Kenduri Kahwin Di Segamat, Johor

9:13 a.m
rumah manis rumah
donlod donlod
 
assalamualaikum and hello lads!
 
apa khabar ya blogger and silent readers sekalian ^^,
 
baju khas dari Vietnam okay
 
 
aku sebenarnya dah lama dah pergi Segamat, tapi harini baru nak bercerita. muahaha. lepas ni busy balik. dengan mini project, assignment, midterm bagai. aduhai. banyak lah pula -.-
 
okay, back to the earth. alkisahnya, sebelum aku pergi Segamat tu, aku ada dilema.
 
nak pergi kenduri kahwin mak best friend kat Sabak Bernam ke nak pergi kenduri kahwin kakak kawan rapat dekat Segamat. fikir punya fikir, lepas dah bincang dengan ummi, akhirnya aku buat keputusan pergi Segamat sahaja. 

sedihlah juga bila jadi macam ni. tapi nak buat macam mana. 

aku bergerak ke Bandar Tasik Selatan dalam pukul 8.30 pagi gitu. sampai je dah pukul 9. tiket habis pula. mengamuk sangat aku time tu. serious, sampai nak menangis dah. tapi bukan marah akak kaunter, aku marah dengan member. 

 




last-last beli tiket pukul 10:30 pagi. masa naik bas tu, hujan je. reda lah juga hati yang sedang kepanasan. perjalanan mengambil masa dalam 3 jam. seronok je tengok kat tepi tingkap, hujan tak berhenti. aku suka hujan ni... rasa tenang je. 
 
kalini naik bas KKKL pula. ini pun perkhidmatan dia bagus. aku suka. kalau ke Segamat, tiketnya memakan sebanyak RM18.50.




bila dah sampai (actually, risau juga takut terlepas stesen), pakwe Atul ambil kitorang. sebab apa? sebab Atul busy and pakwe dia segan nak pergi sorang-sorang. hahaha. 

sampai je rumah Atul, orang dah start ramai datang. ye lah, dah pukul 1 tengah hari kan. kami makan semua and tunggu ketibaan pengantin.
 





 

eh, ada tol. hahaha..


baju hitam tu mak andam diorang. sentiasa berada di sisi.


 

alahai, lawanya kak Farah and pasangan. jealous I tengok. hahaha. pelamin dia pun lawa. serba serbi sederhana tapi nampak ekslusif. aku nak konsep macam tu. 

kami menetap dekat rumah Atul since saudara mara dia tak ada dekat rumah dia. 

and begitulah ceritanya di Segamat. tak banyak pun. tak sempat nak berjalan. sobs.
 
 
 
 
post signature

Share:

34 comments

  1. baju awak lawanyaaaaaaaaaaaaaa!

    baju pengantin pun lawa jugak.. nt kawen nk pakai cmtuu la.hikhik

    mak andam ke pak andam ek? -,-'

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Lawa belaka.
      Akk pun gi kenduri kawen sepupu ni.
      Sekarang kat homestay.

      Delete
    2. terima kasih ^^,

      cik Nadyya : tu lah pasal, tengok baju dia, perghhh,, macam nak tu juga. haha.. pak andam tapi watak dia... XP

      dr Shikin : oh, ye ke? kat Perak ye kak? tunjuk2 sikit homestay tu. hehe

      Delete
  2. lawa pelamin dia :)
    btw, tag akak untuk versatile award :)

    http://aniesaahmad.blogspot.com/2014/08/the-versatile-blogger-award.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha'a, lawa sangat :D

      thanks tag akak ^^, akak dah buat, tapi nanti akak tambah credit untuk awak ye. hehe

      Delete
  3. akak berkenan tgk baju pengapit/flower girls nya. sweet!
    oh, baju vietnam amy tu, cantiklah design sleeve & bawah baju tu. Itu sulam ke jahit manik?

    ReplyDelete
    Replies
    1. yep, baju Vietnam kak ^^,

      betul saya pun suka tengok baju pengapit tu. bukan main lagi. heheh..

      baju vietnam tu jahit manik kak. nanti saya tunjuk close up ^^,

      Delete
    2. Ohh manik...cantiklah. Tebal kerawang nya,..

      Delete
    3. ha'a, memang tebal sangat kak. hehe

      Delete
  4. cantiknya pentas pelamin... pentas kristal konon2... ni buat rasa nak sanding ngan pakwan atas pelamin baru... huhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha'a, sebab tu saya amek gambar pelamin je. hehehe

      cewah, apa salahnya jadi pengantin lagi sekali ye kak. hehe

      kak Shikin, Zulaikha letak tengah-tengah pun boleh. jadi pengapit pun apa salahnya. hehe

      Delete
    2. Hehehe, KM, Zulaikha jadi flower girl pun boleh :)

      Delete
  5. Serius. pelamin nampak eksklusif dan mahal. akak nak save gambar! Hahhaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul. boleh. sini xley save image. so, akak drag gambar tu ke new tab ye. hehe

      Delete
  6. Cantik la ,cam baju pengantin lak.. bkn ke johor sinonim ngan tol tapi pelamin cantik giler kot, ekslusif gitu.....;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha... johor memang sinonim dengan tol. nasiblah dapat kawen dengan orang Johor. XP

      pelamin dia memang cantik. pak andam tu la yang mereka. ^^

      Delete
  7. Lama dah saya tak ke segamat.. best makan2 kenduri hehee.. Tahniah juga buat pasangan pengantin.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun first time g Segamat. hehe.. makan free memang best. XP

      Dr Shikin : nanti ada rezeki dapat ler tu g Segamat ^^

      Delete
  8. Replies
    1. nanti saya sampaikan pada akak kawan saya tu ^^,

      Delete
  9. cantiknya pelamin dia...btw,segamat tempat wanie tu..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul. pelamin dia memang cantik! ^^,

      Delete
  10. Dah dekat sgt da tahang rimau dgn rumah Cik Mimie xnk roger2 pun..huhuhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheh.. ada kisah di sebaliknya masa g Segamat cik Mimie. nanti kalau member saya yang kahwin, saya roger sis ye ^^,

      Delete
  11. ala, mana pic Amy pakai baju pink tu?..
    Kak Ros pun memang naik bas KKKL je kalau naik bas dari Kl ke JB..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. saya seganlah kak ros. XP

      tu lah, kawan dok promot bas tu, saya pun naiklah bas tu. heee

      Delete
  12. Waa tahniah ye pengantin baru ^^

    ReplyDelete
  13. segamat belah mana ni?kampung akak kat segamat

    ReplyDelete

hello dear :) x salah pun baca sambil komen kan.