Self-Esteem Aku Sangat Rendah

7:57 p.m
apartment murni
layan lagu sedih.
 
assalamualaikum and hello lads! 
 
dah lama aku tak menulis. nak blogwalking pun tak ada mood. sebab sekarang ni tengah mood sedih.
 
sedih sebab sejak member rapat ada pakwe ni, aku dibiarkan sendirian.
 
sampai dia lupa aku ni. sampai dia lupa apa yang kitorang buat sama-sama.
 
mula-mula tak kisah juga, tapi lama-lama sedihlah juga. tapi nak buat macam mana, dia baru nak bercinta. adatlah tu kot.
 
aku ni je masih sendiri.
 
kawan suruh cari. suruh approach lelaki yang aku suka. 
 
 tapi.....
 
satu benda yang orang lain tak tahu. self-esteem aku sangat rendah. serious rendah bila masuk bab macam ni. wajah aku pernah dihina oleh saudara sendiri. aku akui, masa tu aku baru umur 13 tahun. muka aku memang teruk. banyak jerawat sana sini. muka aku tak lawa macam anak dia. 
 
tapi dia lupa. perempuan kalau dikutuk pasal paras rupa dan penampilan dia, dia akan ingat sampai bila-bila. sebab tu bila aku nak approach someone, lama aku fikir. dia nak ke suka aku ni. dia nampak ke aku ni. aku ni wujud ke tak di mata dia.
 
at the end, dia hanya sekadar jadi crush aku je. 
 
tapi bodoh juga rasa diri. dah perangai macam ni, tapi sibuk nak cemburu dengan kisah cinta orang lain. 
 
aku pernah cuba approach someone, tapi dia tak percaya. so, aku diam je. and sampai sekarang aku tak buat apa dah. 
 
lagi-lagi bila zaman sekarang lelaki lagi suka perempuan based on paras rupa dia. lagi aku rasa insecure. biarlah macam-macam orang nak bagi quotes kat aku, bagi motivation dekat aku, selagi aku boleh nampak lelaki pandang perempuan lawa dulu, aku akan jadi down balik.
 
aku tulis di sini bukan nak tarik attention sesiapa. bukan nak pinta dipuji. aku cuma menyatakan isi hati.   
 
i wish you would notice me.
 
 
 
post signature

20 comments :

  1. Sabarlah dia... tapi jangan rasa rendah diri sangat..kena yakin juga pada diri sendiri.. ok?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hmmm.. kadang-kadang confident dengan diri sendiri. kadang-kadang tu breakdown juga.

      Delete
  2. Sabarlah.. in shaa Allah akan dipermudahkan semuanya.. aamiin.. :)

    ReplyDelete
  3. Akak pun masa baya Amy ada perasaan camni.tapi makin lama akak sedar yang kalau kita nak orang terima kita seadanya, kita kena terima diri kita.22 tu muda lagi, belum terlambat nak belajar sayang diri sendiri dulu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hmmmm... i'll try my best kak sal. harap-harap orang x terlalu judge saya melalui wajah macam ni.... sbab manusia zaman sekarang macam tu perangainya.

      Delete
  4. kenali kelebihan diri, tonjolkan diri n yakin kita hebat... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kelebihan memang boleh nampak, kekurangan tu yang kena fikir cara nak tangani.

      Delete
  5. akak JM faham perasaan Amy kerana nasib kita serupa...akak juga ada masalah yg sama..agak kurang dari segi rupa paras sehingga kini masih keseorangan. So Amy jgn putus asa dan sedih ny..mana tahu masih ada lelaki di luar sana akan pandang Amy buka atas dasar rupa paras...yang penting hati baik..in sha Allah Amy juga akan berjumpa dengan lelaki yg sesuai nanti. Permulaan mmg akan rasa down tetapi lelama boleh adapt semua tu..SABAR ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih kak JM :') bila jealous dengan kebahagiaan orang lain yang boleh jadi macam ni ni... tengok adik-adik, saudara sibuk cakap lawa la... tapi tengok saya, lain dikomennya. eh, lain sangat. entah apa dia nak cakap sebenarnya...

      akak JM x berputus asa, insya-ALLAH saya akan cuba untuk bersabar. thank you ^^,

      Delete
  6. Akak pun dulunye low self-esteem bab2 couple ni. Tapi, rupenye ada few guys yang minat akak tapi rupenye dorang pun malu. Haha. Ada orang tengah yang bgtau.
    Bila dah start keje kott dah tak berapa nak malu sebab self-esteem tu dah melonjak naik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahhhhhhh ye ke? haha... x sangka pula boleh jadi macam tu erk. saya dulu sekolah rendah adalah. bila dah masuk u ni, macam xde secret admirer je. hahaha...

      macam tu, kena tunggu time keje je la... barulah confident macam kak Shikin ^^,

      Delete
  7. hihi biasalah tu adik manish.. judgement orang terhadap kita memang kita tak boleh nak halang.. akak dulu kena reject sebab try nak approach orang. ooo mentang mentang iols gemok dia reject hahaha. sekali aku tengok skrang dia yang gemok :p tak comel cem dulu dah wakakaka..

    ReplyDelete
    Replies
    1. iye? ish, x baiknya... padan muka dia pun terkena sama. memang akak x dapat dia pun xpe. ada orang lagi bagus untuk akak kalau macam tu... *saya cakap kat orang pandai -.-*

      Delete
  8. Amy sayang..xmo la pk cmni..ingt setiap dr kita ade psgn yg telah Allah jdikn..so, jgn pk Amy alone..InsyaAllah Cik Mimie doakan Amy cpt2 jumps MrRight Amy tu ye. Chill k :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. insya-ALLAH, moga-moga adalah.. thank you cik mimie :')

      Delete
  9. Adek Amy, jangan down sangat. Cheer up!

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekarang tengah cheer up. tapi bila down tu, nak naik susah sikit. heee.. thanks kak farrah ^^,

      Delete
  10. sabar ye Amy.. Kak Ros pun tak tahu kenapa ada lagi manusia yang suka membandingkan rupa kejadian kita ni. Yes, kak Ros pun pernah alami masa kecik dulu tau. Juga seorang saudara yang selalu cakap. asal balik kampung nenek je, tegur kita.. Sampai rasa macam tawar hati nak balik kampung nenek.. Tapi, tak delah ikut rasa hati tu.. tetap berlagak biasa je dan lupakan je apa yang orang tu cakap :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada masanya memang lupa. sebab buat apa nak dengar cakap orang macam tu kan. diorang memang suka menjatuhkan orang lain. sibuk cari kesalahan orang lain. sebba dia ada lagi banyak masalah and kekurangan lah tu.

      Delete

hello dear ! thanks for dropping by. i'll make sure to reply asap !

My Instagram

Copyright © The Minimalist Traveler. Made with by OddThemes