Obsesi Aku

5:28 p.m
apartment murni
baru habis kelas

assalamualaikum and hello lads!
 
 
apa khabar semua? mudah-mudahan semua sihat je hendaknya.
 
kalau sakit tak apa, ALLAH nak bantu kita hapuskan dosa-dosa kecil yang pernah kita buat sebelum ni.
 
so, jangan MERUNGUT okay ^^,
 
okay, setiap daripada kita mesti ada obsession sendiri kan? aku pun ada. tapi aku ada banyak sangat. aku kalau dah obses dengan something, memang tu je lah yang aku hadap. *duh
 
ini antara obsesi-obsesi aku. 
 
1. FOTOGRAFI
 
aku sangat suka fotografi. malangnya, aku tak kreatif. mata aku tak pandai nak capture something to make it look beautiful. tapi aku sangat appreciate dengan hasil yang orang lain dah buat. aku boleh spent hours finding something beautiful and gorgeous. 
 
 
 
kalau korang ushar tumblr aku pun, memang semua gambar fotografi. tak ada gambar lain dah. haha.
 
2. HINDI
 
aduhai. ini memang tak boleh nak elak. alkisahnya, arwah pak cik aku yang start suka dengan SRK. agaknya, ummi aku pun tengok and minat SRK, aku dalam kandungan pun turut minat benda yang sama. muahahaha.
 
3. MOVIES
 
dulu aku tak adalah minat sangat. tapi sekarang, mentang-mentang dah pakai Unifi dekat rumah, donlod je kerja aku.
 
bila ada masa terluang, kami satu family layan movies yang aku dah donlod. mostly kami layan cerita Action or Thriller sahaja. kadang-kadang Hindi. (ayah aku x minat sangat. so...)
 
4. JAM TANGAN
 
kalau aku dapat rm1000 dalam tangan, aku nak beli macam-macam jam tangan yang mahal. serious. aku tak tipu. aku tak minat beg tangan, kasut semua tu. kalau rasa nak beli, aku beli. 
 
glamourarya:

WANTTTTT
 
tapi kalau cerita pasal jam tangan, huuuuu.... sekarang ni, aku cuma ada satu je jam tangan. kalau beli banyak-banyak, nanti ummi bising. 
 
5.  NOVEL
 
masa sekolah menengah dulu, aku minat novel Melayu. tapi sekarang minat dah berkurang. aku beli bila aku minat novelisnya sahaja.
 
tapi sekarang aku mencari novel Inggeris pula.  entah macam mana minat tu bertukar pun aku tak tahu. 

maybe sebab ummi aku sangat minat novel Inggeris. kat rumah pun banyak gila novel Inggeris. so, aku pun terjebak sama.

6. PUTIH

kalau dapat benda berwarna putih, memang aku excited gila! tengoklah blog aku ha. warna putih je. aku tak berapa minat sangat warna lain, tapi mestilah pakai juga. 

jam - putih
dompet - putih
laptop - putih
kasut - putih
 
bagi aku, putih nampak sangat exclusive and mewah.
 
miamivibe:

Rolls Royce x Bugatti Veyron / photographer
 
   
 
itu je nak cerita. tak ada idea dah ni. adeh.

adios~


post signature

Share:

34 comments

  1. Haha. .obsesi nombor 2 tu sama ngan akak.

    ReplyDelete
  2. Amy! Obses kita lebih kurang sama kecuali jam tangan, warna putih dan novel. Akak Jm paling obses dgn tiket murah AA sbb mmg obses sgt nk travel klau boleh every month tu :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe. bestnya akak JM dapat travel. saya teringin nak travel macam akak. insya-ALLAH kalau ada rezeki satu hari nanti ^^,

      Delete
  3. bab fotografi tu rasanya bakat boleh diasah kalau betul-betul berminat...tapi ia akan memakan masa yang lama skit la...hehehe

    Regards.
    -Strider-

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak tahulah. kalau ada yang boleh mengajar, bolehlah saya belajar sikit-sikit ^^,

      Delete
  4. haritue usha tumblr kak Amy mmg semua gmbar cantik2
    pemandangan cantik2
    kak Amy mmg seorng yg kemas =)
    suka gaya kak amy tulis blog nie macam dalam novel

    9.35 malam
    rumah manis rumah
    blogwalking

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih banyak-banyak ^^,

      hehe, dah terbiasa dari dulu berblog, memang ginilah cara akak menulis. tapi dah banyak padam. huuuu

      Delete
  5. tak putih tu..ada jam kaler putih je..yang lain-lain belum
    hehehehe

    http://welovesusuibu.blogspot.com/2014/08/9-tips-turunkan-kolestrol-cepat-mudah.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe. saya kalau boleh nak kumpul banyak-banyak warna putih ^^,

      Delete
  6. akak terlalu obsese dengan novel dan fotografi... tp akak tak adalah mahir sgt dlm fotografi huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun sama kak. tak mahir langsung. rasa nak amek gambar, amek je. muahahaha.

