Suka-Duka Student Engineering .:PART 1:.

10:11 a.m
apartment murni
layan lagu Aankhon Se Tune - Ghulam

assalamualaikum and hello lads!
 
semua comel-comel, aku je tak T___T so aku censored kan muka aku
 

salam Jumaat semua. jangan lupa baca surah Al-Kahf ye ^^,

Pak Ustaz : ni anak sulung akak ke?

Ummi : ye, dia yang sulung.

Pak Ustaz : oh, tingkatan berapa? 

muahaha.. aku dah perasan muda kejap.

Ummi : eh, dia dah masuk u pun. UNITEN.

Pak Ustaz : lah, ingatkan sekolah menengah lagi. nampak muda. *cewah* ambil kos apa?

Ummi : electrical engineering.

Pak Ustaz : *lama* oh, ada juga ya perempuan ambil engineering (dengan muka pelik)

aduhai. pak cik pak cik. dah lama dah fenomena ni berlaku. banyak dah perempuan jadi engineer. tapi kalau nak compare lelaki dengan perempuan dekat UNITEN ni, lelaki lagi ramailah of course. 

tak salah pun nak jadi engineer. sedangkan lelaki pun ada jadi nurse. 

tapi aku bukan nak jadi engineer pun, pak cik aku tak bagi. dia suruh aku jadi lecturer je. senang. and disebabkan aku seorang perempuan, nanti dah kahwin keluarga semua, tak jadi satu masalah.

aku dulu teringin nak jadi doktor. duh. siapa yang cita-cita dia bukan doktor. muahahaha.. 

tapi masuk je form 4, aku terus berubah minat. aku lebih suka mengira. BIO aku dari dapat A terus dapat C je tak habis-habis -.-
 
 

alhamdulillah, aku terima tawaran ke UNITEN dalam bidang electrical and electronics engineering. ingat aku nak sangat ke masuk IPTS. tak ada siapa nak lah, mahal kot nak biaya pelajaran nanti. 

SERIOUS! kalau rasa kaya, apply lah IPTS. kalau tak, ampun mak oi. aku ni pun dapat scholar JPA. syukur. kalau tak......
 
sebelum aku masuk UNITEN, aku masuk UTP dulu. aku pernah ceritakan dekat entry lepas >>> UTP Life <<<

meh aku ceritakan masa aku menjadi pelajar foundation dahulu. masa tu belum ditawarkan sebarang kos yang spesifiki. so, masa tu semua just budak engineering. nothing more, nothing less.

budak JPA PPC (program pelajar cemerlang) ada berapa orang entah. aku tak ingat. tapi kami cuma ada satu kelas je khas untuk budak PPC JPA. lelaki Melayu memang ramai. lelaki India ada beberapa orang. perempuan India ada 4 orang. perempuan Cina ada seorang. Melayu pun sorang.

AKU LAH TU T__T

sedihnya, aku sorang je. adeh. nampak sangat perempuan tak berapa minat engineering. aku je sesat.

tapi nasib baik ada budak PPC MARA. maknanya aku tak keseorangan. 
 
 

aku ni dah lah pemalu. memang susah sikit nak berkawan. dah lah ramai lelaki. -.- tapi lama-lama berkawan lah juga. setahun kot. kalau tak kenal budak kelas sendiri, fail ler...

masa tu aku cuma rapat dengan Nadzmy and Azra. yang lain berkawan macam biasa. masa tu crush pun orang lain. sekarang crush dekat orang lain. muahhaha. crush aku sentiasa berubah dari sem ke sem. 

cuma ada sorang je sama. eh, tukar topik lak -.-

tapi even aku budak PPC JPA, aku roommate dengan budak PPOU. ah sudah, PPOU tu apa pula?

PPOU tu budak-budak yang dapat g oversea. untungnya diorang! sangat jealous aku T_T

takpelah, ada hikmahnya. insya-ALLAH.

diorang even speaking lagi HEBAT dari aku, tapi diorang sangat mesra. sebab ada certain people kan memilih. kami yang tak dapat oversea ni dipandang rendah. tapi syukur housemate aku tak macam tu.

entah apalah khabar diorang. lama x dengar. hmmm...

okay, tu je buat masa ni. nanti aku sambung.


