Day 03 Challenge .:PARENTS:.

Day 03 : Your Parents + Clouds
 
 assalamualaikum semua. ^^, 

okay, meh dengar elok-elok. aku punya keluarga unik sikit. muahahaha. tak adalah.



untuk pengetahuan korang semua, aku ada seorang ummi and dua orang abah dan ayah. kenapa boleh jadi macam tu? ha, meh sini aku cerita. 

first of all. my first love, my ummi. nama ummi aku Razlina. orang selalu panggil ummi aku Ina. kalau dekat sekolah dulu, orang panggil Snow White sebab ummi aku cerah. aku dengan adik aku yang keempat tak mewarisi keputihan beliau. sobs.

ummi aku merupakan anak kedua dari 5 beradik. ummi aku ni cukup PANDAI MASAK DAN BUAT KEK. ha, kalau nak belajar, bolehlah datang rumah aku. bila ada masa free je, ummi mesti buat macam-macam kek untuk kami rasa. hehe.


lagi satu, ummi suka berkebun. sejak arwah abah tak ada, ummi hilang minat. tapi bila dah kahwin dengan ayah, minat tu datang balik. bak kata pak cik, dah macam Cameron Highlands rumah aku tu. muahahaha..

aku kagum dengan ummi. sebab ummi mampu besarkan kami 5 beradik selama 8 tahun. tak pernah sekali aku dengar dia merungut. aku pernah nampak dia menangis tapi dia menangis sendirian. dia x bagi anak-anak tengok dia lemah. *alamak, dah nak mengalir air mata aku ni.

ummi belajar bawa kereta, ummi cari kerja, ummi lah ibu, ummilah ayah. nasib baik saudara mara ada di sisi, ummi terus kuat. sebab tu walau sikit pun, aku tak mampu nak lukakan hati ummi. ummi minta apa, aku buat je. sebab aku tahu tak ada siapa mampu jadi sekuat macam dia. ummi perlukan sokongan anak-anak dan aku didik untuk jadi anak berguna.

terima kasih ayah sebab datang dalam hidup ummi. ummi tak pernah dah menangis. ummi senyum je. sama mekar macam bunga-bunga dekat balkoni bilik ummi. hehe. 

jadi, terima kasih YA ALLAH sebab kurniakan seorang ibu macam ummi kepada kami. :')

cerita kedua - arwah abah.


comel tak aku masa kecil-kecil? muahahaha


nama abah diberi Jafri Md Isa. abah pernah bekerja di KLIA dan juga Skypark. abah sangat dikenali dengan sifat baiknya dan peramahnya. abah tak pernah kisah bab nak tolong orang. abah sangat disenangi oleh orang.

sebab tu senang je nenek dengan atuk suka dekat abah. hehe. ummi je tak suka mula-mula. lama-lama jatuh cinta. ala-ala bercinta lepas nikah lah ummi dengan abah. ^^,

abah sangat suka dengan seni ukiran kayu. sebab tu kat rumah, semua yang ada based kayu, abah lah tu yang buat. hehe. kerusi, buaian, bangku khas untuk arwah atuk.

tapi takdir Tuhan dah ditetapkan. abah tak lama dengan kami. sedih. hati sedih sangat. tapi sebab abah baik sangat, ALLAH ambil cepat-cepat. tak nak abah dinodai dengan dosa dan nafsu dunia.

boleh baca kisah di sini >>> Tragedi 4 Ramadhan 1425H

tiap kali kawan-kawan arwah abah datang beraya dulu, diorang asyik menangis je. sampai tak sanggup dah nak datang. asyik teringat. ummi pun faham. aku pun tak sanggup macam tu. nanti lagi sedih karang tuan rumah.

terima kasih YA ALLAH, kurniakan seorang abah yang baik dan penyayang kepada kami. KAU berikannya tempat dan kematian yang sangat indah. yang diharapkan dan diimpikan oleh semua umat Islam.

cerita terakhir - ayah.


kecil-kecil tu sepupu aku. ^^,

ayah muncul setelah 8 tahun ummi menjadi ibu tunggal. aku mula nampak ummi start senyum. start chatting tengah-tengah malam. eh, mak pula yang bercinta. hehe. start bisik-bisik masa calling-calling. start dating.

ayah pula namanya Johan. tapi orang panggil Jojo. ayah ni gila-gila orangnya. memang gilalah. haha. ada je usikan ayah dekat orang. kalau member-member aku datang, and panggil ayah aku pak cik, mulalah ayah aku bising.

eh, apa panggil pak cik. abanglah. abang ni muda lagi tau. 

