      yang asyik tengok orang ni xde life lah tu....betul, berapa banyaklah pahala yang kita dah kumpul. T__T

      Delete
  6. kenapa mesti ada tanggapan pertama?.. sebab tu semua tak semestinya menggambarkan diri seseorang tu , kan?..

    ReplyDelete
    Replies
    1. agreed. personaliti dia adalah diri dia sendiri. sikap dia depends dekat orang yang berada di sekeliling dia...

      Delete
  7. nanti senaraikan mama pulak lepas ni tau.. kikiki... :)

    ReplyDelete
  8. Kita kalau jumpa orang mesti akan judge dia dlu. Lepas tu baru kenal hati budi and tahu bagaimana perangai yg sebenarnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul. hm... and there's nothing we can do about it.

      Delete
  9. KM dalam gambar suka senyum tapi luar gambar nampak garang. Jadi kalau terserempak, jangan takut nak tegur tau. KM makan nasi je, tak makan orang. Hahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. insya-ALLAH, kalau kita berjumpa, akak pun jangan nampak saya macam sombong tau. saya segan sebenarnya. banyak tunduk dari pandnag orang. hehehehehe

      Delete
  10. tak biarkan 'first impression' terhadap orang kaburi mata & minda...kasi can kenal dululah kononnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila first impression dah terjadi, memang tak mampu buat apa dah. macam interview cari kerja pun sama. sebab tu banyak yang tertipu.

      Delete
  11. Yeayyy blog akak jm antara blog yg amy suka singgah eh horeee
    Pasal perspektif ni akak pernah lalui spt emy jgk kekadang suka bersangka buruk tp hakikatnya x buruk pun adusshhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha... mestilah saya suka singgah. ^^,

      betul. sebab tu orang selalu ingatkan kita supaya bersangka baik sesama manusia kan

      Delete

hello dear :) x salah pun baca sambil komen kan.