 
 
 
post signature

Share:

18 comments

  1. Kak Amy mohon jpa tue ada interview tak ??

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada. ^^, interview akak dulu dekat PICC.

      tapi masa tu akak apply oversea. tapi x dapat, dia campak ke uniten sebagai pelajar dalam negara je.

      kalau nak tnya pasal soklan tu, akk x berapa ingat sangat. basically, dia tanya, berani ke nak belajar luar negara? kenapa nak belajar kat luar negara?

      pastu ada discussion. discussion dia x susah pun. insya-ALLAH boleh jawab. ^^, yang penting jangan kuasai sepenuhnya discussion tu. bagi peluang untuk orang lain cakap juga.

      Delete
  2. junior dulu ada ambik kelas mechanical engineering.. sorg jer pompuan dalam kelas tuh.. apapun berjaya jugak.. macam saya civil engineering memang ramai la pompuan.. jika nak banding kelas electrical ngan mechanical nih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah, yang penting kita kena berusaha kan ^^,

      kalau ambil kos doktor yang mostly perempuan pun, tapi belajar ke mana, memang xde maknanya.

      Delete
  3. Psst : nk tanya kenapa amy censored kan wajah sendiri sblm ni ok je, ada cerita d sebaliknya keP

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab dulu x boleh terima kenyataan saya tak cantik. dulu muka entah apa-apa. baru masuk u la katakan.

      sekarang terpaksa terima sobs, cuma dah pandai bergaya sikit. hahahaha.

      i know, tak logik punya jawapan. but i have a very low self-esteem. i can't help it. lagi-lagi single ni, makin lama single, makin rasa banyak insecurities lak. hmmm...

      Delete
    2. Lahh. Yekeh? Takpe. Amy cantik. Jangan risau okay. Dulu pun akak sama je. Muka entah pape. haha. Muka budak baru habis sekolah lah katakan. :)

      Belajar rerajin taw :)

      Delete
    3. hahaha... tu la, sekarang dah pandai melawa.. ececeh.. masa duk intern dulu, tengok orang pakai berjenama, macam rasa nak ikut style diorang gak.

      okay, insya-ALLAH ^^,

      Delete
  4. wahh..nie kre budak cemerlang nie..pergh! tabikk springgggg

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih ^^, dulu je, sekarang banyak main. heeeeeeeeeeeee...

      Delete
  5. Zaman studi la yang paling seronok sekali.. :) Pengalaman yang susah nak dapat..belajar rajin2 Amy :) Best of luck!

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul! ramai kata masa study lah masa yang paling best.

      insya-ALLAH, thank u cik mimie ^^,

      Delete
  6. Semoga terus sukses dlm kehidupan serta apa jua yg diceburi... aamiin.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. aamiin.. terima kasih abang khir ^^,

      Delete
  7. Waaahhh..amy ni kira excellent student ye.
    Bagus..keep up the good work.
    Akak mmg minat Bio.
    Tu yang jadi doctor.
    Fizik, chem @& add maths hancur ~B3 masa SPM.
    Mase matrixs terpaksa hafal tiga-tiga tu untuk dapat 4.0.
    Erghh..study for exam ler gamaknye.
    Sampai nak muntah menghapal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mase medics kene tau subjects ni sebab ada biochemistry, physiology, pharmacology, etc.
      Tak suka ni juga.
      Sangat suka dengan anatomy..

      Delete
  8. Alahai, kenapa ditutup muka tu, Amy.. tak aci..
    Moga Amy berjaya dalam apa yang Amy buat tu yer.. teruskan usaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. heeee... low self esteem kak ^^,

      insya-ALLAH terima kasih kak ros :)

      Delete

hello dear :) x salah pun baca sambil komen kan.