-.-

ayah jaga ummi dengan elok. kadang-kadang tu ada gaduh gak. gaduh manja. aduh, malas nak layan orang tua bergaduh manja ni. hahaha. biarlah. adat orang baru nak bercinta, ya tak.

terima kasih ayah hadir dalam hidup kami. jagalah ummi seadanya okay. nanti kami dah besar, dah berumah tangga, kurang-kurangnya ada yang menjaga ummi. :)

okay, harini aku terlebih sensitif. perempuan. women are such emotional creatures. muahaha.

gambar untuk hari ini.




gambar diambil masa nak berjogging. hehe. aku kalau diajak jogging, memang aku suka.
 
 
 
post signature

Share:

45 comments

  1. cantikkk sangat gambar2 tu.. al-fatihah buat arwah abah :)
    alhamdulillah, hadir orang baru yang menjaga amy semua baik2 kan... boleh jadi member dengan ayah^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih kak Sha ^^,

      betul. alhamdulillah. selama-lamanya ALLAH takkan biarkan hamba-Nya bersendirian. :)

      Delete
  2. Al fatihah untuk arwah abah..Ummi awak nampak awet muda je . Alhamdulillah dah jumpa kebahagiaan baru ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih :)

      ummi nampak muda, sampai orang ingat ummi tu kakak -.- alhamdulillah ^^

      Delete
  3. alfatihah buat abah amy.. smoga tabah..

    eehh muka umi n ayah amy da dkt sme. ade iras2.. sweetnyaaa :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih sis Nadyya :)

      hehehe... dah jodoh, memang tak ke mana ^^

      Delete
  4. al fatiha buat arwah abah...dan ayah hadir tepat pd waktunya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul. ALLAH lebih tahu segala-galanya. ^^,

      Delete
  5. Al-fatihah. Alhamdullilah. Tak lah sunyi ummi amy. You're such a tough girl Amy :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah :)

      terima kasih kak Scha ^^,

      Delete
  6. Sesuatu yang amat amat berharga. Sayangi ibu dan ayah anda.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul. they are limited edition. nobody can replace them ^^,

      Delete
  7. Replies
    1. :) setiap manusia ada dugaan dia masing-masing kan. ^^

      Delete
  8. Amy guna template baru ke?
    Ermmm...macam susah akak nak BW guna phone.
    Sebab kene scrol betul2 sampai bawah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. okay, dah tukar. sorry! ingatkan nak menyenangkan, rupanya lagi susah. sobs

      Delete
  9. Terharu sangat baca entry nie... semoga keluarga amy terus dilimpahi rahmat. Amiiin...

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih kak Azieera. smeoga ALLAH merahmati keluarga akak juga. aamiin :)

      Delete
  10. Blog anda di anugerahkan the versatile blogger award...

    http://kasihlestariabadi.blogspot.com/2014/09/the-versatile-blogger-award.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih. ^^, saya dah buat ni, tapi nanti saya tambahkan kredit ye.

      Delete
  11. alFatihah buat awrah abah Amy..dah alhamdulillah kerana Amy di kurniakan Abah dan Ayah yang penyayang :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih kak JM. alhamdulillah :)

      Delete
  12. Alfatihah buat arwah abah Amy... semoga Amy sekeluarga terus berbahagia dan ceria.. aamiin. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih abang Khir. aamiin :)

      semoga keluarga abang Khir pun akan bahagia dan dilimpahi rahmat ALLAH selalu ^^

      Delete
  13. "tak pernah sekali aku dengar dia merungut. aku pernah nampak dia menangis tapi dia menangis sendirian. dia x bagi anak-anak tengok dia lemah. *alamak, dah nak mengalir air mata aku ni."
    - Menitis air mata baca ni.
    Will learn from ummi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. seorang ibu tu memang tinggi darjat dia di sisi ALLAH. beruntung orang yang dapat jadi seorang ibu. sis Shikin pun termasuk juga. sebab tu tak ada siapa dapat menandingi kasih sayang seorang ibu. :')

      Delete
  14. Jogging..
    Alamak..jangan ajak akak ye.
    Taksuka outdoor activities.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha... saya suka jogging je dengan main badminton. lain tak XP

      Delete
  15. Al-fatihah buat arwah Abah :) Semoga kehadiran Ayah membahagiakan lagi MAy sekeluarga..amin..

