Nak Hipokrit Ke Nak Dosa?

2:39 p.m
apartment murni
mengantuk lagi tapi tak nak tidur
 
assalamualaikum and hello lads!
 

Prioritize correctly.
 
Baiklah aku tak pakai tudung dari aku hipokrit macam kau.
 
Bajet je kau, pakai baju bertutup bagai tapi kasar nak mamp**!
 
Aku tutup aurat pun tak guna kalau aku tak suka (belum dapat hidayah)
 
aku selalu dengar ayat macam ni dituturkan oleh SEGELINTIR manusia dekat Malaysia ni. apatah lagi yang beragama Islam.
 
betul. 
 
kenapa perlu jadi hipokrit dalam melakukan sesuatu kan? 
kenapa tak jadi diri sendiri yang sebenar? 
kenapa mesti ikut orang lain? 
kenapa mesti menipu diri sendiri?
 
tapi ini pula persoalan aku dekat orang yang bertanya seperti di atas.
 
kenapa daripada jadi hipokrit kau lagi rela tambah dosa? 
kenapa arahan syaitan mudah sangat kau ikut tapi perintah ALLAH, kau kena tunggu hidayah? (sabar, kejap lagi aku masuk pasal hidayah) 
takkan nak tunggu dapat penyakit kronik baru nak berubah?
 
memanglah kita (yang seksi) menutup aurat tu macam satu benda yang sangat mustahil. sebab dah biasa kan terdedah sana terdedah sini. tayang sana tayang sini dekat orang. so, bila nak tutup semua tu rasa macam berat pula.

mudahnya kau terjebak dengan godaan SYAITAN. masha-ALLAH. 

aku dulu tak suka juga nak tutup aurat as in pakai stokin and handsock bagai tu. tapi aku fikir, daripada aku dapat dosa, baiklah aku jadi hipokrit.

lama-lama hipokrit tu hilang dalam diri. kita sedar sendiri kenapa kita mesti buat ni instead of itu. sekurang-kurangnya dosa aku berkurang. ini dah lah mulut jahat, lepas tu bergaul dengan lelaki tanpa batasan, tak tutup aurat lagi. 
 
myheartbeatsforislam:

Ayat penguat ❤️
 
astaghfirullahalazim...
 
bila kita dah tutup aurat sepenuhnya, tak semena-mena kita menjaga kehormatan yang lain juga. nak bercakap dengan lelaki pun kena ada kawan perempuan lain sekali. nak ketawa mengilai pun kena fikir dua kali. 

orang kata nak tunggu hidayah dulu. eh, buat dosa tu tak ada pula cakap nak tunggu 'hidayah' (sindiran, jangan pertikaikan) syaitan baru aku jadi jahat. terus je boleh kau ikut dia. 
 
A : eh, kau dah tutup aurat ni, cuba kau buka pula? best apa, tengok aku. tak payah risau pasal rambut aku rosak nanti. baju pun boleh senang pilih t-shirt je. tak payah susah nak pakai handsock lagi, nak stokin lagi.
 
B : sabarlah, aku nak tunggu godaan syaitan dulu baru aku jadi seksi balik.
 
situasi yang berlainan.
 
A : kau nampak lawa sangat, tapi kalau kau tutup aurat mesti kau lagi lawa kan. aku suka tengok perempuan comel-comel tutup aurat ni, rasa sejuk je mata memandang.
 
B : hidayah belum dapat lagilah. tunggulah dulu.
 
situasi mana yang selalu korang dengar? 

kalau bab buat jahat, tak ada tunggu-tunggu dah, senang je terus buat. tapi kalau benda baik, hmmm..

aku rasa sebenarnya ALLAH dah bagi kita macam-macam bentuk hidayah. 

  • kita nampak orang tu pakai tudung tutup aurat semua, kita pun tergerak hati nak buat. itu hidayah.

  • kita tengok orang tu bercinta selepas nikah instead of dapat dosa couple sebab banyak buat zina hati. kita terdorong nak buat perkara yang sama. itu hidayah.

