Dinner Di Umai Cafe, Monumen Alaf Baru Putrajaya

1:08 p.m
apartment
tunggu kawan balik. mahu lunch.

assalamualaikum and hello lads!
ha, sebenarnya pergi dinner ni dah lama. tapi aku baru nak cerita. ahahaha..

haritu aku cakap kat member, ramai yang singgah makan dekat Umai Cafe ni. sedaplah kot agaknya. lepas tu dah lah menghadap tasik. korang tahu tak Masjid Besi? 

ha, kalau korang tahu Masjid Besi Putrajaya dekat mana, korang mesti tahu Monumen Alaf Baru tu dekat mana kan. jalan straight je lagi dari Masjid tu. betul-betul sebelum ke Jambatan Wawasan. alah, ada signboard, jangan risau ^^,

haritu pergi dalam pukul 8 lebih rasanya. sampai je, PENUH! 


aduh. nak menangis jugalah. nasib baik tak lapar gila. kalau tak, aku terjun tasik tu karang. wakaka.
then, tunggu sekejap, alhamdulillah, ada orang bangun dari tempat makan masing-masing. terus kami rembat. kerusi dah la banyak. tapi kami bertiga. nak buat macam mana, tak ada seat lain dah kot.





dah order, tunggulah kejap. ini yang aku tak suka sikit. lambat! agaknya sebab ramai orang kot. adalah nak dekat 30 minit aku tunggu makanan. hmm, nasib baiklah boleh tahan makanan dia. kalau tak sedap langsung, memang aku tak boleh buat muka bahagia dah kat situ.


korang nak tahu tak kenapa ramai ke situ?
1. Harga yang sangat berpatutan! 
dah lah restoran dekat Putrajaya. Putrajaya kot. come on lah. mana ada murah kat situ. dia siap dapat anugerah kedai harga patut lagi. *apa punya nama anugerah ni? -.-*
2.  Lokasi Strategik

sambil makan, boleh tengok tasik. tasik kan boleh tenangkan fikiran juga. kat situ pun ada cruise kalau korang nak join. tapi mahai mak...
and dia sangat dekat dengan masjid! so, sebelum pergi Solat Jumaat, boleh lah singgah makan dekat situ :)

3. Suasana Santai

nak kata selesa sangat tu, tak adalah. aku tak suka tempat crowded. semak. tapi nak buat macam mana. kerusi dia memang best. aku tengok kerusi besar. ingatkan kena kongsi. rupanya sorang je boleh duduk. hahaha.

cuma problem dia...

1. Servis lambat sikit. Kalau korang duduk terpencil macam kitorang, lagi tak ada orang nampak. so, kena rajin-rajin... "Bang! Order."

2. Siapa waiter, siapa server. ada beza rupanya dekat tempat tu -.- dah la baju sepesen je. tak ada beza waiter dengan server. 

3. Tak ada tempat duduk. ini ikut luck korang. kalau ada kosong, baguslah. time waktu puncak kau datang, kirim salamlah.

so far, memang okay! aku boleh recommend korang try tempat ni lah.

tengok kerusi dia. besar kot. aku boleh berlagak macam boss dekat kerusi tu.

 
 
 
post signature

25 comments :

  1. macam akak pernah singgah di sini, tapi ingat2 lupa...ho ho ho...

    ReplyDelete
  2. Ohh. menarik jugak tempat ni. nasib baik berpatutan. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. yep ^^, bolehlah dari makan tempat lain. hahaha

      Delete
  3. hahaha berlagak macam bos ye.... comel je amy...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. betul kak. nanti cuba kak sha g sana xP

      Delete
  4. done follow your blog. jemput singgah my blog. Sy join giveaway september karya mahirah.

    ReplyDelete
  5. Fuyooh jauhnya sampai ke putrajaya nak makan tu.. Pemandangan yg menarik tu mmg tak dinafikan lah, Putrajaya kan? Sebab tu kot makanan bertambah kelazatannya.. Confirm dah habis final kan? lol

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. kau x pernah buat ke? serious? kalau lepas habis test yang susah, sedap kot makan tempat2 mahal...

      yep, putrajaya memang lawa. belum habis final lagi ler.. 27 habis. haha

      Delete
  6. Fuhh sedapnya makanan... teringin pulak nak pergi nanti.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti jangan lupa pergi ^^, ley ushar monumen sekali. ley g masjid besi sekali. ley g ayer 8. hehe

      Delete
  7. alaaa..dah balik mai kedah baru baca entry ni..kalu tak sempat singgah makan kat putrajaya ni..

    ReplyDelete
  8. Ok, Amy makan kueytiaw ladna kan? nampak sedap..mmmm :)

    ReplyDelete
  9. ala, bab nak panggil, bang, order tu yang malas tu . hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha. saya pun malas kak. tapi terpaksa.. itu pun kawan yang panggil xD

      Delete
  10. Best kalau keluar dwngan geng yang sekepala.
    * best makan tepi tasik. Akk tak pernah sampai sana lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yep. memang best. boleh berlama-lama kat situ ^^,

      kan. rasa tenang je duk tepi tasik tu. rasa nak terjun pun ada. haha

      Delete
  11. betull bab servis mmg lembab yg lelain semua ok..rasa pun sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannnnn.. xpelah, moga2 diorang dapat ubah dari segi servis tu. :)

      Delete

hello dear ! thanks for dropping by. i'll make sure to reply asap !

My Instagram

Copyright © The Minimalist Traveler. Made with by OddThemes