    Comel Amy masa kecik2 :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih Cik Mimie ^^,

      insya-ALLAH mudah-mudahan.

      Delete
  16. Setiap perjalanan hidup ini sudah tertulis. Teruskan mengembara di bumi yang penuh dengan dugaan dan ujian. Disamping kegembiraan di persinggahan

    Pernah baca tragedi ramadhan.
    Sedih sangat. Saya pun kehilangan abah disaat mula nak mengenali dunia

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul. insya-ALLAH, semoga kita semua kuat dalam menghadapi dunia ni...

      takziah juga buat abang arz moha

      Delete
  17. dalam hidup memang ada naik turun. tabah and tengok Allah datangkan nikmat. dapat ayah gila gila memang syiok lah kan. boleh buat macam geng..

    al-fatihah untuk abah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju. ALLAH nak tengok dulu kita mampu or tak dengan dugaan yang DIA bagi. kalau kita berjaya, ALLAH bagi ganjaran ^^,

      terima kasih kak CT.

      Delete
  18. Al Fatihah buat arwah abah Amy.. sedih kak Ros baca.. tu la kan, ketabahan hati ummi tu patut dicontohi.. perit getir nak membesarkan anak-anak sendirian. dialah ibu, dialah ayah.. alhamdulillah, kehadiran ayah Amy dah buat ummi Amy kembali tersenyum seperti sedia kala.. Amy, jaga ummi baik-baik, jangan kecewakan ummi ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih kak Ros.

      betul. she's one in a million. :)

      insya-ALLAH kak, sampai ke akhirnya, saya akan jaga hati dia and balas jasa dia.

      Delete
  19. Subhanallah amy, keciknya dunia. Rupanya akak berkawan dengan anak arwah uncle Jef? Akak nak cakap yg akak kenal arwah ayah amy, uncle Jefri. Akak sempatlah bekerja dengan arwah sekejap kat terminal 3 subang dulu. Dan kalau Amy nak tau, masa dapat berita arwah meninggal tu mak akak ada datang ziarah ummi amy kat rumah untuk tenangkan dia. Tapi memang arwah sangat baik. Akak pun kagum dengan dia. Tak sangka awak ni anak arwah uncle Jef. Aduhai sebak pulak baca kisah awak ni amy bila teringatkan tentang kebaikan arwah kat office. Patutlah macam kenal je bila akak tengok gambar arwah abah. Semoga arwah di tempatkan dikalangan orang yg beriman.

    ReplyDelete
    Replies
    1. masha-ALLAH, ye ke kak? saya xtahu pula.. memang sungguhlah orang kata. dunia ni kecil juga sebenarnya. alih-alih kita semua ada connection juga sebenarnya. mak akak pun kerja kat subang terminal juga ke dulu?

      mudah-mudahan. amin :')

      terima kasih kak sebab inform. nnti saya bagitahu ummi saya pasal ni. mesti ummi terkejut. hehe

      Delete
    2. ya.. mak akak bahagian admin kat terminal subang dulu... masa dapat berita tu memang kami terkejut... kita orang yang berjurai air mata bila dapat berita pasal arwah tu... memang terasa kehilangan sangatlah... sbb arwah suka tolong orang...

      Delete
    3. tapi rezeki arwah meninggal di tanah suci... insan terpilih oleh Allah s.w.t...

      Delete
    4. oh, ye ke? mak akak siapa nama? kot2 ummi saya kenal ke..

      untung siapa yang dapat meninggal kat sana kan. :) doa je la kita pun terpilih sama. insya-ALLAH.

      Delete

hello dear :) x salah pun baca sambil komen kan.