  • kita perhatikan orang ni suka sangat bersedekah tanpa kira latar belakang orang tu. kita pun nak buat juga. biarlah orang tu menipu kita ke tak. yang penting kita dah buat benda baik. soal diorang, itu urusan antara dia dengan ALLAH. itu hidayah.

tapi godaan syaitan yang kau nampak dulu. sedihnya aku tengok. senang sangat mengikut nafsu.

tak semestinya kena mimpi pasal kiamat baru nak berubah, mimpi kena kejar dengan ular bisa yang besar baru nak ada kesedaran. setiap orang berbeza cara dia terima sesuatu kebaikan. mungkin ALLAH mengajar dia dengan cara seperti itu.

apa yang aku cakap ni, maybe akan ada yang tak berpuas hati. aku bukan orang yang pakar dalam agama. aku cuma menyatakan dari perspektif aku sendiri. aku bukan nak mengutuk orang yang perangai tak elok macam ni. 
 
tengok previous entry aku pasal >>> perempuan bertudung labuh <<< pula. 

bila orang banyak puji, aku kritiklah sikit. bila orang kritik, aku bagi pujian. tak semua benda sempurna. tapi sekurang-kurangnya kita kena berusaha untuk cari keredhaan ALLAH. jangan sibuk kejar dunia sangat. ingat tu.

 
 
post signature

Share:

8 comments

  1. selalu jumpa situasi b .

    "belum dapat hidayah" entah bila nak datangnya , entah entah tak datang kott. patotnya kita yang mula kan dulu.

    biar jadi hipokrit dlu. akhirnya lumayan. biar pmulaan kterpaksaan inshaaALLAH akhirnya dengan rela hati or ikhlas.

    nice entry sayang. peringatan untuk diri sendiri jugak ^^

    ReplyDelete
  2. aku ni macam ditengah ranting tau... sebelum kawin aku pakai tudung sebab mak aku suruh, aku punyalah bengang... lepas kawin aku seksi pulak... tapi tak lama.. tetiba aku jadi segan.... after bulan puasa bila aku tengok ramai berhijrah, aku tertanya jugak why not aku yang berhijrah...??

    tapi itulah... aku harus slowly kot dengan benda2 cenggini... 9 tahun aku tutup aurat sebab 'terpaksa' takdepun aku tetiba rasa ikhlas.. selama 9 tahun tu rasa macam tak pernah ikhlas...

    tapi alhamdulillah, lepas pakai seksi awal2 kawin sebelum ni, tetiba rasa keikhlasan menutup aurat tu dah ada....
    best entri ni, menaikkan semangat aku supaya lebih kepada penghijrahan.... hiuhiuhiu

    ReplyDelete
  3. dalam setiap apa yang kita lakukan sebenarnya memang seelok2nya jangan jadi hipokrit, biar ikhlas dari hati...tapi tulah bila situasi seperti di atas ni susah jugak nak komen... hu hu hu...

    ReplyDelete
  4. banyak je mcm ni Amy J. tak dapat hidayah..xsampai seru...sebagai sedare semuslim kita hanya mampu menasihatkan. terpulang pada dorg nak terima or tak...

    ReplyDelete
  5. Hipokrit. Kekadang akak selalu jugak hipokrit dalam berkawan. Nak jaga hubungan sebenarnya. Jahat gila akak ni. huwaaaa

    ReplyDelete
  6. Tudung tu kan wajib... lagi banyak songel. Hipokrit ke apa ke mmg tak bagus lah... tp tak pakai tudung tu pun tak bagus jugak hmmm...

    ReplyDelete
  7. Akak suka entri ni secara x langsung memberi peringatan. Akak x nk dosa, dosa yg lampau masih byk xnk tambah lagi huhuhu

    ReplyDelete
  8. kak Ros suka entry Amy ni.. bersahaja tapi penuh dengan pengajaran.. KAk Ros pun masih berusaha untuk jadi yang lebih baik. HIDAYAH. Kadang-kadang memang itulah jawapan yang selalu kita dengar.. mengharapkan hidayah tanpa usaha?.. fikir dan renungkan..

    ReplyDelete

hello dear :) x salah pun baca sambil komen kan.