      Delete
  7. wahh bab jam tangan tu kita ada minat yg sama... saya pun mmg suka tengok jam Selalu terpesona dgn jam2 kat kedai2 jam.. suka sgt tengokbest. tp jam saya pun tak banyak hehee.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul!!! tak dapat beli, dapat tengok pun jadi. hahahaha. ^^,

      Delete
  8. N suka juga warna putih sebab nampak lapang dan bersih dan nampak lagi cerah.. fotografi lagi suka, bila dah tangkap gambar N boleh edit berjam-jam lamanya gambar-gambar tu.. Amy, N hantar lewat sikit kad raya sebab kad raya yang dah siap hand writing tu dah miss place.. waaa waa

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul. :) gambar saya tak reti edit sangat. cousin ada ajar, tapi malas lak nak buat. hahahaha.

      okay, takpe. ^^,

      Delete
  9. Replies
    1. hehe. saya tak berapa sangat. tapi ada juga pakaian warna pink. pink tu kan comel ^^,

      Delete
  10. Warna putih makes sstu ruang tu looks more spacious.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Husband akk layan hindi.
      Akk dulu je..
      Sekarang dah x brape sempat layan tv pun.

      Delete
    2. Dulu masa anak sorang pernahlah prezen asben jam rm1k+ [tapi, 40% duit die. Hehe..]. Tapi, orang lain tgk depa teka jam tu rege RM400. Huhu..

      Delete
    3. betul. and nampak tenang sangat. tak serabut (bagi saya. hehe)

      tapi kalau ada rumah, saya nak warnakan kelabu sebenarnya. huuuu

      kat tv sekarang asyik ulang tayang benda sama je. penat tengok -.- sebab tu saya banyak donlod. heee.

      wah, mahalnya :O bestnya asben akak dapat jam mahal macam tu. kalau saya dapat, huuu, memang kompem tayang kat semua orang. bukan senang nak dapat. hehehehe. ^^,

      Delete
  11. yehh. minat fotografi jugakkkk! tapii masalahhnya tak kreatiff -,-

    dan peminat setia novel yehooo! kat rak buku penuh nan novel je. smpai satu tahap beli je.. bacanya ponn tunggu mood datang.. lau mood da datang kejenya nak membaca aje...hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama lah kita. -.-

      hehehe... tu lah pasal, kadang-kadang tu satu hari x buat apa sebab nak habiskan masa baca novel je. heeee. ^^,

      Delete
  12. Replies
    1. saya minat lah juga cuma x obses. heee

      Delete
  13. Minat amik gambar dan bergambar. Sayangnya xde yg rajin nak tolong amik gambar. Tgu adam rayyan besar lah suh dia amik gambar mommy..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe.. bagus juga tu kak irra. nanti karang takut dia lak selfie. :P

      Delete
  14. akak minat amek gambar jugak tapi samalah.. tak berapa nak berbakat. hahahaks. kekadang tu poyo aje rasa gmbr yang akak ambil tu cantik.. jam tangan akak cukuplah satu saja.. tak sampai obses.. and yes akak macam akak JM.. obses ticket flight cuma tak kaya saja nak beli hahaha.. obses website diorangg..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehehe... tahu xpe kak. ikut citarasa mata sendiri je. hehehe.

      saya baru beli 2 lagi jam tangan kat JPO haritu XP

      wah, orang travel macam ni agaknya an... ^^,

      Delete
  15. oh peminat jam tangan rupanya. patutlah beli sekali dua kat vincci.. hikhik.. peminat putih?.. kalau kak Ros pula peminat purple.. apa-apa je warna purple, cantik di mata kak Ros.. hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha'a. hehehehe... purple pun saya suka, comel je. nampak lembut sangat.

      sesuai lah tu dengan kak ros punya blog kan ^^,

      Delete

hello dear :) x salah pun baca sambil komen kan.